Sambungan dari entri Alami Percutian Agrotourism Di UK Farm Agro Resort Kluang – Part 1 , lepas bergelumang dengan kambing kami menjengah ke kawasan penternakan itik dan ayam pula.
Kolam Itik.. kuek..kuek..kuek..
Setiap seorang dibekalkan dengan sebungkus jagung untuk diberi makan kepada itik.
Kat sini ada disediakan corong untuk kita salurkan jagung ke bawah.
nampak tak tu itik tengah makan jagung.
Yang tepi-tepi kolam ni hulurkan je la jagung walaupun itik gembo-gembo ni tak layan.
Kalau korang teringin nak naik kereta kuda pun boleh.
Jengah reban ayam pula.
Berkerumun semua nak makan tengok makcik-makcik tabur jagung.
Nah untuk korang yang nak berkenalan dengan ayam hutan.
Kurrr..kurrr.. meh sini makan.
Kenapa muka Ummi macam tu? Panas terik hoiii.
sebelum kita bergerak tengok ostrich meh wefie seketul.
Dari reban ayam.. naik bas tak sampai berapa minit dah sampai ke kandang ostrich ni.
Percubaan nak bagi ostrich makan. Kecil besar hati tengok muncung ostrich.
Sudahnya ostrich merajuk tak nak makan. Dia ingat Ummi nak mempermainkan perasaan dia agaknya.
Jom kita cuba bagi rusa makan.
Huwaaaaa terjerit mak. geli mulut dia cecah tangan.
Kahkahkah seram tengok muka sendiri.
Hahahaha buruk sekali Ummi.
Geli woooo.. tapi teringin nak bagi makan.
Ada kereta kuda tengah parking.
Meh la kita test naik sambil posing je.
Kita ke kandang arnab pula.
Geram tengok arnab jual mahal.
Wefie syok sendiri.
1 minute jalan kaki dari Ostrich Park ni kita akan sampai ke Jakun Village.
Hoyeahhhh.. balik kampung hahaha. Welcome to Kg. Asli aka Jakun Village. Semasa awal penubuhan UK Farm ni sebenarnya, memang ada sekampung orang asli Jakun yang dipindahkan ke sini dan menghuni kawasan ini. Tapi malangnya, mereka kurang serasi dan minta dihantar semula ke tempat tinggal asal.
Stage untuk majlis keramaian.
Korang tahu tak ni rumah apa? Inilah yang dipanggil rumah ran. Syok eh.. tapi Ummi tak panjat naik atas pun.
Kawasan rumah orang-orang asli.
Serangga berbahaya.
Comel-comel rumahnya.
Uyul testing masuk perangkap. Perangkap ni untuk diorang tangkap haiwan atau apa-apa yang nak menyerang kawasan perkampungan.
Jom tengok wakil orang asli buat persembahan hehehe.
Tekun masing-masing kan hehe.
Nak juga wefie berdua hahaha.
Gemvira sungguh balik kampung memasing hahaha.
Posing sekalilah di rumah comel ni.
Ada rupa orang asli Jakun tak? hahaha
Selepas ke Kg. Asli Jakun, kita naik bas ke Tropical Arcade.
Dah sampai dah.
Suka tengok pokok berjurai-jurai ni.
Ok banyak kerusi meja untuk bersantai sambil menikmati jualan produk keluaran UK Farm.
Masing-masing nak menyejukkan tekak.
Buah markisa yang dijual.
Ummi sejukkan tekak dengan jelly kelapa.
Orang nak makan sibuk Ummi ajak bergambar.
Aiskrim susu kambing perisa coklat.
Air kelapa muda.
Di sinilah kawasan tempat mereka yang memilih untuk menginap di dorm.
Tunggu bas sampai hehe.
Rupanya bas dah siap parking hahaha.
Sempat bergambar bawah perut kambing hahaha.
UK Farm Mini Zoo.
Tak masuk pun sebab dah bergegas nak check in chalet.
Rumput menghijau.
Sempat Ummi Ilhams dan Ummi Naura main buai hahaha.
Ehhh ada lagi geng tercicir.
Sebelum keluar dari kawasan ni korang akan melalui mini mart. Bolehlah cari souvenir untuk dibawa balik.
Ok Ummi dah ready angkut beg nak check in ke chalet.
Nak ke chalet perlu menaiki bas yang disediakan. Ok next entry Ummi cerita pasal chalet ya. Juga aktiviti malam dan esoknya sebelum check out. Apa pun kami enjoy seharian menerokai UK Farm. Bau memasing pun rasanya wangi kambing lagi dari kami tau hahaha. Sekali sekala bercuti dalam ladang memang syok. Pengalaman berbeza dari sebelum ni kan. Cuti sekolah ni jom bawa anak-anak korang menimba pengalaman bercuti di ladang. Stay tuned ya!
UK AGRO RESORT
Plot 8, Project Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat,
86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-759 7555
Fax : +607-759 7991
H/P : 013-778 7235 / 013 – 722 2299
Website: www.ukfarm.com.my
Email: info@ukfarm.com.my
GPS Coordinates: N02 01.109 E103 13.117
Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017
>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
>> Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan
>> Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar
>> Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi
>> Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili
>> Lawatan Ke Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas Sedili Kecil
>> The ELS Club – Daya Tarikan Terbaru Di Desaru Coast
>> Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Destinasi Percutian Pilihan Ramai
>> Kopi Cap Televisyen Kluang Coffee Memang Kaw!
>> Nikmati Kehijauan Alam di Zenxin Organic Park Kluang
>> Alami Percutian Agrotourism Di UK Farm Agro Resort Kluang – Part 1
rindu pulak kenangan trip tu kan…bila ada lagi ek…hehe
kannn..syok tu explore negeri sendiri..
Pingback: Rasai Pengalaman Bermalam Di UK Farm Agro Resort Kluang - herneenazir.com