Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017

Kembara Bloggers Johor 2017

20171012_154820.jpg

Sempena Kembara Bloggers Johor 2017 yang lepas, Ummi berpeluang singgah ke Ekspo Johor Berkemajuan yang diadakan bermula 6 hingga 14 Oktober 2017 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

20171012_144131.jpg

Ini merupakan destinasi kedua kami setelah puas menerokai Kampung Sungai Melayu. Boleh baca entrinya di SINI.

Ekspo Johor Berkemajuan ini memfokuskan 12 aspirasi Johor ke arah menuju Wawasan Johor Berkemajuan termasuk Johor Prihatin, Johor Selamat, Johor Berbudaya, Johor Islamik dan Perumahan Johor.

Lebih kurang 31 program ikonik di adakan sepanjang program yang berbentuk pameran, persembahan, pelancaran, perkahwinan beramai-ramai dan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).  Antaranya Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Karnival Kerjaya, Karnival Jualan Mega Muafakat Johor, Jualan Usahawan IKS Tempatan dan macam-macam lagi.

20171012_151802.jpg

Encik Ahmad Nizam (Tourism Johor) sedang memberikan penerangan ringkas mengenai sejarah negeri Johor serta daerah-daerah yang terdapat di negeri Johor.

FAKTA RINGKAS NEGERI JOHOR

Johor Darul Ta’zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.

Johor Bahru merupakan ibu negeri dan menjadi pusat perniagaan dan kawasan perindustrian terbesar bagi Negeri Johor. Manakala Kota Iskandar di Iskandar Puteri pula menjadi pusat pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Johor.
(Credit info: Wikipedia)

Negeri Johor  terbahagi kepada 10 daerah utama. Korang tahu tak? Johor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai bendera sendiri untuk setiap daerah.

20171012_151743

Bendera untuk daerah Johor Bahru, Kulai, Muar, Batu Pahat dan Segamat.

20171012_151809.jpg

Bendera untuk daerah Tangkak, Mersing, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang. Ummi pernah post entri mengenai Bendera Daerah Negeri Johor. Korang boleh baca untuk gambaran yang jelas setiap bentuk bendera.

Ekspo Johor Berkemajuan ni antara ekspo terbesar di negeri Johor. Memang sangat-sangat bermanfaat untuk semua penduduk negeri Johor khususnya dan pelancong atau pelawat dari luar negeri Johor amnya. Korang boleh tengok sendiri kemajuan negeri Johor dalam pelbagai sektor contohnya sektor pertanian, penternakan, perindustrian, kesenian, kebudayaan, kemajuan teknologi dan banyak lagi. Kita yang betul asli orang Johor pun belum tentu tahu 100 peratus latar belakang negeri Johor. Jadi ekspo ni pada Ummi memang sangat berguna untuk kita yang nak tahu lebih lanjut tentang perkembangan negeri Johor.

Antara pameran yang ada sepanjang Ekspo Ekspo Johor Berkemajuan yang sempat Ummi snap.

P_20171012_145547_vHDR_On

Pameran Kastam Diraja Malaysia

P_20171012_151611_vHDR_On

P_20171012_151608_vHDR_On

Pavilion Orang Muda Johor

Tertarik sungguh dengan kenyataan dari YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin ni, ” OMJ (Orang Muda Johor) mestilah bangkit dengan menjadi sebahagian daripada jentera besar yang membangunkan Johor, yang mana anda semua adalah Team Johor”

P_20171012_150556_vHDR_On

Ole-ole Johor ada hasil kraftangan dari hidupan laut, dari bahan buangan dan sebagainya.

P_20171012_151014_vHDR_On

Kuciwa sebab tak ada marker nak conteng kat sini, marker dah habis dakwat.

P_20171012_151026_vHDR_On

P_20171012_151053_vHDR_On

P_20171012_151046_vHDR_On

P_20171012_151155_vHDR_On.jpg

Pavilion Laman Budaya mengenali budaya dan kesenian masyarakat di negeri Johor. Ummi berangan nak berzapin tu hehehe.

Jom kita tengok pula gambar-gambar yang sempat Ummi snap untuk pameran hasil-hasil  dan produk keluaran setiap daerah di negeri Johor.

20171012_152258.jpg

20171012_152318.jpg

Daerah Muar

P_20171012_152908_vHDR_On

P_20171012_152917_vHDR_On.jpg

Daerah Segamat

P_20171012_153207_vHDR_On.jpg

P_20171012_153251_vHDR_On.jpg

P_20171012_153331_vHDR_On.jpg

Daerah Pontian

P_20171012_153350_vHDR_On.jpg

P_20171012_153626_vHDR_On.jpg

Daerah Mersing

P_20171012_152951_vHDR_On.jpg

P_20171012_152817_vHDR_On.jpg

Daerah Kluang

P_20171012_153130_vHDR_On.jpg

P_20171012_153156_vHDR_On.jpg

Daerah Kota Tinggi

P_20171012_152716_vHDR_On

Nak balik Batu Pahat kejap jumpa Atok Tipah hehehe.

20171012_154946

20171012_155135

20171012_155247

20171012_155256

20171012_155059

Antara yang menarik perhatian pengunjung adalah Galeri Diraja Johor. Pameran gambar-gambar keluarga Diraja Negeri Johor, adat istiadat, pakaian, mahkota kerajaan, mahkota permaisuri dan lain-lain lagi.

Seterusnya kita ke bahagian pameran penternakan haiwam seperti lembu, kambing, ayam dan bermacam lagi.

20171012_154154.jpg

20171012_154142

20171012_154349

20171012_154109

P_20171012_153911_vHDR_On.jpg

Ada mini zoo juga tau. Kawasan ni menjadi tarikan kanak-kanak sepanjang program.

P_20171012_153929_BF.jpg

Bersama wakil JDT Blogger yang lain Uyul Rosli dan Eda Kisah Si Dairy. Kami yang kategori emak pun tertarik nak melawat kawasan ni tau.

20171012_154525

Ada juga pelbagai food trucks yang menjual makanan. Semuanya adalah peniaga-peniaga food trucks sekitar negeri Johor.

20171012_144915.jpg

20171012_144902.jpg

20171012_144717

20171012_144753.jpg

20171012_144425

Ada juga pameran kenderaan-kenderaan mewah seperti executive coach bus, caravan dan kenderaan pacuan 4 roda untuk disewa bagi mereka yang gemar travel bersama keluarga atau rakan-rakan. Rasa teruja dapat naik bas mewah yang sewa hariannya mencecah RM2000 sehari. Terdapat pelbagai kemudahan di dalam bas mewah tersebut termasuklah katil, tandas, pantry dan disediakan juga set karaoke. Caravan tu pula sewaan sehari berharga RM1600. Memang menarik dengan kemudahan katil dan pantry serta tandas kecil sesuai untuk keluarga kecil atau kumpulan travel yang tak ramai.

Pendek kata memang terujalah sepanjang menerokai Ekspo Johor Berkemajuan ni. Insha Allah kalau ada lagi ekspo macam ni Ummi takkan lepaskan peluang untuk ajak The Ilhams dan Babah sama-sama mendapat manfaat dan menambah ilmu di sini. Lepas ni kita sambung lokasi Kembara Bloggers Johor seterusnya ke 3 taman tena terkenal di Johor Bahru. Stay tuned!

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017

>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village

Related Posts

6 thoughts on “Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!