Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili

Kembara Bloggers Johor 2017

P_20171013_143610_vHDR_Auto


Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili | Kembara Bloggers Johor 2017 diteruskan lagi ke Kampung Tualang 3, Tanjung Gemuk, Sedili, Kota Tinggi. Buat pertama kalinya Ummi sampai ke sini tau. Pernah la ke Sedili, tapi tak tahu pun ada kampung ni. Kami sangat-sangat excited nak ke sini untuk merasai suasana kampung tradisional. Mungkin bagi kita orang-orang Melayu ada yang biasa dan pernah melalui zaman-zaman hidup secara tradisional ni, tapi bagi bangsa lain, inilah peluang yang mereka nanti-nantikan untuk merasai sendiri suasan kehidupan orang-orang Melayu.

P_20171013_131452_vHDR_On

Kami disambut mesra oleh orang-orang kuat Kampung Tualang 3.

P_20171013_143356_vHDR_Auto

Dari jauh dah dapat rasa keterujaannya bila melihat “Villa Castalia” tersergam indah di kelilingi kebun yang menghijau. Rasa sangat-sangat tenang tau. Ehhhh sempat Ummi fefeeling fresh sesorang kan hehe.

P_20171013_131557_vHDR_On

Dari jauh juga dah terdengar bunyi gendang.

P_20171013_131620_vHDR_On

Ohhh rupanya diorang menyambut kami dengan muzik tradisional. Wahhhh terbaiklah!

P_20171013_134438_vHDR_On

Tanpa berlengah kami dijemput untuk menikmati hidangan makan tengahari. Kiranya ni sesi makan tengahari kami yang kedua. Maka hancurlah harapan Ummi untuk kembali slim dek kerana makanan sedap yang mengujakan hehe. Tak payah bazir masa, jom tengok satu persatu menu yang makcik-makcik Kampung Tualang 3 dah sediakan untuk kami.

P_20171013_131734_vHDR_On

Pisang sebagai pencuci mulut. Bahasa orang-orang kampung.

P_20171013_131744_vHDR_On

Asam pedas ikan merah. Auwmmmm.. air tangan mak-mak sangat.

P_20171013_131731_vHDR_On

Ketam masak lemak. Besar-besar tau ketamnya. Isi penuh pula tu. Sambil makan Ummi teringat kat The Ilhams yang suka gila makan ketam. Kalau diorang tahu Ummi tengah makan ketam dengan seronoknya mesti diorang jeles.

P_20171013_131713_vHDR_On

Sayur kobis goreng bersama carrot dan kacang panjang.

P_20171013_131717_vHDR_On

Sotong masak hitam

P_20171013_131725_vHDR_On

Ikan kembung goreng

P_20171013_131720_vHDR_On

Penambah selera, ulam timun, kacang panjang dan kacang botol bersama sambal belacan meletop. Perghhhhh.. seriously sedap sesangat sambal belacan tu tau.

P_20171013_132447_vHDR_On

Ini je yang Ummi makan. Sikit je kan. Untuk first round ekekeke.

P_20171013_134322_vHDR_On
P_20171013_134348_vHDR_On
P_20171013_134418_vHDR_On
P_20171013_134426_vHDR_On

Inilah muka-muka tetamu yang teruja dengan menu ala kampung di Kampung Tualang 3.

IMG20171013135043

Credit pic: www.kisahsidairy.com

Kalau korang nak tahu, semua menu kat atas tu dimasak menggunakan dapur zaman dulu ni tau. Dapur ni diperbuat dari tanah liat. Legend sangat!

P_20171013_131909_vHDR_On

Sambil makan, mata Ummi tertancap pada corak-corak kain yang menghiasi ruang bawah rumah ni. Kalau korang nak tahu inilah yang dipanggil “Lelangit”. Terus hati Ummi rasa sayu, teringat zaman kecil-kecil dulu, kami tinggal serumah dengan Tok Mok (nenek Ummi). Tok Mok memang rajin buat lelangit untuk menutup bahagian siling rumah. Memang itulah tujuan penciptaan lelangit ni untuk menutup ruang siling supaya tak ada habuk atau tahi cicak yang gugur ke bawah. Lelangit ni diperbuat dari lebihan kain perca yang disambung-sambung menjadi sehelai kain yang besar. Biasanya orang nenek-nenek dan mak-mak kita akan tukar lelangit ni bila nak buat majlis kenduri kahwin atau perayaan. Lelangit ni memang dah sukar dan jarang-jarang ditemui. Maklumlah rumah sekarang banyak dah moden, kecuali kawasan kampung yang memang asih mengekalkan ciri-cir tradisional ni.

P_20171013_134645_BF

Perut dah kenyang kami landing kejap pada bangku kayu yang cantik ni hasil kerja tangan penduduk Kampung Tualang 3.

P_20171013_134827_vHDR_Auto
Sebelum naik ke rumah, sebiji tempayan berisikan air dan gayung dari tempurung kelapa disediakan. Rasa macam zaman-zaman dulu sangat.

P_20171013_134856_vHDR_Auto

Naik ke atas bertambah lagi keterujaan bila melihat kerusi kayu design lama ni menghiasi ruang tamu. Sebelahnya ada pula piring hitam.

P_20171013_134904_vHDR_Auto

Dongak ke atas ada lapu pam yang terang menyala.

P_20171013_135001_vHDR_Auto

Di hujung sudut ada gobok lama. Eh orang Johor memang sebut almari tu “gobok” hehe.

P_20171013_135010_vHDR_Auto

Gobok solek ni pun antik sesangat.

P_20171013_135031_vHDR_Auto

Ruang bilik. Tengok langsir pun memang style kampung.

P_20171013_135038_vHDR_Auto

Katil untuk beradu.

Turun ke dapur, lagilah menggamit memori. Serious Ummi terus rasa sayu teringat zaman kecil-kecil dulu masa tinggal di rumah panggung. Sempat jugalah Ummi merasa hidup gaya kampung.

P_20171013_135159_vHDR_Auto

 Dapur kayu untuk memasak. Rumah kami dulu pun ada dapur kayu ni. Kalau ke rumah Tok Busu selalu tengok dia buat kuih bahulu guna dapur kayu. Aroma bahulu tu lagi umppphhh.

P_20171013_135215_vHDR_Auto

Para tempat meletak pinggan mangkuk dan sebagainya.

P_20171013_135248_vHDR_Auto

Bila tengok bangku kayu ni lagilah syahdu. Rumah kami dulu ada bermacam saiz bangku kayu yang macam sebelah kiri tu. Ada yang dibuat duduk, ada juga yang dibuat alas pemotong. Yang sebelah kanan tu pun kami ada, berguna untuk membasuh pakaian. Teringat pula zaman tak ada air dan terpaksa mandi dan membasuh di perigi. Bangku ni ah yang kami gunakan.

P_20171013_135314_vHDR_Auto

Bilik air. Kalau sekarang bilik air pintunya bertombol bagai, zaman dulu hanya guna penyendal kayu je.

P_20171013_135329_vHDR_Auto

Masih ada lagi zink dan tempayan yang dibuat sebagai penadah air hujan. Biasanya zink tu akan diletak betul-betul dicucur atap rumah.

P_20171013_141252_vHDR_Auto

Lesung kayu.

P_20171013_141300_vHDR_Auto

Alas kaki ni pun memang menggamit memori. Zaman dulu nenek mak kita semua kreatif. Pandai menjahit di usia muda dan mampu menghasilkan hasil jahitan yang kreatif. Tengok saja pada alas kaki tu, rumit juga nak buatnya tu kan kalau tak betul-betul tekun.

P_20171013_134926_BF

Ummi ronda ke segenap penjuru rumah mengimbau memori zaman kecil.

P_20171013_134952_vHDR_Auto

Wahhh mak-mak sedang bermain congkak dan batu seremban.

P_20171013_141332_vHDR_Auto

Kawan-kawan blogger lain yang tak melepaskan peluang bermain congkak. Congkak dan batu seremban ni memang terkenal sebagai permainan di masa lapang orang-orang Melayu tradisional.

P_20171013_135115_vHDR_Auto
P_20171013_135122_vHDR_Auto

Orang-orang Kampung Tualang 3 ni bukan saja pandai memasak dan menghias rumah, malah mereka ni pun pandai menghasilkan kraftangan dari kulit-kulit siput. Tengok tu, kreatifkan? Hasil-hasil kraftangan ni dijadikan sebagai sumber pendapatan terutamanya bagi suri rumah di sini.

P_20171013_135859_vHDR_Auto

Sambil-sambil melihat keunikan Kampung Tualang 3, kami sempat berbual mesra dengan orang kuat MITA Johor, Puan Nida dan wakil dari Kampung Tualang 3.

P_20171013_135950_vHDR_Auto
P_20171013_140042_vHDR_Auto

Berbual bukan berbual kosong tau, berbual sambil menikmati pulut panggang dan air kopi O. Pulut panggang dan kopi ni adalah antara produk keluaran penduduk Kampung Tualang 3. Memang talented lah orang-orang sini. Pulut panggang tu sedap sangat berisikan serunding ikan yang cukup rasanya. Air kopi jangan ceritalah, super sedap lagi kawwww! Nasib baiklah Ummi dah pandai minum kopi, jadi tak lah terkilan tak dapat merasa kopi sedap orang Kampung Tualang 3.

P_20171013_140127_vHDR_Auto
c4b318b5-105d-46b1-b25e-9053317cc7e8

Walaupun syok makan sambil berbual, bila part nak bergambar semua boleh stop dan parking makanan dalam mulut kejap. Lepas tu dah bergambar baru sambung makan dan berbual semula ekekeke.

P_20171013_141752_vHDR_Auto

Dah puas tengok dalam rumah, kita keluar pula ambil angin petang sambil naik basikal kago. Korang perah naik basikal kago tak? Ummi saja mencuba sebab dah lama gila tak bawa basikal. Basikal ni legend tau. Zaman dulu basikal kago ni lah antara kenderaan utama diorang.

P_20171013_141943_BF

Selepas bergilir-gilir naik basikal, kita posing dengan basikal pula.

P_20171013_142435_BF

Sempat Ummi paksa Kak Rose dari MITA untuk wefie hehe.

P_20171013_142541_vHDR_Auto

Sebelum kami balik, beberapa orang blogger diminta menjadi wakil untuk menanam pokok sebagai tanda kenangan sempena kunjungan kami ke Kampung Tualang 3.

P_20171013_142617_vHDR_Auto

Makcik-makcik yang bertungkus lumus membuat persiapan menanti tetamu.

P_20171013_142733_vHDR_Auto

Gambar kenangan dengan makcik-makcik Kampung Tualang 3. Panjang umur kita jumpa lagi.

IMG-20171016-WA0090

Group photo Kembara Bloggers Johor 2017 bersama penduduk Kampung Tualang 3.

P_20171013_143219_vHDR_Auto

Ole-ole untuk kami bunga telur dan key chain hasil kraftangan penduduk kampung. Bunga telur tu memang warna JDT sangat! hehehe. Bunga telur ni memang salah satu tradisi Melayu untuk majlis perkahwinan, kenduri atau jamuan. Biasanya ia akan dihias di bunga pahar dan hingga kini bunga telur masih ada untuk majlis-majlis yang Ummi nyatakan tadi.

P_20171013_143622_BF

Ok, settled kembara kami ke Kampung Tualang 3. Memang pengalaman yang sangat-sangat menarik yang mengembalikan nostalgia lama. Korang nak merasai suasana kampung zaman dulu-dulu bolehlah berkunjung ke Kg. Tualang 3, Tanjung Gemuk, Kota Tinggi.

Inilah masanya untul memperkenalkan pada anak-anak ciri-ciri Melayu tradisional yang diorang tak pernah alami sekarang. Memang menggamit memori zaman rumah panggung dulu. It is worth every single minutes to here! Dah jangan fikir lama-lama. Plan your journey here!

 

Lagu Tualang 3 ni Ummi tujukan khas untuk penduduk Kampung Tualang 3. Terima kasih atas layanan mesra semua. Mohon halalkan segala yang dimakan dan yang diminum. Panjang umur kita jumpa lagi ya.

KAMPUNG TUALANG 3, TANJUNG GEMUK, SEDILI

Maklumat lanjut, sila hubungi:
Encik Faizam | 0 19-717 1807

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017

>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
>> Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan
>> Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar
>> Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!