Lawatan Ke Tempat Penternakan dan Penetasan Belangkas Sedili Kecil

Kembara Bloggers Johor 2017
P_20171013_151241_vHDR_Auto

Lawatan Ke Tempat Penternakan dan Penetasan Belangkas Sedili Kecil | Dari Kampung Tualang 3, Kembara Bloggers Johor 2017 meneruskan misi ke kawasan Tempat Penternakan dan Penetasan Belangkas di Sedili Kecil.

P_20171013_145448_vHDR_Auto

Pusat informasi tentang belangkas dan udang karang (lobster).

P_20171013_145813_vHDR_Auto

Sesampai saja kami di sini, sedikit penerangan tentang belangkas disampaikan oleh pihak yang berkenaan. Buat pertama kalinya Ummi ke kawasan ternakan belangkas (horseshoe crab) atau nama saintifiknya “tachypleus gigas”. Sebelum ni tengok belangkas dari laut je. Tapi yang ni belangkas yang dibela. Belangkas ni adalah spesies unik yang telah wujud lebih 200 juta tahun serta mendahului dinosaur dengan fosil tertua kira-kira 475 juta tahun.

P_20171013_145901_vHDR_Auto

Memandangkan belangkas adalah spesis haiwan eksotik yang kian pupus, maka Kementerian Pertanian dan Asas Tani menggalakkan untuk penternakan belangkas di negara kita.

P_20171013_145855_vHDR_Auto
P_20171013_145916_vHDR_Auto

Belangkas yang bebas ke sana ke mari. Eh ada ketam juga dalam tu hehe.

P_20171013_145625_vHDR_Auto

Dalam akuarium ni terdapat anak-anak belangkas. Subhanallah banyak gila. Saiznya masih kecil dan akan dibela sehingga berusia dua tahun. Kemudian barulah anak-anak belangkas ni dilepaskan di laut atau dibela dalam kolam. Belangkas mengambil masa lama untuk matang dan proses bertelur selepas mencecah usia 10 tahun. Dalam masa tempoh 9 tahun, belangkas akan bersalin kulit. Pada tahun ke-10 barulah belangkas mencari pasangan untuk mengawan.

Kami agak kurang bernasib baik kerana tak berkesempatan untuk melihat telur belangkas apa lagi memakan telur belangkas. Belangkas dan telurnya sedap dimasak katanya. Ummi memang tak pernah pun makan telur belangkas tu.

P_20171013_150726_vHDR_Auto

Jangan pandang sebelah mata pada belangkas ni tau, kerana belangkas ni mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam sektor perubatan. Ini kerana bendalir terkandung dalam badannya boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Tanpa kita sedari kit antitoksin menggunakan belangkas sudah lama berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat.

Korang tahu tak warna darah belangkas ni? Kalau korang tak tahu, meh sini Ummi kongsikan. Warna darah belangkas ialah warna biru. Ya betul. Kenapa korang tak percaya ke? Belangkas ni mendapat permintaan tinggi dari seluruh dunia tau dek kerana warna darahnya yang biru tu. Kalau tak membaca dan membuat rujukan Ummi pun tak tahu tau. Dah bertambah lagi ilmu kita hari ni hehe.

P_20171013_145548_vHDR_Auto

Bukan saja belangkas yang ada di sini, rupa-rupanya ada juga udang karang atau lobster. Fuhhhh geram je Ummi tengok lobster besar-besar tu tau. Kalau ikutkan hati nak minta 2 ekor bawa balik hahaha. Suka hati je.

P_20171013_150812_1_vHDR_Auto

Kasi can lah Ummi posing dengan belangkas ok.

P_20171013_150946_vHDR_Auto

Kalau tenung betul-betul, belangkas ni bentuk badannya tak ubah seperti topi besi yang digunakan tentera zaman dahulu hehe. Betul tak? Ke mata Ummi je yang nampak macam tu? Ada lagi satu teka teki teka tekuk ni? Macamana nak bezakan belangkas jantan dan betina? Haaa.. memang ilmu kembara ni asyik teka teki jantina je nampaknya hehe.

Untuk pengetahuan korang, saiz belangkas betina lebih besar dari belangkas jantan. So korang boleh compare dari saiz la. Belangkas betina menghasilkan bertelur dan biasanya hanya belangkas betina saja yang dimasak, belangkas jantan biasanya dilepaskan. Ok got it?

P_20171013_150536_vHDR_Auto

Ewahhhhh.. nak juga posing dengan lobster sambil pegang board Tourism Johor hehehe.

P_20171013_151210_vHDR_Auto
P_20171013_151216_vHDR_Auto

Di sini juga korang boleh dapati tempat penjualan peralatan tangkapan ikan yang diuruskan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Sedili. Banyak peralatan yang ada contohnya jaring, tali dan macam-macam lagi.

P_20171013_150440_vHDR_Auto

Sebelum mengundur diri ke destinasi seterusnya, marilah kita posing dengan board Tourism Johor dengan harapan point bertambah dan terpilih ke Pulau Rawa untuk Kembara Bloggers Johor akan datang hehe.

P_20171013_151820_BF

Dalam perjalanan nak menuju ke bas kami, sempat juga Ummi ajak si cantik manis Rya awek dari Filipina ni berwefie. Alhamdulillah misi melawat Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas Sedili Kecil berjaya. Bertambah lagi ilmu dan pengalaman kami.

Korang boleh juga buat lawatan ke sini ya. Sila set tarikh dan masa yang sesuai. Hubungi pihak pengurusan. Memang sesuai untuk perkenalkan anak-anak dengan spesis haiwan eksotik yang kian pupus ni. Hingga berjumpa lagi di entri akan datang. Stay tuned!

Map Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas Sedili Kecil.jpg

Peta lokasi

Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas Sedili Kecil

Kampung Sedili Kechil, 81900 Kota Tinggi, Johor

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017

>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
>> Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan
>> Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar
>> Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi
>> Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili

Follow instagram Hernee Nazir >> https://www.instagram.com/herneenazir/

Loading

Related Posts

5 thoughts on “Lawatan Ke Tempat Penternakan dan Penetasan Belangkas Sedili Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!