About Me

About Me | Assalamu’alaikum & salam sejahtera buat semua pembaca blog picisan ini. Saya Hernee binti Samshudin, pemilik blog dengan nama pena “Hernee Nazir”. Nama saya pendek seketul je. Tak susah nak sebut tapi hakikatnya ramai yang tersilap sebut dan tersilap jantina. Ada yang ingat saya lelaki, bukannnn saya masih lagi wanita sejati hehehe. Saya berusia 42 tahun (tahun 2023). Saya dilahirkan pada hari Sabtu, 16 Mei 1981 di Kampung Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor. Lokasi rumah saya berdekatan dengan kawasan terjadinya Tragedi Pesawat MH653 Terhempas di Tanjung Kupang.

Saya merupakan anak sulung kepada pasangan Samshudin bin Yahya dan Kasmah binti Daud. Mempunyai tiga orang adik beradik seibu sebapa dan tiga orang lagi adik beradik yang sebapa. Saya telah pun mendirikan rumahtangga bersama Mohd Nazir bin Mahat dan alhamdulillah dikurniakan empat orang cahayamata lelaki (Ilham Syahmi, Ilham Syakir, Ilham Syamil & Ilham Syahid. Anak kedua saya, kini menjadi kupu-kupu syurga manakala anak ke empat saya adalah anak isitimewa Cleft Lip & Palate (Sumbing Bibir & Lelangit). Saya juga memiliki seorang anak susuan perempuan bernama Zara Safiyya Syamsul Rizal.

Memililki Diploma Pentadbiran Awam & Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (Kepujian), UiTM Alor Gajah, Melaka. Alhamdulillah masih lagi berkerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) untuk mencari bersuap-suap nasi. Pencinta warna merah jambu (pink). Peminat setia Anuar Zain. Bercita-cita ingin menjadi seorang guru, mungkin aura lahir di Hari Guru (16 Mei) kot. Tapi malangnya tak ada rezeki nak menyambung pengajian ke peringkat seterusnya iaitu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Pernah menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SMK Gelang Patah dan Guru Ganti di SK Kangkar Tebrau.

2006 Mula Menulis Blog

Mula menulis blog secara suka-suka pada tahun 2006. Menulis sekadar berkongsi aktitiviti harian dan apa saja yang dirasakan berinformasi. Kini saya juga menjana pendapatan melalui blog dengan hasil review. Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat. Insha Allah selagi bernyawa saya akan terus berkongsi informasi menarik dan juga aktiviti keluarga yang boleh dijadikan panduan untuk pembaca. Akhir kata, terima kasih untuk anda yang sudi membaca satu persatu hasil penulisan saya yang tak seberapa ini.

Nak tahu lagi pasal saya lagi??? Silalah baca blog saya..

xoxo,

Hernee Nazir
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC)
Shaklee Independent Distributor
Gelang Patah/ Iskandar Puteri

Loading

2 thoughts on “About Me

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!