Travel

Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017

Alhamdulillah tamatlah FAM Trip – Kembara Bloggers Johor 2017 selama 4 hari 3 malam pada hari ini. Terima kasih kepada Tourism Johor (Encik Nizam), Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) (Eika, Fify, Kak Rose), Mr. Jocko (Blooggers Media), Pak Sheikh (the best tourist guide ever) dan rakan media/ bloggers yang turut serta dalam program ni.

Ummi rasa sangat-sangat bertuah terpilih sebagai salah seorang peserta. Walaupun Ummi ni asli tulen orang Johor tapi seriously memang tak habis lagi ronda Johor tau. Pengalaman ni memang sangat-sangat berharga buat Ummi. Mudah-mudahan dapat lagi berkolaborasi dengan Tourism Johor, MITA & Bloggers Media.

Sepanjang program ni memang tak sempat nak update blog. Cuma buat live update di facebook dan instagram je. Malam pertama, kedua ok lagi boleh stay up update social media. Malam ketiga lepas balik dari dinner dan briefing terus terbongkang tidur sampai subuh. Penat tapi syioookkkkk dan bebaloi-baloi gitu.

Korang tunggu ya entri akan datang. Ummi akan kongsikan pengalaman Ummi sepanjang 4 hari 3 malam ni. Korang yang belum pernah sampai ke Johor, apa tunggu lagi plan cuti korang jom terokai destinasi pelancongan menarik di Johor.

Special thanks to Babah, Mommy Ngah dan anak-anak yang memahami tugas Ummi sebagai blogger. Sayang korang!

Share this nice post:

Comments

comments

9 thoughts on “Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *