Meneruskan destinasi seterusnya di hari ketiga, check out dari Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort dan meneruskan perjalananan ke daerah Kluang. Lokasi pertama yang kami tujui adalah ke
Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1966 di Jalan Mersing. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, pihak pengurusan memutuskan untuk memperluas dan mengautomasikan operasi perniagaannya dan kilang tersebut dipindahkan ke tapak sekarang di Jalan Besar pada tahun 2003.
Pengasas Kilang Serbuk Kopi Kluang ialah Encik Goh Tong Tor (Goh Ah Kow). Pada mulanya beliau telah bekerja di industri pemborong buah-buahan dan industri getah, sebelum beralih menjadi salesman di salah satu kilang kopi tempatan.
Ummi sempat posing bersama tiga jenis kopi utama dalam menghasilkan Kopi Cap Televisyen.
Kopi Cap Televisyen adalah campuran tiga jenis kopi yang terbaik iaitu kopi jenis Robusta, Arabica dan Liberica.
Kopi Robusta berasal dari Indonesia dan Vietnam. Ianya sesuai untuk dijadikan kopi-O. Biji kopi Robusta kurang wangi dan pekat bila dibancuh.
Kopi Arabica berasal dari Brazil dan Columbia. Ia adalah antara kopi yang popular di dunia. Aromanya sangat sedap. Ianya tidak pekat tetapi pahit. Tidak terdapat di negaa Malaysia kerana kopi Arabica ini sesuai dengan negara bercuaca sejuk. Harga pasaran kopi Arabica juga adalah tinggi.
Kopi Liberica pula adalah bji kopi tempatan dari Malaysia. Terkenal dengan panggil “Kopi Biji Gajah” oleh orang-orang tua lama. Kopi Liberica adalah antara kopi yang bersaiz paling besar di dunia dengan harga pasaran yang tinggi. Kopi ini sangat wangi dan pekat bila dibancuh. Pengeluaran di Malaysia semakin berkurangan dan berjaya dipindah dan ditanam di Indonesia tapi rasanya agak berbeza.
Korang nak tahu tak asal usul Kopi Cap Televisyen?
Bermula sistem penyiaran televisyen pada awal 1960-an di Malaysia, memiliki set televisyen adalah menjadi impian untuk setiap isi rumah. Tidak semua mampu memiliki set televisyen pada masa itu. Televisyen penting bukan sahaja sebagai pembawa berita dan hiburan terkini, ia juga membawa hubungan kekeluargaan yang lebih rapat. Ini menarik minat Encik Goh Tong Tor (pengasas Kluang Coffee Powder) menggunakan set televisyen sebagai penjenamaannya. Beliau berharap dapat menghasilkan kopi berkualiti tinggi yang dapat dimiliki di setiap rumah dan pada masa yang sama, membawa keluarga lebih dekat bersama sambil menikmati secawan kopi yang kaw.
Seterusnya kami dibawa melawat ke kawasan pemprosesan kopi. Taklimat ringkas disampaikan oleh staff Kluang Coffee. Terdapat 5 langkah penting dalam menghasilkan kopi yang berkualiti. Bijian kopi ini akan digaul selama lebih kurang 20 minit. Sekiranya dibiarkan terlampau masak ianya berisiko menjadi pahit dan bila kurang masak ianya menjadi masam. Seriously tak pernah pun tahukan sebelum ni hehe.
Kopi yang dimasak dan dikacau selama lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan suhu 200°C.
Kopi dimasukkan ke dalam mesin untuk dipisahkan menjadi bijian.
Kopi tadi diasingkan lagi menggunakan mesin lain untuk dijadikan serbuk kopi.
Kopi yang dah siap menjadi serbuk dimasukkan ke dalam tin untuk dijual. Seterusnya kami dibawa ke bahagian pembungkusan kopi untuk melihat sendiri bagaimana kopi diproses dan dibungkus menjadi uncang kopi menggunakan mesin.
Uncang Kopi-O yang dah siap dibungkus dalam pack besar.
Uncang kopi-O yang masih belum masukkan ke dalam bungkusan.
Proses untuk seal bungkusan uncang kopi. Selepas menyaksikan sendiri cara pembungkusan uncang kopi, kami dijamu black coffee dan white coffee yang ummpphhh. Kluang Coffee dalam proses mengubahsuai kawasan kilang untuk menyediakan cafe untuk para pengunjung.
Nampak tu meriahkan atas meja dengan makanan.
Ini dia white coffee yang mengandungi 100% bijian kopi. Biji kopi yang dimasak tanpa ada campuran bahan-bahan lain.
Dimakan pula dengan nasi lemak yang sedap dan roti bun kaya memang terangkat tau.
Seterusnya Ummi mencuba black coffee fuhhh nasib baiklah Ummi dah terer minum kopi tau. Kalau tak memang melopong je tengok orang lain menikmati kopi sedap ni, Black coffee dimasak dengan campuran 30% gula dan 70% marjerin. Memang kaw!
Ada pula biskut kering atas meja, jadi pantas je tangan Ummi ni mencapai sekeping dan mencicah biskut ke dalam black coffee tu. Wahhhh syok ooooo..
Kalau korang nak tahu, kopi cap televisyen ni juga dikenali sebagai “Sultan Coffee” oleh kebanyakan pegawai kerajaan negeri Johor dan penduduk tempatan. Ianya kerana semasa mengadakan pertemuan dengan Sultan Iskandar Johor, mereka menghidangkan kopi cap televisyen ni. Setelah minum kopi, sultan jatuh hati dengan aroma dan kopi yang sedap. Sejak itu, Sultan telah menitahkan kakitangannya istana untuk membuat pesanan dari Kluang Coffee pada setiap bulan untuk dijadikan minuman untuk majlis-majlis rasmi di istana. Wahhh hebat juga kopi cap televisyen ni kan, sehingga mampu menawan hati pemerintah negeri.
Sebelum meneruskan kembara ke destinasi seterusnya, sempat juga kami menyinggah ke kedai khas yang menjual semua produk kopi cap televisyen. Memang rambang mata tau. Semua pengunjung yang datang, boleh la membeli-belah di sini sebelum balik buat buah tangan ahli keluarga atau sahabat handai.
Legend betul cawan ni kan.
Sesambil tengok coffee kita berwefie dengan orang kuat MITA & Tourism Johor, Fify dan Kak Rose. Dua-dua sporting!
Eh sempat juga berwefie dengan geng JDT Blogger ni kan. Tak sah kalau tak bergmabar bertiga hehehe.
Nak dapat point lebih dari Tourism Johor haruslah posing dengan board ni hahahaha.
Korang boleh dapatkan Kopi Cap Televisyen keluaran Kluang Coffee ni di semua outlet Giant di seluruh Semenanjung Malaysia.
Group photo sebelum kami meninggalkan Kilang Kluang Coffee.
Yeay! Dapat sorang sebungkug uncang kopi-O dari Kluang Coffee. Terima kasih diucapkan kepada Kluang Coffee.
Antara pokok kopi yang ditanam dibahagian hadapan kawasan Kluang Coffee. Memang enjoy sesangat dapat peluang tengok proses membuat kopi ni. Korang kalau nak buat lawatan ke Kluang, jangan lupa jadikan Kluang Coffee ni sebagai salah satu destinasi lawatan korang tu tau terutamanya untuk cikgu-cikgu yang masih berfikir-fikir lokasi terbaik untuk proses pembelajaran anak-anak. Boleh rujuk info dibawah ya.
KLUANG COFFEE POWDER FACTORY SDN BHD
Alamat:
76, Jalan Besar,
86000 Kluang,
Johor Darul Ta’zim.
Telephone: +607-773 1943
Fax: +607-776 4390
Email: enquiry@kluangcoffee.com.my
Facebook: Kluang Coffee Cap Televisyen
Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017
>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
>> Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan
>> Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar
>> Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi
>> Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili
>> Lawatan Ke Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas Sedili Kecil
>> The ELS Club – Daya Tarikan Terbaru Di Desaru Coast
>> Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Destinasi Percutian Pilihan Ramai
rasa macam nak pegi lagi ke beli kopi ni..kena tunggu diorang bukak cafe nampaknya ni
boleh la ngopi situ ek hehehe