Kembara Bloggers Johor 2017

Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia

P_20170513_095609_vHDR_Auto.jpg

Lokasi ke empat kami bagi Kembara Bloggers Johor 2017 adalah ke Legoland Malaysia Resort. Siapa tak kenal Legoland kan. Salah satu daya tarikan pelancongan di negeri Johor sama ada dari pelancong dalam mahu pun luar negara seperti pelancong dari Singapura, Filipina, Indonesia, Hong Kong, China dan lain-lain lagi.

Legoland Malaysia Resort dibuka pada tahun 15 September 2012 merupakan taman tema yang pertama di Asia dan yang taman tema internasional pertama di Malaysia. Tarikan di Legoland Malaysia Resort terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Legoland Hotel
  • Legoland Theme Park
  • Legoland Water Park

Setiap tahun Legoland akan memastikan sesuatu kelainan yang baru bagi menarik minat pengunjung.

20171012_180028.jpg

Kaunter tiket untuk masuk ke Legoland.

LEGOLAND HOTEL

Sedikit info ringkas mengenai Legoland Hotel yang dapat Ummi kongsikan.

20171012_173544

Legoland Hotel adalah destinasi penginapan untuk percutian pilihan mereka yang ingin merasai keriangan di Legoland Theme Park dan Legoland Water Park. Ianya menjadi penginapan yang tidak dapat dilupakan untuk seisi keluarga. Bermula dari pintu masuk hotel, lobi hinggalah ke bilik tidur bertema Lego sepenuhnya. Antara bilik yang ditawarkan adalah Bilik Deluxe dan Suite yang boleh memuatkan sehingga 8 orang (Maksimum 4 orang dewasa setiap bilik). Semua bilik Standard dan Premium boleh memuatkan sehingga 5 orang (Maksimum 3 orang dewasa setiap bilik)

LEGOLAND THEME PARK

Antara aktiviti menarik di Legoland Theme Park adalah seperti berikut:

  • The Beginning – Terdapat kedai cenderahati Big Shop, Mini Market & The Brick Shop yang menjual pelbagai barangan dan produk permainan Lego. Terdapat juga The Cafe yang menjual aneka makanan untuk pengunjung.
  • Lego Technic – Aktiviti membina robot di Lego Mindstorms. menaiki Project X Roller Coaster dan Aquazone Wave Racers.
  • Miniland – Bangunan mercu tanda dari seluruh Asia yang dibina dengan Lego Bricks contohnya Angkor Wat Kemboja, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Brunei, Johor Majestic Palace, KLIA, Putrajaya, Taj Mahal dan banyak lagi.
  • Imagination – Aktiviti bermain lego yang mana anda boleh membina apa sahaja dan menguji binaan yang telah dibuat.
  • Lego Kingdoms – Menyediakan permainan yang menarik seperti roller coaster (Dragon’s Apprentice & The Dragon), Merlin’s Challenge,  Royal Joust, The Forestmen’s Hideout dan lain-lain lagi.
  • Land Of Adventure – Kawasan pengembaraan dan permainan menarik yang disediakan di Lost Kingdom Adventure, Beetie Abounce,Dino Island dan Pharaoh’s Revenge.
  • Lego City – Terdapat pelbagai permainan menarik yang disediakan untuk kanak-kanak contohnya Driving School, Junior Driving School, Boating School, Lego City Airport, Lego City Stage, Lego land Express, Market Restaurant, Rescue Academy, The Ship Yard etc.
  • Lego Ninjago World – Anda berpeluang menjadi Master Spinjitzu dan meletakkan kemahiran ninja anda. Terdapat permainan Ninjago Rides, Sensei’s Shop dan Zane’s Temple Building.
  • Lego Star Wars Miniland – Anda boleh melihat karakater kegemaran anda seperti Yoda, R2-D2, Darth Vader dan lagenda Sith Lords yang diperbuat dari blok-blok LEGO®.
  • LEGO® Movie™ 4D – Menayangkan filem The Lego Movie pengembaran mmet, Wyldstyle, Unikitty, Benny dan MetalBeard.

20171012_173404.jpg

Ummi sempat bergambar di depan stage Brick-Or-Treat 2017 sempena Halloween Brick-Or-Treat Carnival Celebrations.

20171012_173503

Bersama Eda, Uyul dan Alja di hadapan kawasan The Beginning.

20171012_174107.jpg

Sempat naik Technic Twister bersama geng-geng blogger yang lain sebelum kami semua pening-pening lalat hehe.

P_20170513_143614_BF.jpg

Gambar recycle semasa berada di Lego Academy.

Ke kawasan Miniland yang menempatkan bangunan mercu tanda di seluruh Asia yang diperbuat dari blok-blok Lego.

P_20170513_123426.jpg

Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunus, Larkin.

P_20170513_123515.jpg

Istana Bukit Serene (gambar recycle)

P_20170513_123147

Petronas Twin Towers (gambar recycle)

P_20170513_153557.jpg

Lego Ninjago World.

Terdapat permainan Ninjago Rides, Sensei’s Shop dan Zane’s Temple Building.

P_20170513_154319

P_20170513_154617_BF.jpg

Mencuba Ninjago Rides.

P_20170513_155227.jpg

Ninjago Rides score. Yeay! Ummi menang.

P_20170513_134150.jpg

Lego Star Wars Miniland

Mempunyai tujuh adegan dari enam filem Star Wars ™ dan siri animasi The Clone Wars ™ secara terperinci. Secara keseluruhannya, ianya mempunyai lebih daripada 2,000 model LEGO® yang dibina pada skala 1:20 menggunakan 1.5 juta bata LEGO®.  Anda boleh melihat karakater kegemaran anda seperti Yoda, R2-D2, Darth Vader dan lagenda Sith Lords yang diperbuat dari blok-blok LEGO®.

P_20170513_130531.jpg

P_20170513_130610.jpg

P_20170513_130935.jpg

Cantikkan, semuanya dibina menggunakan blok-blok lego. Teruja betul.

P_20170513_145610_BF.jpg

Semasa menonton Lego 4D Movie. Syok tau menonton 4D movie ni sebabnya, sambil tengok movie korang akan merasai effect angin, air, salji seperti dalam situasi sebenar.

P_20170513_144856.jpg

P_20170513_144900.jpg

Observation Tower

Korang boleh melihat keseluruhan kawasan Legoland Malaysia Resort dari pandangan atas 360 darjah. Syok tau masa berada di atas tu.

LEGOLAND WATER PARK

20170909_113639-01-1.jpeg

20170909_112538-02.jpeg

20170909_113531-01.jpeg

Korang yang nak enjoy mandi manda sambil bermain lego bolehlah ke Legoland Water Park. Memang sangat menyeronokkan. Legoland Water Park di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Beach Grill, Brick Blaster, Brick Cafe, Build A Boat, Build A Raft River, DUPLO Splash Safari, Imagination Station, Joker Soaker, Lego Slide Racer, Lego Wave Pool, Red Rush, Splash ‘N Swirl, Surf Shop, Tidal Tube, Twin Chaser dan Wave Rider.

Walaupun masa singkat, kami enjoy ke Legoland Theme Park. Seterusnya Kembara Bloggers Johor 2017 meneruskan perjalanan ke Amari Hotel untuk penginapan hari pertama kami. Nantikan update seterusnya ya.

Korang boleh baca entri-entri yang lepas, aktiviti Ummi dan The Ilhams meronda Legoland Malaysia.

LEGOLAND MALAYSIA RESORT

7, Jalan Legoland, Bandar Medini,
79250 Nusajaya,

Johor, Malaysia

Tel : +60 7-597 8888

Website : www.legoland.com.my

Facebook : Legoland MalaysiaInstagram: @legolandmalaysia

Email : info@legoland.my

Koordinat: 1°25′36″N 103°37′43″E


Opening hours:

Theme Park | 10am – 6 pm
Water Park | 10am – 6 pm

 

Harga tiket Legoland Malaysia Resort:

1 Day Combo – RM196
1 Day Theme Park Ticket – RM156
1 Day Water Park Ticket – RM100

 

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017

>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town

Share this nice post:

Comments

comments

4 thoughts on “Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *