Kembara Bloggers Johor 2017

Alami Percutian Agrotourism Di UK Farm Agro Resort Kluang – Part 1

P_20171014_144823_vHDR_Auto

Destinasi terakhir Kembara Bloggers Johor 2017, adalah di UK Farm Agro Resort, Kluang. Buat pertama kali menjejakkan kaki ke sini walaupun sebelum ni memang ada perancangan nak bawa The Ilhams ke sini. Tapi akhirnya Ummi yang sampai dulu bersama rakan-rakan blogger. Korang pernah ke sini tak? Kalau belum pernah jom baca perkongsian dari Ummi Ilhams. Kalau ibu ayah yang masih tak ada idea nak bawa anak-anak kemana musim cuti sekolah ni, bolehlah bawa ke sini.

Ok jom baca!

UK Farm Agro Resort terletak di daerah Kluang, Johor di bawah Projek Pertanian Moden Kluang naungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. UK Farming Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada 2003 dengan hanya 2 ekar tanah yang terletak di Parit Yaani, Johor. Kambing Jamnapari di UK Farm adalah kambing yang diimport dari Indonesia. Di awal perniagaan mereka hanya melibatkan pengeluaran susu kambing segar, daging kambing dan mengkomersialkan produk mandian.

UK Farm adalah ladang kambing dan kambing biri-biri terbesar di Malaysia, dengan keluasan 100 ekar tanah ragut untuk 4000 kambing. Ia mengamalkan teknik yang paling moden dalam penternakan kambing. Terdapat juga 15 ekar kawasan tanaman buah markisa.

UK Farm Agro Resort adalah destinasi ideal untuk semua yang ingin melarikan diri dari gaya hidup bandar yang sibuk dan menikmati pelbagai aktiviti rekreasi yang tidak terdapat di bandar.

P_20171014_144839_vHDR_Auto

Pada tahun 2006, UK Farm Agro Resort telah mendapat pensijilan HACCP untuk pengeluaran susu kambing dan instrumen pengeluaran susu dari Jepun. Seterusnya pada tahun 2007, UK Farm Agro Resort telah memperolehi tanah seluas 100 ekar dari Projek Pertanian Moden Kluang, dan meneroka pembiakan kambing dan menghasilkan daging kambing beku yang diuruskan oleh Superficient Marketing Sdn. Bhd. Sekarang UK Farm mempunyai kira-kira 4000 ekor biri-biri. Spesies kambing yang terdapat di sini termasuk Domba Garut, Damara, Barbados, Santa Ines, Malin dan Dorper. UK Farm

UK Farming Sdn. Bhd. Dan anak-anak syarikatnya:

UK Farming Sdn. Bhd.
Khusus dalam menyediakan produk dan perkhidmatan kambing tenusu berkualiti premium seperti susu kambing segar, aiskrim susu kambing, kosmetik susu kambing dan peralatan mandi, produk kulit kambing, penternak kambing tenusu, makanan kambing dan ubat, alat pertanian dan aksesori kambing, kursus pertanian kambing, khidmat perundingan kambing, pembinaan kandang kambing dan baja kambing biri-biri.

UK Agrotourism Sdn. Bhd.
Sebuah resort percutian yang terletak di Projek Pertanian Moden Kluang, Johor. Kemudahan yang disediakan termasuk chalet ladang, kemudahan tapak perkhemahan, surau dan pavilion, bilik mesyuarat, bazar ladang, mini zoo dan pameran haiwan, kereta kuda, kolam ikan dan sukan memancing tradisional, taman buah-buahan tropika, taman sayuran organik dan kilang mini jus buah-buahan.

UK Farm Sdn. Bhd. (Dahulunya dikenali sebagai Superficient Marketing Sdn. Bhd.) Menyediakan produk dan perkhidmatan pertanian kambing dengan pelbagai spesies kambing tempatan dan yang diimport. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah penternak kambing, kambing segar dan beku, kemudahan rumah penyembelihan, kursus pertanian kambing, dan baja biri-biri dan penghasilan produk dari buah markisa.

contact-map

 Peta lokasi UK Farm Agro Resort.

farm-map

 Pelan UK Farm Agro Resort.

P_20171014_144923_vHDR_Auto

P_20171014_145049_vHDR_Auto

Receptionist Counter untuk pembelian tiket. Korang boleh juga membeli tiket secara online di SINI.

P_20171014_142946_vHDR_Auto

Harga Tiket UK Farm Agro Resort – Trip 1 Hari

Bus Ride Tour Package (2-3 jam)
Dewasa – RM47.70
Kanak-kanak (3-12 tahun) – RM37.10

Package include: Entrance Ticket, Animal Feeding Set, Goat Milk Testing & In house Guide.

P_20171014_142959_vHDR_Auto

Harga Horse Carting Farm Farm Tour

Low Season – RM190.80
Peak Season – RM254.40

Package include: Entrance Ticket, Animal Feeding Set, Goat Milk Testing.

P_20171014_143022_vHDR_Auto

Laluan bas untuk pengembaraan ke UK Farm Agro Resort.

P_20171014_143117_vHDR_Auto
P_20171014_143114_vHDR_Auto
P_20171014_143128_vHDR_Auto

P_20171014_143132_vHDR_Auto

Sebelum kami memulakan pengembaraan ke UK Farm Agro Resort, jemputlah makan tengahari dulu ya.

20171014_150533

Selepas menjamu selera, kami dijemput mendengar penerangan ringkas dari pemilik dan pengasas UK Farm Agro Resort iaitu Mr. Goh Un Keng.

Korang boleh dengar sendiri sejarah penubuhan UK Farm dari Mr. Goh. Kat bawah ni Ummi highlight kan ayat-ayat power Mr. Goh yang friendly dan sempoi ni.

“Orang panggil UK Farm sampai sekarang.. sebenarnya UK Farm dengan United Kingdom tak kena mengena..sikit pun tak ada”

“Kalau bodoh boleh belajar, kalau malas tak ada ubat”
“Jadikan kelemahan kita satu kekuatan”

Owner UK Farm – Mr. Goh Un Keng

Pasal kaitan UK Farm dengan UK (United Kingdom) tu memang kelakar dengar Mr. Goh terangkan hehe. Ramai rupanya selama ni salah sangka hehehe.

P_20171014_144457_vHDR_Auto
Antara aktiviti yang bakal kami lakukan sepanjang berada di UK Farm Agro Resort:

P_20171014_144915_vHDR_Auto
Wishing card – RM5

P_20171014_144948_vHDR_Auto
Mini Bus Schedule

Start – 10:00am Last Call: 5:00pm
(Mini Bus every 1 hour 1 trip)

P_20171014_145034_vHDR_Auto
Night Tour – RM5/ pax

If you are lucky, you can see – wild boar, night bird, owl, snake, firefly, hedgehog, civet & pangolin.

P_20171014_145128_vHDR_Auto
Jangan tak tahu, ramai juga pengantin-pengantin dah mengabadikan kenangan perkahwinan di sini tau.

Wedding Photography Package at UK Farm Agro Resor – RM339.20

P_20171014_145136_vHDR_Auto
Gabungan eco balance, pendidikan dan pelancongan.

P_20171014_145200_vHDR_Auto
UK Farm Agro Resort Signature Dishes.

P_20171014_145206_vHDR_Auto P_20171014_145215_vHDR_Auto
P_20171014_145333_vHDR_Auto

Ruang restoran yang terdapat di bangunan utama UK Farm Agro Resort.

P_20171014_145313_vHDR_Auto
Bilik seminar/ mesyuarat.

P_20171014_145537_BF
Posing kejap sementara menunggu giliran naik bas.

P_20171014_145255_vHDR_Auto_thumb.jpgP_20171014_151729_vHDR_Auto
Bas dah sampai.. Jom!

P_20171014_152042_vHDR_Auto
Atas bas pun sempat snap tugu biri-biri tu hahaha.

Aktiviti 1 – Memberi makan kambing

Kawasan pertama lawatan kami adalah di kadang penternakan kambing.

P_20171014_152918_vHDR_Auto

Di sini kami dapat melihat mesin untuk mengisar rumput untuk diberikan kepada kambing-kambing ternakan.

P_20171014_152934_vHDR_Auto

P_20171014_153025_vHDR_Auto

In house guide sedang memberikan penerangan kepada rombongan bloggers.

P_20171014_153116_vHDR_Auto

Kami diberikan sorang sebungkus rumput untuk diberikan kepada kambing-kambing.
P_20171014_153128_vHDR_Auto

Selamat datang ke kandang kambing hehehe.

P_20171014_153144_vHDR_Auto

P_20171014_153155_BF
Ummi tak sabar nak bagi kambing makan. Abaikan muka Ummi tu ya hahaha.

P_20171014_153204_vHDR_Auto

P_20171014_153209_vHDR_Auto P_20171014_153216_vHDR_Auto

P_20171014_153324_BF

Nak bagi makan kambing, dalam masa yang sama nak ajak wefie haha. Sabar je lah si kambing ni nak melayan kan.

P_20171014_153445_vHDR_Auto P_20171014_153504_vHDR_Auto P_20171014_153515_vHDR_Auto P_20171014_153533_vHDR_Auto P_20171014_153542_BF
Geram tau tengok kambing bulu putih ni.

P_20171014_153602_vHDR_Auto

P_20171014_153630_vHDR_Auto

P_20171014_153655_vHDR_Auto

P_20171014_153819_vHDR_Auto

P_20171014_153928_vHDR_Auto
Sempat juga bagi kambing-kambing ni minum susu. Susu disediakan untuk pengunjung berikan kepada kambing.

P_20171014_153937_BF

Pening kambing ni tengokkan perangai manusia tudung pink ni hahaha.

P_20171014_154511_vHDR_Auto

Orang posing dengan kambing kita pun nak juga. Tapi kita seram-seram. Nasiblah kambing ni jinak.

P_20171014_154651_vHDR_Auto_thumb.jpg

Ok next kita ke tempat pemprosesan susu kambing.

P_20171014_154746_vHDR_Auto

Dari kandang kambing tu kami jalan kaki je ke tempat proses susu kambing. Dapatlah menikmati pemandanga rumput menghijau ni.

P_20171014_154830_vHDR_Auto
Sempat Cik Uyul Rosli posing.

P_20171014_154851_vHDR_Auto

Ok dah sampai di Goat Milk Processing Centre.

P_20171014_154857_vHDR_Auto

P_20171014_154946_vHDR_Auto
Luas kawasannya.

P_20171014_154919_vHDR_Auto
Nampak tu pam untuk menyedut susu kambing. Ala-ala breast pump ibu-ibu menyusu gitu.

P_20171014_155920_vHDR_Auto

Mr. Goh dah ready nak bagi penerangan. Mr. Goh ni memang pakar dalam hal-hal penternakan kambing. Bukan saja mampu membela kambing, beliau juga mampu mengendalikan kambing yang nak melahirkan anak mahu pun yang beranak sonsang

P_20171014_154928_vHDR_Auto

Sabar je kami menanti sekumpulan kambing yang akan dipam susunya. Pandai kambing-kambing ni beratur menunggu giliran tau.

P_20171014_160426_vHDR_Auto

Masin-masing beratur untuk dipam susu keluar. Nampak dah ada yang bengkak susu tu ha. Ummi lupa nak perkenalkan diri sebagai Breastfeeding Peert Counselor pada kambing-kambing ni, kalau tak boleh consult kalau puan kambing ada masalah penyusuan hehehe. Just kidding!

P_20171014_160713_vHDR_Auto
Bila dah siap pam, pandai memasing naik semula ke kandang. Memang itulah rutin hidup kambing di sini. Kambing ni perlu tidur yang cukup tau. Sama je macam manusia.

P_20171014_160729_vHDR_Auto

Nampak tu terkedek-kedek masuk kandang semula hahaha.

P_20171014_160824_vHDR_Auto

Lepas tengok proses memerah susu kambing, kami dihidangkan dengan susu kambing segar keluaran UK Farm Agro Resort. Ada 3 jenis fresh goat milk keluaran UK Farm. Jom kita cuba satu persatu.
P_20171014_160922_BF

P_20171014_160929_BF

Ok jom minum fresh goat milk.

P_20171014_161008_vHDR_Auto

P_20171014_161014_BF

Yang ni perisa coklat.

P_20171014_161051_vHDR_Auto

P_20171014_161100_BF

Yang ni pula perisa yogurt. Ummi cuba tiga jenis ni semuanya sedap. Ada orang yang tak suka susu kambing, hamis katanya. Susu kambing UK Farm ni serious tak hamis.

P_20171014_161235_vHDR_Auto

Aiskrim pun ada tau. UK Farm Goat Milk Ice Cream.

P_20171014_162611_vHDR_Auto

Harga Fresh Goat Milk UK Farm

160ml – RM5
820ml – RM20

P_20171014_161359_vHDR_Auto

P_20171014_161402_vHDR_Auto

Tempat pemprosesan susu selepas sesi memerah susu. Di sinilah proses packaging dilakukan.

P_20171014_162644_vHDR_Auto

Lori untuk memasarkan produk UK Goat Milk ke pengedar. Kalau korang nak jadi pengedar boleh contact nombor tertera ya 018-325 8589.

P_20171014_163006_BF

Sempat ajak blogger kecil molek Aliza Sara berwefie hehe.

P_20171014_163013_BF

Dah jom kita melawat haiwan lain pula. To be continued in the next entry ya. Gambar banyak. Kalau tak share macam sayang pula hehehe. So Ummi share dalam sambungan Part 2 nanti.

UK AGRO RESORT

Plot 8, Project Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat,
86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-759 7555
Fax : +607-759 7991
H/P : 013-778 7235 / 013 – 722 2299

Website: www.ukfarm.com.my
Email: info@ukfarm.com.my

GPS Coordinates: N02 01.109 E103 13.117

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017

>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town

Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan
>> Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar
>> Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi
>> Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili
>> Lawatan Ke Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas Sedili Kecil
>> The ELS Club – Daya Tarikan Terbaru Di Desaru Coast
>> Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Destinasi Percutian Pilihan Ramai
Kopi Cap Televisyen Kluang Coffee Memang Kaw!
>> Nikmati Kehijauan Alam di Zenxin Organic Park Kluang

Share this nice post:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *