Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town

Kembara Bloggers Johor 2017

Destinasi seterusnya Kembara Bloggers Johor 20017 adalah ke Puteri Harbour Family Theme Park yang mana menempatkan Sanrio Hello Kitty Town dan juga Thomas Town & karakter-karakter lain.

Puteri Harbour Family Theme Park juga adalah salah satu daya tarikan pelancong ke negeri Johor. Ini dah kali ke 4 Ummi ke sini. Tapi kali ni bukan dengan The Ilhams, kali ni Ummi bersama rakan-rakan blogger. Kami ni level mak-mak tapi teringin juga nak merasai keriangan bagaikan kanak-kanak ribena hehehe.

map puteri harbour.jpg

Lokasi Puteri Harbour Family Theme Park

SANRIO HELLO KITTY TOWN

20171012_161829.jpg

Main entrance

20171012_161837.jpg

Alahai comel sangat kepala si Kitty ni.

20171012_161758

Pass masuk ke Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town boleh dibeli di kaunter atau secara online.

Harga Tiket Sanrio Hello Kitty Town – RM85
2 Park Pass – RM125

Bangunan Puteri Harbour Family Theme Park ini terbagi kepada 3 level. Level 1, menempatkan Hello Kitty Town. Dalam Hello Kitty Town pula dibahagikan kepada beberapa bahagian yang mempunyai aktiviti masing-masing.

Level 1

Cinnamoroll Cafe
Purrfect Stage
Wishlist Studio
Tea cup Ride
Kawaii Photo Center
Dream Photo Garden
Kitty’s House
Friendship Land
Hello Kitty in OZ

20171012_163857.jpg

Kebetulan masa kami sampai tu, dah ramai yang menanti mini show di Purrfect Stage. Kami pun apa lagi join la sekali. Nak tengok Kitty dan kawan-kawan yang comel tu menari sambil menyanyi.

20140626_124251

20171012_164145.jpg

Dalam Wishful Studio ni korang boleh join 4 aktiviti yang menarik. Antaranya Jewellery Making, Costume Dress Up, Cookie Studio dan Hello Kitty Badge Making.

20140626_124109

Aktiviti yang korang boleh refer di letakkan di bahagian dinding.

20140626_130323

20140626_125622

Ini aktiviti Cookie Studio, yang mana korang akan diberikan sekeping cookie setiap seorang dan dibekalkan juga dengan coklat dan aksesori untuk menghias cookie masing-masing.

20171012_164036.jpg

Ummi – ummi yang tengah fefeeling kanak-kanak ribena.

20140626_120037

Di Hello Kitty Town juga korang boleh join aktiviti di Hello Kitty in OZ.

20140626_131558

Paling teruja bila dapat masuk ke Kitty’s House.

20140626_131624

Ya ampun comel sangat.

20140626_131633

Nak satu boleh tak bawa balik? hehehe.

20140626_131722

Ummi ni dah la suka gila warna pink. Tengok barang-barang Kitty yang pinky ni rasa geram yang amat.

20140626_131731

Memang duduk dapur je kalau dapat dapur comel macam ni.

20140626_131759

Toilet pun comel.

20140626_131912

Tempat Kitti bersantai.

20140626_132059

I want this! I want this! hehe.

IMG_20171012_165221_468.jpg

Sebelum naik ke level 2 diorang sempat bergambar dengan Hello Kitty, Daniel and friends. Korang tenung la gambar ni, agak-agak mana Ummi? Sebenarnya Ummi kecewa tak ada dalam gambar ni. Ummi duk kepoh berbual dengan kawan Ummi orang kuat Puteri Harbour ni sampai Ummi tak dengar kawan-kawan blogger panggil ajak bergambar ok bai! hahaha. Padan muka. Tapi Ummi enjoy je meronda Hello Kitty. Jom kita naik atas pula.

Korang boleh baca juga kenangan The Ilhams ke Sanrio Hello Kitty Town:

THOMAS TOWN & OTHER CHARACTER

Di level 2, ada pelbagai lagi karakter seperti Angelina Balerina, Bob The Builder, Pingu dan Barney. Ummi tahu karakter-karakter ni pun sebab anak-anak suka tengok kartun tu. Kalau tak jangan harap la hehehe.

Level 2

Angelina’s Dance Studio
Bob’s Can-Do-Crew & 3D Bricks
Bob The Builder Play Structure
Pingu’s Igloo
Barney’s Playhouse & Maze
Barney’s Yard
Fun Room 1 (Party Room)
Fun Room 2 (Party Room)
Activity Zone – Sand & Art Tattoo

 

20171012_164738

Barney’s Playhouse & Maze

Next kita ke Level 3 pula nak berjumpa Encik Thomas dan rakan-rakan hehehe. Kalau korang penat sebab syok layan macam-macam aktiviti, korang boleh je singgah di mana-mana cafe di level 2 dan 3 ni contohnya ada Mc Bunn Cafe, Cinnamoroll Cafe dan lain-lain lagi.

Level 3 (Thomas Town)

Harold’s Helitours Ride
Bumping Buffers Stemies & Diesels Ride
Bertie The Bus
Knapford Station Thomas Train Ride
Sodor Playground
Windmill Ride
Mc Bunn Cafe
Colin Crane Drop Ride
Wellsworth Station (Party Room)

 

20171012_165128.jpg

Bertie The Bus

5711ca23-dfbb-421c-98f8-a0f9d9ba143b.jpg

Ewwah-ewah kemain semua kanak-kanak terlebih umur ni enjoy naik Bertie The Bus.

20171012_165837

Colin Crane Drop Ride

20171012_165832

Harold’s Helitours Ride

Dah kesuntukan masa jadi kami tak lama di sini. Lepas ni ada banyak lagi destinasi nak dituju. Sebelum ke destinasi seterusnya, kami sempena menyinggah ke Red Bow Cafe dan Official Hello Kitty Merchandise Store di ground floor.

20171012_161750

Red Bow Cafe. Comel yang amat kan. Rasa nak duduk lama-lama kat situ.

20171012_170320

Yang ni pula  Official Hello Kitty Merchandise Store.

20171012_170327

20171012_170354

Kalau korang nak beli apa-apa merchandise Hello Kitty, Thomas & Friends, Barney dan karakter-karakter lain, korang boleh dapatkan di sini. Dijamin yang original.

20171012_170447.jpg

20171012_170459

Ok berakhirlah kembara kami di Hello Kitty Town dan Thomas Town. Sebelum meneruskan kembara, sempat juga kami berwefie di hadapan Puteri Harbour Family Theme Park ni. Jom follow rapat-rapat untuk cerita kembara kami seterusnya ke Legoland Malaysia Resort. Stay tuned!

Korang boleh baca di sini, kenangan The Ilhams di Thomas Town>> Thomas Town

Puteri Harbour Family Theme Park

Alamat:
Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, 79000 Johor Darul Ta’zim, Malaysia

Website:
http://www.puteriharbour.com/

Facebook:
Sanrio Hello Kitty Town
Thomas Town Puteri Harbour

Instagram:
@sanriohellokittytown
@thomastownputeriharbour

GPS Koordinat:
Latitude : 1.416871 Longitude : 103.657985

Waktu Operasi:
Isnin – Ahad: 10:00 am – 6:00 pm

 

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017

>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017

 

Related Posts

10 thoughts on “Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town

  1. Nk tanyala dgn Siapa saya blh berurusan ye?sbbnya sy nk bwk ank² didik sy ke situ tp saya tak tahu nak tuju kat Siapa..blh tlg sy x?

    1. boleh contact no ni ye..

      CONTACT NUMBER:
      1 300 88 FAMILY (326459) Malaysia
      +603 2203 9668 Outside Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!