Masih menyambung cerita Kembara Bloggers Johor 2017. Korang dah baca ke belum entri yang lepas, entri Kopi Cap Televisyen Kluang Coffee Memang Kaw!. Kalau belum baca pergi klik cepat baca. Sambung semula ke destinasi kedua terakhir yang kami tujui, iaitu Zenxin Organic Park, Kluang.
Zenxin Organic Park yang terletak di Kluang, Johor adalah ladang organik terbuka yang pertama di Malaysia, yang menggabungkan antara pendidikan dan rekreasi. Pengunjung boleh memilih untuk menerokai ladang ini, dengan berjalan kaki atau dengan basikal. Zenxin Organic Park menawarkan lawatan dengan in-house tour guide (berdasarkan tempahan-minimum 20 orang) dan pengunjung boleh mengalami dan menikmati hasil tuaian tanaman organik yang segar dan juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan seperti program penuaian, berbasikal, memancing ikan, pet feeding, memanah dan banyak lagi.
Ladang seluas 100 hektar ini terdiri daripada kawasan rumah hijau (ladang sayur) dan ladang buah naga, tanaman lain adalah buah-buahan tropika, seperti buah markisa, betik, nenas dan juga terdapat lebih daripada 100 jenis herba. Kesemua tumbuh-tumbuhan di sini tumbuh secara organik. Pengunjung boleh menyaksikan sendiri tanaman organik tanpa menggunakan baja kimia dan racun perosak.
Peta lokasi Zenxin Organic Park.
Ummi Ilhams was here! The Home of Zenxin. Abaikan muka kembang Ummi tu ya bersama adik-adik manis Eyza dan Shiqin.
Sesampai kami di sini, disambut dengan welcome drink di mana sajiannya adalah salah satu signature drink di Zenxin Organic Park bersama buah pisang dan buah tomato cherry.
Inilah Dragon Fruit Juice yang memang sedap dan menyegarkan.
Kami sedang diberi taklimat ringkas mengenai Zenxin Organic Park. Jom sama-sama kita bekenalan dengan taman organik ni.
Pelan kawasan Zenxin Organic Park.
Waktu Operasi:
|
Weekday |
Weekend |
Public Holiday |
Park |
8:30 am -6:30 pm |
8:30 am – 6:30 pm |
8:30 am – 6:30 pm |
Restaurant |
8.00 am – 7.00 pm |
8.00 am – 8.00 pm
|
8.00 am – 8.00 pm |
Farm Mart |
8.00 am – 7.00 pm |
8.00 am – 8.00 pm
|
8.00 am – 8.00 pm |
Daily Farm Walk’s Schedule/ Jadual Harian
Hari Bekerja:
9.30 pagi, 11.30 pagi, 2.30 petang, dan 4.30 petang
Hujung Minggu & Cuti Umum:
9.30 pagi, 11.00 pagi, 12.30 malam, 2.00 petang, 3.30 petang, dan 5.00 petang
Family Tour Package – Rasa Sayang
Harga: RM30/pax
Durasi: 2.5 – 3 jam
Pakej termasuk – Organic Farm Walk
Aktiviti – Refreshment drink/ Herbal Growing Worhshop/ Did Your Own Sourvenir: Knock For Fun/ Organic Kitchen DIY Workshop
Family Tour Package – Budak Kampung
Harga: RM30/pax
Durasi: 2.5 – 3 jam
Pakej termasuk – Organic Farm Walk
Aktiviti – Play with the rabbits/ Milk bottle fish feeding/ Chef garden’s harvest walk/ Organic Kitchen: Be an organic chef program
Harga Tiket Masuk Zenxin Organic Park
Dewasa (13 tahun ke atas ) – RM15
(Termasuk: Organic Guided Farm Walk, Organic Welcome Drink, Organic Special Workshop & Restaurant Cash Voucher)
Kanak-kanak (4-12 tahun) – RM12
(Termasuk: Organic Guided Farm Walk, Organic Welcome Drink, Organic Special Workshop & Farm Activity, Playing with Fish)
Farm Mart
Korang yang nak “green shopping” jangan lupa singgah di Farm Mart. Pelbagai hasil tanaman organik ada dijual di sini. Pendek kata semua yang sihat-sihat belaka.
Chef Garden Restaurant
Lepas korang dah penat meronda ladang, apa kata korang singgah ke Chef Garden Restaurant. Korang boleh rasai sendiri menu-menu dari bahan-bahan organik yang segar dari ladang.
Signature Menu
– Samsui Chicken
– Veggie Combo Basil
– Steamboat
Boost Up Juice
– Greenland
– Summerkiss
– Butterfly Pea
– Dragon Fruit
”The greatest way to taste our Organic Farmer’s Harvest”
Waktu Operasi:
Di buka setiap hari
Weekdays: 9.00am-7.00pm
Weekends: 8.00am-8.00pm
Reservation/ Inquiry:
+6 0197738985, +6 077595196
Zenxin Organic Park

Pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan proses penanaman organik dengan mata sendiri dan alami keseronokan melalui aktiviti dan kemudahan yang disediakan.
Flower Nursery
Berbasikal dan Sewa Basikal di Zenxin Organic Park
Masa Beroperasi
Isnin – Jumaat ————– 8.30am – 6.30pm
Sabtu – Ahad ——— —— 8.30am – 6.30pm
Harga sewaan basikal:
RM15 untuk dua jam termasuk baucar tunai restoran RM5.
Deposit RM10
Pet Feeding
Kat sini korang boleh juga beri makan kepada haiwan-haiwan ternakan. Haiwan-haiwan di sini semua jinak-jinak belaka.
Duck feeding.
Rabbit Feeding.
Milk bottle fish feeding.
Group photo sebelum ke destinasi terakhir Kembara Bloggers Johor 2017.
Tak lama lagi cuti sekolah bakal menjelma, ibu ayah dan cikgu-cikgu dah boleh la plan aktiviti bersama anak-anak ke sini. Ummi memang dah bagitahu Babah nak bawa The Ilhams ke sini insha Allah one fine day. Nak tetapkan tarikh memang tak boleh la, maklumlah Ummi kemain busy lagi hehe. Anak-anak mesti suka kalau ke sini. Korang boleh rujuk info di bawah ni ya.
ZENXIN ORGANIC PARK
Address:
Plot 47A & 47B, Batu 9,
Jalan Batu Pahat,
86000 Kluang, Johor
Entrance ticket’s Inquiry:
+6 077595196
+6019 7738985
Website: http://www.zenxin.com.my/
Email: zenxinorganicpark@gmail.com
Facebook: Zenxin Organic Park
Park Opening Hours: 9am to 9pm, daily
Guided Farm tours: 10.30 am and 4.30pm daily
Credit photo: Zenxin Organic Park
Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017
>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
>> Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan
>> Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar
>> Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi
>> Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili
>> Lawatan Ke Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas Sedili Kecil
>> The ELS Club – Daya Tarikan Terbaru Di Desaru Coast
>> Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Destinasi Percutian Pilihan Ramai
>> Kopi Cap Televisyen Kluang Coffee Memang Kaw!
Pingback: Alami Percutian Agrotourism Di UK Farm Agro Resort Kluang – Part 2 - herneenazir.com
Pingback: Rasai Pengalaman Bermalam Di UK Farm Agro Resort Kluang - herneenazir.com