Support Group Meeting 3.0–Relactation & Stress Management 16 December 2017

SGM 3 kelab susu ibu johor

 

Tahniah! Selamat datang ke dunia seorang ibu dan selamat menyusukan anak anda.

Bagaimana nak menyusukan anak ini? Asyik menangis saja meronta-ronta tak sabar betul!

Bolehkah saya menyusukan anak semula selepas lama penyusuannya terhenti?

Saya tak dapat tidur malam pun sebab anak saya asyik mahu menyusu. Sejam lebih pula tu setiap kali dia menyusu.

Memang beginikah menyusukan anak? Lenguh-lenguh satu badan ni belum tambah lagi sakit bersalin yang belum hilang lagi ni.

Dialog di atas pernah terjadi pada diri anda?

Menyedari kebanyakan ibu-ibu pada hari ini menghadapi beberapa isu tekanan bukan saja dalam rutin pekerjaan harian samada di rumah mahupun di pejabat maka, dengan ini Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru ingin menjemput para ibu untuk bersama kami merungkai isu ini bersama-sama supaya ia tidak melarat menjadi ‘barah’ yang lebih besar di kemudian hari.

Jom ke Support Group Meeting 3.0 – Relactation & Stress Management pada :

16 Disember 2017 (Sabtu)
Jam 2 – 5 petang
Rumah Whiztots : No. 12, Jalan Lampam 17, Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang

Bayaran
RM 5 – bagi ahli kelab
RM 10 – bagi bukan ahli

Untuk mengesahkan tempat dan kehadiran, sila daftar di

Mari beramai-ramai kita me’relaks’kan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu bersama kaunselor-kaunselor yang terlatih dan ada tip khas daripada doktor pakar kita, Dr. Hairin Anisa Tajuddin. Jumpa di sana!

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

1 Comment

  1. farhannajafri

    wow bagusnya ada program macam ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *