Kenangan sebelum masing-masing pulang ke sarang selepas program Kembara Bloggers Johor 2017 anjuran Tourism Johor. Blogger dan Media Team dari KL dah selamat berangkat, kami orang-orang Johor balik ke JB naik van.
Sebelum balik tu haruslah singgah mengopi dulu di Kluang RailCoffee kan. Pasrah je la encik driver tu melayan kami.
Sambil order sempat lagi wefie dulu. Kenangan tu penting hehe. entah bila la nak jumpa lagi berkumpul ramai-ramai.
Semenjak dah terer minum kopi ais, memang tak order air lain la ke sini hehe.

Kaya & butter bun yang sedap.
Mee rebus siapa entah ni, tumpang snap je hahaha.
Ummi makan nasi lemak ayam goreng yang sedap. Sambal tumis tu memang sedap gila. Jalan jauhkan mesti makan berat-berat sikit hehehe. Lepas makan dalam van boleh tidur hehehe.
Telur separuh masak ni Uyul punya. Ummi tumpang snap je, saja menambah gambar hahaha. Tengok rupa telur tu aduhaiiii melaparkan sungguh. Balik kerja nak masak telur separuh masaklah ekekeke.
Ok, korang kalau ke Kluang jangan lepaskan peluang menjamu selera di Kluang Railcoffee tau. Nak rasa pengalaman lagi best korang cuba menu di Kluang Railcoffee stesen keretapi tu. Situ lagi banyak menu best. Okbai!
hari tu balik Mersing,dapatlah singgah jap sebab kat mersing dah ada railcoffee kluang