Nasi Lemak & Laksa Sedap Di Medini Food Truck

Foods Review

Salam hujung minggu. Busy ke uolls? hehe. Nak kongsi makanan sedap ni. Tak habis-habis la dengan aktiviti makan dia ni kan. Bila nak insaf entah hehe. Cerita masa menjaga orang sakit di hospital.

Petang Ahad hari ke 4 di Gleneagles Medini Hospital, kami empat beranak menjamu selera dengan menu-menu food truck yang singgah di depan hospital. Thanks Mama Jie, dia yang bagi idea suruh jengah-jengah ke depan hospital sebab katanya sebelum ni ada food truck. Sabtu jengah tak ada, Ahad eh ada pula. Jadi sebelum Babah balik rumah, marilah kita bersantai kejap.

Ummi suka gila tengok langit petang tu, cantik membiru. Nampak gambar hospital tu macam kat oversea ekekeke. Ok, sambung cerita makan.

Kalau korang ternampak dua food truck ni, korang mesti cuba menu yang diorang jual tau. Petang tu ada dua ni je la yang menyinggah dan menu yang ada cuma Nasi Lemak Abang Long dan Asam Laksa (terlupa nama).

Nampak tak budak baju oren tu. Nasib baik nurse tak cari mana dia hilang hahaha.

Ummi dan Babah makan Asam Laksa. Sedap hoi. Rasa kuahnya tu secukup rasa masamnya tu. Pedas meletop. Padu! Eh tertiru Vitdaily pula hehe.

Nasi Lemak Abang Long ni pun sedap. Sama tumisnya tu sedap gila. Ehh.. ini untuk The Ilhams tau bukan Ummi yang bedal. ummi jamah je.

Ummi Babah minum kopi ais. The Ilhams minum air masak je ya.

Sempat juga la berbual dengan tuan punya food truck ni. Diorang memang dibenarkan untuk berniaga depan hospital ni. Ok la kot sebab Ahad cafe kat lobby hospital tu tutup jadi ada la pilihan untuk orang menjaga pesakit ni nak cari makanan luar. Ehhh.. orang yang dimaksudkan tu macam Ummi Ilhams je hahaha.

Peniaga-peniaga food truck ni selalu join event di sekitar negeri Johor. So korang boleh la support dorang ya nanti. Babai!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!