Travelog Bandung | Pasar Baru Trade Center Bandung

Travelog Bandung | Pasar Baru Trade Center Bandung – Assalamu’alaikum. Sambung lagi. Destinasi seterusnya ialah Pasar Baru Trade Center Bandung. Kaki-kaki shopping kalau ke Bandung tak sah lah kalau tak sampai ke sini kan. Kami tak lah beriya nak shopping sangat pun. Cuma nak cari sedikit souvenir untuk family dan kawan-kawan.

20161012_154657

Petang tu jalan dah start sibuk dah.

20161012_154726

Babah jadi co-pilot of the day.

20161012_154837

20161012_154852

Ini kawasan peniaga-peniaga di bahagian luar, tepi kaki lima. Kami tak singgah ke sini pun, malas nak turun dengan bebudak ni lagi.

20161012_155201

Masuk ke Pasar Baru ni, supir kami dah siap-siap contact kawan beliau. Tips dari supir, nak shopping better ada orang yang guide supaya tak tertipu. Alhamdulillah tourist guide kami tu ok sangat orangnya. Peramah boleh tahan. 

20161012_162432

Babah tengah memilih t-shirt buat kenang-kenangan.

20161012_162441

Abang Ilham yang dah kepenatan hahaha.

20161012_162555

Ummi sambil ronda-ronda sambil tengok kiri kanan cuci mata.

20161012_162639

Ada berapa tingkat pun Ummi tak pasti. Tapi memang banyak pilihan la cuma korang sabar dan sabar je lah nak meronda tu.

20161012_162720

Muka orang depan tu macam tak puas hati je dengan Ummi kan. Foto terus kakak ini haha.

20161012_162835

Kalau korang memang jenis yang suka kain ela memang rambang mata la. Ummi ni jenis malas nak membelek dan malas nak tempah-tempah baju. Jadi Ummi tak ambil port harga kain-kain kat situ hahaha.

20161012_164435

Baju sulam-sulam pun Ummi just tengok-tengok je. Ada yang cun memang cun.

20161012_164445

Nenek je la beli kain dan telekung.

20161012_164450

Kami lepak kedai ni lama jugalah. Sempatlah berbual dengan taukeynya. Ummi Babah beli baju The Ilhams, t-shirt untuk sovenir, key chain dan fridge magnet. Nak beli banyak tu kena pandai nego. Tourist guide tu pandai tolong nego kan jadi dapatlah murah sikit hehehe. 

20161012_172242

Lepas shopping kami lepak kejap minum air melepas lelah haha.

20161012_172645

The Ilhams dan Mak Wee sempatlah shopping mainan. Macamlah kat Johor tak ada mainan hahaha.

20161012_172716

Kemain lagi berair mata si Syamil tu kan. Meraung la apa lagi. Lepas minum kami terus call supir semula yang merayau mencari geng-geng dia kat sini. Next destination, ke Adidas Outlet Store, Bandung. Silalah baca kalau sudi hahaha.

Jom baca entri berkaitan Travelog Bandung..

TRAVELOG BANDUNG | PERSEDIAAN SEBELUM KE BANDUNG, INDONESIA

TRAVELOG BANDUNG | TRAVEL INTINERARY BANDUNG

TRAVELOG BANDUNG | HARI KEBERANGKATAN KE BANDUNG–11 OKTOBER 2016

TRAVELOG BANDUNG | KETIBAAN DI BANDUNG–11 OKTOBER 2016

TRAVELOG BANDUNG | MENIKMATI NASI PADANG DI RESTORAN SIMPANG RAYA BANDUNG

TRAVELOG BANDUNG | CHECK IN DI ASTON BRAGA HOTEL & RESIDENCE BANDUNG

TRAVELOG BANDUNG | JALAN-JALAN KE RUMAH MODE

TRAVELOG BANDUNG | DINNER & BIRTHDAY CELEBRATION AT THE STONE CAFE, DAGO BANDUNG

TRAVELOG BANDUNG | TAMAN WISATA ALAM TANGKUBAN PERAHU SUBANG WEST JAVA

TRAVELOG BANDUNG | NATURAL STRAWBERRY LAND & RESTO

TRAVELOG BANDUNG | SINGGAH DI HUTAN PINUS CIKOLE LEMBANG

TRAVELOG BANDUNG | FLOATING MARKET LEMBANG

TRAVELOG BANDUNG | FARMHOUSE SUSU LEMBANG

113 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4644

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!