Travelog - Bandung

Travelog Bandung–Check In Di Aston Braga Hotel & Residence Bandung

Sambungan cerita seterusnya tak tahulah zaman tok kaduk bila nak tamat cerita ni. Boleh jadi hilang ingatan dan migrain nak ingatkan semula hehe. Sambungan dari epsiod lepas.

20161011_154440

Lepas makan kami check in di Aston Braga Hotel & Residence, Bandung. Hotel ni terletak di tengah-tengah Kota Bandung. Berdekatan dengan Braga City Walk. Kawasan ni memang happening.

20161011_154646

Masuk lobby terus cari bayang sofa nak landing.

20161011_154655

Babah dan Pok Teh uruskan proses check in. Abang Ilham dan Mak Wee dah selamat ke lala land. Gigih la Babah dan Tok Ayah mendukung diorang.

20161011_154738

Cuma budak cenonit ni je yang segar bugar tak tidur.

20161011_154857

Sado Babah dengan Tok Ayah handle budak berdua ni yang syok tidur.

20161011_154907

Adik relax je sesorang. Apa ada hal, duduk dediam dengan Ayah Teh.

20161011_154917

Gambar ni nampak muka Nenek macam Mawar Fizo pula hahaha. Mati la kalau Nenek baca.

20161011_155002

Settled urusan di kaunter.

20161011_160232

Room No. 1101

Urusan booking semua Pok Teh yang uruskan. Kami serahkan pada dia yang dah mahir di sekitar Bandung. Pok Teh memilih Condotel 3 bedrooms. Ada 3 bilik yang dilengkapi dengan 2 queen size beds dan 1 single bed. Harga bermula dengan IDR 1,204,600 ++.

20161011_155917

Living room yang luas dan selesa. Disediakan 21 inch cable TV dengan 48 international channels. Tak dan la nak tengok tv.

20161011_155922

Ehhh ada Pak Jul lalu di situ hehehe.

20161011_155907

Dining area disediakan water dispenser.

20161011_155934

Kitchen area pun memang luas tapi kami tak masak pun hehe. Dalam ni ada peti sejuk kecil, electric stove dan microwave.

20161011_155946

20161011_160023

Kami stay empat beranak di master bedroom. Selesa sangat, ada tv 1. Tapi tak layan tv pun hehe.

20161011_160011

Tok Ayah tiga beranak di 2nd bedroom.

20161011_155958

Single bedroom ni untuk Pok Teh. Tapi dia stay semalam je sebab pagi esoknya dah kena balik ke Subang atas urusan kerja. Subang, Bandung bukan Malaysia hehehe.

20161011_160200
Pemandangan Kta Bandung sekitar jam 5 petang waktu Indonesia. Sempat snap sebelum kami keluar ke Rumah Mode selepas berehat melepas lelah. To be continued ya. Gambar banyak jadi seketul-seketul la entri yang keluar. Mungkin Ilham dah naik form 1 baru habis cerita kahkahkah.

Jom baca entri berkaitan Travelog Bandung..

TRAVELOG BANDUNG | PERSEDIAAN SEBELUM KE BANDUNG, INDONESIA

TRAVELOG BANDUNG | TRAVEL INTINERARY BANDUNG

TRAVELOG BANDUNG | HARI KEBERANGKATAN KE BANDUNG–11 OKTOBER 2016

TRAVELOG BANDUNG | KETIBAAN DI BANDUNG–11 OKTOBER 2016

TRAVELOG BANDUNG | MENIKMATI NASI PADANG DI RESTORAN SIMPANG RAYA BANDUNG

Share this nice post:

Comments

comments

1 thought on “Travelog Bandung–Check In Di Aston Braga Hotel & Residence Bandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *