Ummi & Boboiboy Kuasa 3

Ummi & Boboiboy Kuasa 3

IMG_20190709_182231

Ummi & Boboiboy Kuasa 3 | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah dikurniakan 4 orang boboiboy. Tapi yang ada depan mata Ummi dan Babah cuma 3 orang boboiboy ni je yang bakal menjadi penyelamat dunia hahaha. Seorang lagi sedang berbahagia di syurga. Semoga menjadi asbab Ummi dan Babah juga ke syurga bersama.

Ini gambar sepagi nak ke office bulan lepas. Babah kena shift malam masa tu. Jadi di pagi Jumaat nak mulia Ummi berhuru-hara bersama boboiboy kuasa 3 nak ke rumah Opah. Si adik redho je mamai kena duduk dalam car seat. Si abang berdua nampak mood sangat ok pagi tu.

Alhamdulillah Ummi masih berusaha meng’adjust’ timing walaupun kekadang ke laut. Sejak dah beranak tiga ni, memang abang-abang dibawah kelolaan Babah dan Syahid biasanya dengan Ummi. Tapi malam punya berjaga kena bagi sama rata hahaha. Kenot ngelat ok Babah. Anak bongsu kan hehehe. Dulu abang-abang memang Babah tak payah bangun kalau diorang nak susu, main selak je la kan hehehe. Syahid ni, as all of you knows dia tak boleh direct feeding dari Ummi. So malam nak tak nak Ummi Babah kena bangun bottle feed dia (sambil tersengguk-sengguk), dan tugas Babah memanaskan susu.

Eh tajuk Boboiboy Kuasa 3 tu buat The Ilhams tu tak keruan je nak tengok Boboiboy The Movie esok hehehe. Nanti Ummi update cerita diorang tengok movie ya. Diorang bakal pergi dengan Mommy Ngah dan Daddy Ngah esok, insha Allah. Ummi idok le nak melayan movie hehehe. Oklah nanti story mory lagi pasal Boboiboy Kuasa 3 Ummi ni ya.

Babai!

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *