Travelog Bandung | Floating Market Lembang – Assalamualaikum. Oleh kerana dah banyak sangat cerita tergantung tersangkut terkelendat jadi Ummi tekad nak siapkan entri Travelog Bandung by hook or by crook. Cekonon je ayat tengah semangat memang lain macam sikit hahaha. Rasa-nya memang genap 3 tahun pun belum tentu siap cerita Bandung ni apalagi cerita Sabah yang dah mencecah setahun hahaha.
Selepas singgah di Hutan Pinus Cikole Lembang, kami meneruskan perjalanan ke Floating Market Lembang sambil makan tengahari sekali di sini.
Masuk main entrance.. dah boleh nampak token Floating Market ni.
Harga Tiket Masuk ke Floating Market Lembang (tahun 2016 :p)
Tiket – Rp20,000/ pax
Parkir – Rp10,000
**setiap tiket boleh redeem secawan air
Perancangan kami nak bergambar depan token coin Floating Market ni sekali orang kiri kanan tak kasi can lah. Ehhhh Ummi acah-acah jeling pun tak faham.
Akhirnya kami redho jek la tak dapat nak bergambar anak beranak tanpa orang lain hehehe. Lepas bergambar kami terus berjalan kaki masuk ke dalam kawasan Floating Market ni.
Budak excited. Masa ni Syamil tengah excited dapat kaki.
Nasib Ummi bawa baby carrier, bila Mak Wee tertidur boleh gilir-gilir guna.
Ambil gambar pun gilir-gilir lah ya hahaha.
Gambar sepanjang perjalanan. Jalan santai-santai suasan redup tak lah penat.
Nahhh petunjuk jalan.
Kami lalu je sini, tak singgah pun makan sop buntut tu hahaha.
Kemain beriya ek si kecik tu.
Replika floating boat yang menjual hasil tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.
Abang Ilham posing, walaupun takut-takut diri atas jambatan buluh.
Ummi dan Syamil bergambar berlatarbelakangkan replika floating house yang sangat comel.
Let’s go Bebeh.
Posing lagi.. baby carrier bertukar tangan hahaha.
Nak suruh posing duduk statik ni memang bukan mudah ok.
Posing celah pokok anak-beranak hahaha.
Boleh tahan jenuh gak la nak sampai ke area bot tu.
Posing di The Rock.
Kalau nak merasa Tahu Susu Lembang boleh beli di sini. Ilham tumpang posing je. Ummi tak beli pun ekekeke.
Excited semua bagi ikan makan. Melenting-lenting ikannya.
Hoyeahhh akhirnya sampai.
Nampak tu beratur bot-bot.
Kami lunch di sini. Pembelian makanan menggunakan token.
Sempat Babah cari moment-moment cun.
Banyak pilihan makanan mengikut bot. Korang pilih je la nak makan apa. Kami tengok-tengok juga makanan apa yang boleh masuk tekak hehe.
Ummi dah lupa kenapa budak cenonit ni nangis hahaha.
Tongseng Iga Bakar. Tongseng ni biasanya daging kambing, lembu atau kerbau.
Sate Kelinci. Korang pernah makan?
Sementara Babah survey makanan, kita duduk la berehat.
Inilah rupa token untuk membeli makanan.
Rojak buah. Not bad.
Aneka pisang goreng cheese. Memang sedap makan panas-panas.
Sate Kelinci.. Ummi jamah secucuk je. Tak boleh telan. Korang tahu tak kelinci tu apa? Kelinci tu dalam bahasa Indonesia arnab. Ummi terbayang arnab melompat-lompat Ummi tak boleh telan ui.
Kepak Ayam Goreng bersama kentang goreng.
Berselera eh memasing hahaha siap bahan Ummi makan Sate Kelinci. Cisss.
Masa ni Ilham dengan Mak Wee tak ngam hahaha.
Nasib ada ayam goreng tau. Kalau tak memang berlaparlah mamat ni.
Dah siap makan kat sana, kami pindah ke sini.
Kami ni kan spesis makan nak nasi juga. Mana boleh skip nasi. Jadi kita bedal nasi padang. Haaaa barulah betul-betul kenyang hehehe.
Kenapalah muka Ummi ko macam tahan sembelit tu oi. Ehhh time ni selim sikit haha. Miss those days!
Depan tu ada Factory Outlet. Tapi kami tak singgah pun.
Terus masuk mobil dan ke destinasi seterusnya. Takut nanti lari itinerari hahaha. Siap satu episod hahaha. Ada 7 lagi kahkahkah. tahun depan dah masuk tahun 2020 Ummi oii. Okbai!
Jom baca entri berkaitan Travelog Bandung..
TRAVELOG BANDUNG | PERSEDIAAN SEBELUM KE BANDUNG, INDONESIA
TRAVELOG BANDUNG | TRAVEL INTINERARY BANDUNG
TRAVELOG BANDUNG | HARI KEBERANGKATAN KE BANDUNG–11 OKTOBER 2016
TRAVELOG BANDUNG | KETIBAAN DI BANDUNG–11 OKTOBER 2016
TRAVELOG BANDUNG | MENIKMATI NASI PADANG DI RESTORAN SIMPANG RAYA BANDUNG
TRAVELOG BANDUNG | CHECK IN DI ASTON BRAGA HOTEL & RESIDENCE BANDUNG
TRAVELOG BANDUNG | JALAN-JALAN KE RUMAH MODE
TRAVELOG BANDUNG | DINNER & BIRTHDAY CELEBRATION AT THE STONE CAFE, DAGO BANDUNG
TRAVELOG BANDUNG | TAMAN WISATA ALAM TANGKUBAN PERAHU SUBANG WEST JAVA
TRAVELOG BANDUNG | NATURAL STRAWBERRY LAND & RESTO
TRAVELOG BANDUNG | SINGGAH DI HUTAN PINUS CIKOLE LEMBANG
Pingback: Travelog Bandung | Farmhouse Susu Lembang – HERNEENAZIR.COM
Pingback: Travelog Bandung | Adidas Outlet Store Bandung – HERNEENAZIR.COM
Pingback: Travelog Bandung | Check Out Aston Braga Hotel & Residence Bandung – HERNEENAZIR.COM