Travelog Bandung -Dinner & Birthday Celebration at The Stone Cafe Dago Bandung. Sambung lagi cerita Bandung memandangkan dah masuk setahun lima bulan perap gambar-gambar ni. Oleh kerana tarikh kami ke sana tu birthday Tok Ayah Ilhams (10/10) dan dekat sangat dah dengan birthday Pok Teh (13/10) jadi kami celebrate birthday diorang berdua sekali.
Lokasi pilihan recommended by Pok Teh adalah di The Stone Cafe, Dago Bandung.
THE STONE CAFE
Jalan Rancakendal Luhur No 5, Coblong Dago Bandung, Jawa Barat Indonesia.
Restoran The Stone Cafe, Dago, Bandung berkonsepkan tradisional dan modern dengan tagline “East Meet West”. Harga makanan sekitar Rp.35.000 hingga Rp.80.000.
Pemandangan malam Kota Bandung yang memang menarik dengan suhu yang sejuk. Berada di atas kawasan tanah tinggi, membuatkan rasa sejuk menusuk ke tulang hitam. Berkonsepkan suasana desa yang mendamaikan. Serious rasa sangat privacy bersantai dengan keluarga tersayang.
Alahai peace Syamil yang tak jadi tu hehe.
Nenek tengah khusyuk memilih menu.
Masing-masing memang dah lapar. Lagilah dengan cuaca yang sejuk ni. Perjalanan nak ke sini pun memang agak adventure di malam hari dengan kawasan tanah tinggi. Rasanya macam area Cameron Highlands la kalau kat Malaysia ni.
Makanan dah sampai, kami menikmati setiap menu dengan jayanya hahaha. Portion besar, jadi ada baki makanan yang kami bawa balik ke hotel. Almaklumlah anak-anak Ummi tu kaki makan. Malam-malam sure cari makanan.
Kek tu kami sempat beli di Eaton Bakery & Restaurant, Rumah Mode.
Nampak tak ada budak nak sabotaj lilin Tok Ayah haha.
Dia yang over dari Tok Ayah dan Tok Teh.
Mak Wee suap kek ke ayah.
Suap kek untuk Pok Teh juga.
Dah macam penyampaian hadiah formal pula rasanya hehehe. Babah bagi hadiah untuk Tok Ayah.
Tak dilupakan untuk Pok Teh juga. Terimalah hadiah tak seberapa dari kami.
Travelog Bandung -Dinner & Birthday Celebration at The Stone Cafe Dago Bandung.
Family photo yang disnap oleh waiter di Dago. Tapi anak bujang Ummi yang sulong buat perangai tak nak bagi kerjasama. Cissss. Lepas makan kami balik semula ke hotel bersama adik supir.
Sampai hotel, The Ilhams masih segar lagi macam tak reti penat. Ummi yang macam nak roboh badan hahaha. Tengok tu macamlah rumah dia takde rak tv. Ohhh lupa rak tv rumah kami tak ada ruang boleh menyelit gitu hahaha.
Ehhh geram tengok si botak tu. Sampai dah 3 tahun umur adik Ummi simpan cerita ni hahahaha. Kejam sungguh.
Sebelum tidur, inilah posing terakhir diorang. Lepas tu Ummi cepat-cepat tutup lampu. Esoknya ada misi ke Tangkuban Perahu yang nun jauh di sana. Jadi kena recharge energy ya anak-anak. Ok sambung lagi nanti. Tapi-tak-tahu-bila-masanya hahaha.
Jom baca entri berkaitan Travelog Bandung..
TRAVELOG BANDUNG | PERSEDIAAN SEBELUM KE BANDUNG, INDONESIA
TRAVELOG BANDUNG | TRAVEL INTINERARY BANDUNG
TRAVELOG BANDUNG | HARI KEBERANGKATAN KE BANDUNG–11 OKTOBER 2016
TRAVELOG BANDUNG | KETIBAAN DI BANDUNG–11 OKTOBER 2016
TRAVELOG BANDUNG | MENIKMATI NASI PADANG DI RESTORAN SIMPANG RAYA BANDUNG
TRAVELOG BANDUNG | CHECK IN DI ASTON BRAGA HOTEL & RESIDENCE BANDUNG
TRAVELOG BANDUNG |JALAN-JALAN KE RUMAH MODE
Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir
uitt…nasib tak berkulat gambo² ni…hahahaha
Pingback: Travelog Bandung–Taman Wisata Alam Tangkuban Perahu Subang West Java - herneenazir.com
Pingback: Travelog Bandung | Natural Strawberry Land & Resto - herneenazir.com
Pingback: Travelog Bandung | Singgah Di Hutan Pinus Cikole Lembang - herneenazir.com
Pingback: Travelog Bandung | Floating Market Lembang – HERNEENAZIR.COM
Pingback: Travelog Bandung | Farmhouse Susu Lembang – HERNEENAZIR.COM
Pingback: Travelog Bandung | Check Out Aston Braga Hotel & Residence Bandung – HERNEENAZIR.COM
Pingback: Travelog Bandung - Taman Wisata Alam Tangkuban Perahu Subang West Java - herneenazir.com