Kembara Bloggers Johor 2017

Nelayan Seafood By The Coast Sajian Makanan Laut Terbaik Di Desaru

Masih lagi cerita di Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort, tapi ini versi makan malam. Ya makan malam yang sedap ya ampun di Nelayan Seafood by The Coast. Serious weh, Ummi masih lagi terasa keenakkan menu malam tu yang lalu ditekak.

20171013_213248

NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST

CUISINE TYPE OPENING HOURS
Local , Seafood  Daily 11:30AM – 10:00PM

20171013_201739

Kaunter minuman.

20171013_201751

20171013_21124520171013_213146

Masuk je ke sini korang boleh nampak hiasan dinding yang menarik dengan warna yang menarik minat kita untuk melihat. Suka betul Ummi tengok. Restoran ini mempunyai 2 private dining room untuk disewa bagi majlis-majlis keraian selain dari ruang makan terbuka di bahagian luar.

20171013_213152

20171013_20175620171013_20180520171013_20181820171013_201825

Korang boleh pilih seafood kegemaran korang di sini. Yang pastinya seafood tu semua memang fresh. Bagi peminat seafood memang korang kena cuba makan kat sini tau macam-macam adaaaaa. Ada ikan, ketam, udang dan macam-macam lagi. Seafood ni semua dimasak on the spot dan dimakan sewaktu panas.

20171013_202027

Meja untuk kami dan rakan-rakan bloggers dan media yang lain.

20171013_20193020171013_20220120171013_202246

Kawan-kawan semeja Ummi yang tak sabar-sabar nak makan hehehe.

20171013_202322

Kawan-kawan lain di meja sebelah.

20171013_202912

Gambar tadi Pak Sheikh belum join lagi meja kami. Yang ni baru ada gambar Pak Sheikh.

20171013_201944
Sementara menanti makanan sampai. Cuba korang teka kitorang makan apa? hehehe.

20171013_203124

Taraaaaaaaa.. inilah menu kitorang malam tu. Combo B “MIXED SEAFOOD PLATTER”. Nampak menarikkan? Baru tengok gambar je tu hehe. Isi kadnungan dalam set Seafood Platter yang kami makan ni, ada ikan kerapu, udang, sotong, kepah, mushroom, fish ball, tomato dan yang penting kuah yang sedap tu.

20171013_204527

Inilah pinggan Ummi. Tambahan semangkuk nasi. Fuhhhh. Serious sedap gila weh. Nasib Ummi tak jadi gila hehehe. Berpeluh-peluh makan sup panas bersama kicap, cili padi dan bawang putih. Kat bawah ni pakej beserta harganya sekali. Untuk pengetahuan korang promo set Mixed Seafood Platter ni valid sehingga hujung tahun.

MIXED SEAFOOD PLATTER

Valid till 31st December 2017

Daily

Details:

COMBO A
Squid . White Clams . Prawns . Fish Ball . Flower Crabs.
RM200nett/Set

COMBO B
Grouper Fish . Squid . White Clams . Prawns . Fish Ball . Flower Crabs.
RM280nett/Set

20171013_20085620171013_200908
Gambar santai sebelum menjami selera.

20171013_214046

Sempat juga Ummi posing kat sini.

20171013_214537

20171013_214554

Last but not least, marilah kita bergambar kenang-kenangan di lobby resort dengan encik driver bas.

Nelayan Seafood by The Coast adalah port wajib korang singgah tiap kali ke Desaru ni tau. Memang recommended. Bukan Ummi je yang kata sedap, kawan-kawan lain pun kata sedap. Jadi korang, “seafood lover” memang harus cuba makan di sini. erut dah kenyang marilah kita beradu.

NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST

Address: Bandar Penawar ,81930 Kota Tinggi, Johor
Tel : +607 8338888

Instagram: @tunamayaresortdesaru

*****

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017

>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
>> Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan
>> Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar
>> Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi
>> Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili
>> Lawatan Ke Tempat Penternakan & Penetasan Belangkas Sedili Kecil
>> The ELS Club – Daya Tarikan Terbaru Di Desaru Coast
>> Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Destinasi Percutian Pilihan Ramai

 

Share this nice post:

Comments

comments

1 thought on “Nelayan Seafood By The Coast Sajian Makanan Laut Terbaik Di Desaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *