Home » Santai Petang di Warna Warni Cafe Pantai Manis Tanjung Sedili

Santai Petang di Warna Warni Cafe Pantai Manis Tanjung Sedili

Santai Petang di Warna Warni Cafe Pantai Manis Tanjung Sedili | Cerita lama yang dah berbulan disimpan dari bulan May hehehe. Jarang-jarang Ummi sampai ke Tanjung Sedili ni, rasanya last masa 2019 masa tu kami ke Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil. Sampai ke sudah entrinya tak muncul hahaha. Sebelum tu Ummi ada juga ke Sedili ni masa Kembara Blogger Johor 2017. Boleh baca entri ni >> Alami Suasana Kampung Tradisional Di Kampung Tualang 3 Tanjung Gemuk Sedili.

Sebenarnya tujuan asal kami adalah ke Felda Simpang Waha untuk menziarah keluarga boss Ummi, Uncle Nazam yang baru sahaja kehilangan ayah tercinta. Kiranya sebelum bertolak balik semula ke JB, kami saja la meronda-ronda JJCM di kawasan Sedili dan berjumpalah dengan Warna Warni Cafe di Pantai Manis Tanjung Sedili.

Rupanya kat sini ada Ikan Celup Tepung (ICT) ya kawan-kawan. Bukan kata ikan je seafood lain pun banyak. Rasanya dah makin banyak kedai/ cafe kat negeri Johor ni yang dah buat style ICT ni kan. Korang boleh pilih nak makan apa, dan peniaga akan timbang mengikut harga pasaran yang tertera. Si buntat tu tukang pilih on behalf of kitorang hahaha.

Ok sila cari seat sementara tunggu order siap.

Inilah kesemua ahli rombongan Cik Kiah ke Pantai Manis Tanjung Sedili bersama bosses Marine Services Department.

Santai Petang di Warna Warni Cafe Pantai Manis Tanjung Sedili

List air yang ada semua menarik-menarik gambarnya hehehe. Rasa air orang lain Ummi tak pasti, tapi ABC yang Ummi makan ni mantap hehehe.

Apa kami makan? Tengoklah gambar-gambar tu.. ada ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung dan keropok lekor. Semua sedap. Sos dia pun sedap. Syok makan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Kawasannya memang bersih dan dihias menarik. Memang sesuai untuk dijadikan kawasan riadah bersama keluarga sambil menikmati menu-menu yang disajikan. Banyak juga stall lain korang boleh la pilih mana korang suka. Ummi ni memang dah lama teringin nak ke Celop Celop 5A tapi sampai ke sudah tak kesampaian lagi hajat tekak tu hehehe. Kat sini pun kira ok lah. Ok kalau korang nak cuba boleh la jalan-jalan ke Pantai Manis Tanjung Sedili ok. Lepas makan-makan barulah kami berangkat pulang ke pangkal jalan hehehe.

WARNA WARNI CAFE

Alamat: Pantai Manis, Kampung Sri Gading,Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.

JOM LIKE PAGE >> HERNEENAZIRDOTCOM

 909 total views,  3 views today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!