Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi

Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi

7087580091_309bb00e59_b

pic: http://holidaysinmalaysia.org/islands-and-beaches/desaru/

Mengembara ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi | Meneruskan Kembara Bloggers Johor 2017 di hari kedua, kami ke Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi. Desaru Fruit Farm adalah kawasan ladang tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta  haiwan ternakan berkeluasan 100 ekar (45.5 hektar) yang terletak di Kota Tinggi, Johor. Ladang ini telah beroperasi selama lebih dari 10 tahun. Terdapat lebih 10 jenis spesis tanaman dan lebih 100 jenis buah-buahan tropika iaitu yang bermusim dan yang tak bermusim.

Buah-buahan Bermusim – Buah durian, rambutan, pulasan dan manggis biasanya muncul dalam bulan Julai, Ogos dan September.

Buah-buahan Tak Bermusim – Buah-buahan ini boleh ditemui sepanjang tahun contohnya buah jambu, jambu batu, markisa, cempedak, nangka, kedondong atau amra, ciku, nenas, mangga, limau kasturi (calamansi), thousand fingers banana dan Brazilian Longan.

Desaru Fruit Farm mengamalkan “Organic Bio Fertilizer (OBF) blended with Effective Microorganisms (EM)”. Pernah memenangi MAHA 2006 – Winner Of The best Agro Tourism Site, Malaysia Tourism Awards 2008/2009 Innovative Tourism ATrraction Agro Tourism Conservation dan Johor Tourism Awards  2009.

20171013_102847

Mr. Henry sebagai tour guide sepanjang berada di Desaru Fruit Farm

Desa Fruit Farm menawarkan pakej termasuk pakej pembelajaran untuk pelajar sekolah dan semua lapisan masyarakat. Semua pakej di datangkan bersama Farm Tour Guide sepanjang berada di ladang termasuklah makan tengahari dan menikmati buah-buahan segar dan penginapan di resort terpilih sekitar Desaru.

Korang boleh pilih pakej yang ditawarkan seperti di bawah:

Pakej A – Fruit packet (10-12 slices)
RM25 dewasa – RM20 kanak-kanak 3-12 tahun)

Pakej B – Deluxe Tropical Fruit Fiesta (Unlimited tropical fruit)
RM40 dewasa – RM33 kanak-kanak 3-12 tahun)

Pakej C – Outdoor Lunch & Tropical Fruit Fiesta (Chef Choice of The Day)
RM55 dewasa – RM48 kanak-kanak 3-12 tahun)

Pakej D (Durian Breakaway (Unlimited Durian, Tropical Fruit with Lunch ~ Seasonal June/July/August)
RM65 dewasa – RM55 kanak-kanak 3-12 tahun)

Ok, jangan buang masa lagi, jom ikut kami mengembara ke Desaru Fruit Farm bersama Mr. Henry. Memang teruja sangat bila sekeliling kita ni nampak hijau je. Lagi-lagi bila nampak semua buah-buahan segar.

P_20171013_103149_vHDR_On

 Tanaman pertama sebagai intro, adalah kawasan tanaman buah naga.

P_20171013_103242_vHDR_On
P_20171013_104234_vHDR_On

 Mr. Henry nak bagi kami mencuba belimbing yang baru dipetik.

P_20171013_103443_vHDR_On


Ini pula buah markisa yang fresh dari pokok. Wahhh syok betul sambil jalan sambil makan buah-buahan segar. Lalu trail markisa, kiri kanan atas korang nampak markisa bergayut-gayut.

P_20171013_103540_vHDR_On

P_20171013_103708_BF

 Abaikanlah muka Ummi yang macam tak siap tu, tangan sebelah kanan snap gambar tangan sebelah kiri buat live video di facebook.

P_20171013_103941_vHDR_On
P_20171013_103958_vHDR_On


Pokok misai kucing yang banyak khasiatnya.

P_20171013_104102_vHDR_On
P_20171013_104526_vHDR_On


P_20171013_104610_vHDR_On

 Cantik betul bunga kantan ni bila mengembang.

P_20171013_104550_vHDR_On

Ummi’s favourite.. buah manggis.. Ni tahap baby lagi. Kata Mr. Henry, buah manggis tak pandai menipu. Nak tahu sebab apa? Sebab, kalau korang nak tahu ada berapa ulas manggis dalam setiap sebiji manggis, korang boleh tengok pada bahagian bawahnya tu. Kira berapa kelopak yang ada. Kelopak-kelopak tu mewakili jumah isi di dalam. Kan Ummi dah kata banyak ilmu kami dapat bila sekali sekala turun ke ladang macam ni.

P_20171013_103333_vHDR_On
P_20171013_104701_vHDR_On

Pusing-pusing pokok mulberry.. pokok mulberry.. pokok mulberry..

P_20171013_104723_vHDR_On

 Ummi’s favourite lagi.. kacang botol. Fuhhh sedap hoi ulam fresh.

P_20171013_104906_vHDR_On

 Bila tengok pokok bunga cantik ditanam dalam botol ni terus teruja Ummi rasa tau.

P_20171013_104923_vHDR_On

 Ini pula bak choi yang ditanam dalam botol air terpakai.

P_20171013_105003_vHDR_On

 Yang ni sayur-sayur yang ditanam di atas tanah.

IMG-20171013-WA0052

 Ummi, Eda dan Fiza tak melepaskan peluang bila Mr. Henry offer sesiapa yang nak mencuba menanam benih bak choi dalam recycle bottle ni. Mr. Henry kata kalau kami tak ada tuju kemana-mana lagi lepas ni dia boleh je bagi bawa balik hasil tanaman kami tu. Tapi malangnya kami ada dua hari lagi untuk selesaikan kembara ni hehe. Kat sini ada juga dijual benih-benih tanaman ni tau termasuk tanaman herba tu semua. Ummi dah plan dah, Ummi nak ajak The Ilhams tanam pokok cara macam ni untuk meneruskan Projek Ummi Ilham’s Mini Garden yang dah lama menyepi tu ehehehe.

P_20171013_105649_vHDR_On

Dah penat meronda, kami diberi jus-jus segar dari hasil ladang. Ummi piih jus kedondong. Fuhhhh.. hilang dahaga.

P_20171013_104952_vHDR_On

 Kat sini banyak juga tanaman-tanaman herba tau.

P_20171013_105744_vHDR_On

Korang pernah tengok pokok stevia? Haaa inilah pokoknya. Sempat jugalah kami merasa stevia asli yang baru dipetik. Wahhhh manis yang segar gitu.

P_20171013_110147_vHDR_On
P_20171013_110132_vHDR_On


Pokok roselle pun ada tau. Dapat jugalah Ummi makan roselle fresh baru petik dari pokok. Mr. Henry bagi benihnya. Tapi Ummi tak sempat lagi nak tanam. Tunggu nanti Ummi update ya kalau dah tanam. Harap-harap menjadi la. Dulu beli pokok roselle dah hidup tu, tapi tak panjang umur hehe. Roselle bagus banyak khasiat.

P_20171013_110844_vHDR_On

Korang bayangkan dapat petik jambu air ni lepas tu makan dengan kicap,gula dan potong cili padi. Ya ampun sedap gila ok. Makan je la keerja Ummi ni kan.

P_20171013_104755_vHDR_On
P_20171013_110231_vHDR_On

Seronok bila dapat masuk ladang macam ni. Jalan-jalan jumpa rama-rama, katak, semut, labah-labah dan macam-macam lagi. Rasa dekat sangat dengan alam semulajadi. Boleh release stress tau bila nampak pemandangan hijau di sekeliling kita.

P_20171013_105657_vHDR_On

 Ada juga kolam ikan kat sini.

P_20171013_105708_BF

 Ok, bukti Ummi dah sampai ke kolam ikan Desa Fruit Farm ekeke.

P_20171013_105957_vHDR_On
P_20171013_110037_vHDR_On

 Jangan lupa singgah di Agricultural Gallery tau. Bayak ilmu korang boleh belajar di sini. Korang boleh belajar tentang permainan masa lapang orang Malaysia contohnya congkak, capteh, batu seremban dan lain-lain lagi.

P_20171013_111225_vHDR_On

 Desaru Fruit Farm ni bukan sahaja ada buah-buahan dan sayur-sayuran segar tau. Kat sini ada juga mini zoo yang menempatkan beberapa jenis haiwan ternakan seperti arnab, kambing, ayam, angsa, kura-kura dan macam-macam lagi.

P_20171013_111436_vHDR_On

 Ummi acah-acah berani bagi arnab makan carrot.

P_20171013_111305_vHDR_On

 Ini pula kandang kambing.

P_20171013_111638_vHDR_On

Kambing pun teringin nak bergambar tau. Kasi can lah!

P_20171013_111648_BF

 Ok la, Ummi wefie dengan korang ye cik kambing.

P_20171013_111747_vHDR_On

 Haaa ada kura-kura juga tau. Korang tahu tak mana satu jantan mana satu betina ni? Haisyhhh rasanya sepanjang mengikuti Kembara Bloggers Johor 2017 ni banyak betul ilmu baru Ummi dapat. Kalau korang nak tahu yang bahagian bawahnya melengkung ke dalam tu jantan dan yang terkeluar sikit tu betina.

P_20171013_111931_vHDR_On

Amboiii teruja Cik Alja kita ni bila ayam bertenggek atas lengan hehehe. Haiwan kat sini semua jinak-jinak belaka. No worries hehehe.

 

P_20171013_112618_vHDR_On

 Dah puas mengembara dari awal hingga hujung, marilah kita keluar dari ladang ni

P_20171013_112608_BF

Nampak tu muka memasing dah berminyak rasa haha.

P_20171013_112706_BF

 Syok ramai-ramai lori hahaha.

P_20171013_112636_BF

Muka penat tapi enjoy to the max!

P_20171013_113909_BF

 Short briefing tentang produk keluaran Desa Fruit Farm.

P_20171013_114200_vHDR_On
P_20171013_114303_vHDR_On

Antara produk keluaran Desa Fruit Farm. Korang boleh beli semasa lawatan korang ke sini atau beli di website Desa Fruit Farm. Link Ummi sertakan di akhir entri.

20171013_115954

Seperti yang Ummi dah terangkan di atas, pakej mengembara ke Desa Fruit Farm ni termasuklah makan tengahari dan sesi menikati buah-buahan segar dari ladang. So apa tunggu lagi. Jom makan!

P_20171013_114523_vHDR_On

Korang tengok penuh satu meja buah-buahan segar. Sampai rambang mata nak pilih yang mana.

20171013_115353

 Cempedak goreng dan pisang goreng idaman hati. Orang Johor memang tak sah kalau makan pisang goreng tak cicah sambal kicap tau. Rasa kekurangan gitu hehe. Ummi ambil sikit je sambal kicap tu, nanti kalau ambil banyak kesian orang belakang tak merasa hoi hahaha.

20171013_115408
Buah-buahan Ummi ambil yang ni je ecehhhhhh.

P_20171013_120631_vHDR_On

Paling kami semua teruja bila atas meja kami penuh dengan lauk-pauk yang memang membuatkan tahap kelaparan kami bertambah-tambah. Kalau korang nak tahu, semua hidangan menu yang dihidangkan berasaskan hasil pertanian dari Desaru Fruit Farm. Segar uolls! Rezeki kami ada 11 signature dishes yang dihidangkan pada hari itu.

Jom kita zoom in dari satu pinggan ke satu pinggan.

P_20171013_120356_vHDR_On

Kerabu betik (ada kelapa dan limau kasturi juga)

P_20171013_120416_vHDR_On

Asam pedas ikan pari buah markisa dan berbendi

P_20171013_120431_vHDR_On

Kacang botol

P_20171013_120512_vHDR_On

 Pisang 40 hari masak lemak

P_20171013_120535_vHDR_On

Udang sos mangga

P_20171013_120620_vHDR_On

 Ayam kampung masak kari

P_20171013_120733_vHDR_On

Ayam sos markisa

P_20171013_120736_vHDR_On

Sawi goreng

P_20171013_120748_vHDR_On

  Tomyam Kung Kelapa

P_20171013_121139_vHDR_On

 Ikan siakap stim

Semuanya sedap-sedap belaka tau. Haisyhhhhh memang rugilah kalau ada antara kami yang join kembara ni sedang berdiet haha. Rugi sangat kalau tk cuba signature dishes dari Desaru Fruit Farm ni tau.

Settled makan tengahari, kami pun meneruskan semula kembara menuju ke destinasi seterusnya. Pengalaman mengembara ke Desaru Fruit Farm ni memang tak dapat dilupakan. Insha Allah Ummi akan kembali lagi one fine day bersama The Ilhams. Ummi tunjuk gambar-gambar ni pun diorang teruja, lagi la kalau diorang sendiri yang menikmati pengalaman ke sini kan.

Untuk korang yang nak buat rombongan cik kiah ke sini, cikgu cikgi yang nak bawa anak-anak murid ke sini.. korang boleh rujuk pakej kat atas tu ya. Sebarang maklumat lanjut korang boleh rujuk website atau hubungi terus Desaru Fruit Farm. Details ada di bawah.

Selamat menikmati kehijauan alam di Deasru Fruit Farm!

DESARU FRUIT FARM TRADING (MALAYSIA)

Address

Sungai Cemaran, Desaru
81900 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim

Contact No.

Tel : 607-8308017 / 8223886 / 8225886
Fax : 607-822 4886

Hp : (+6012) 772 1817 | Steve

Waze : Desaru Fruit Farm

92, Kota Tinggi

Website: https://www.desarufruitfarm.com/

Email : alice@desaruff.com

***

Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017


>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
>> Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia
>> Layanan 5 Bintang Di Amari Hotel Johor Bahru
>> Makan Malam di Dapor Warisan, Laman Seni Warisan
>> Ronda-ronda Pasar Karat (Bazar Karat) & Deepavali Bazar

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

7 Comments

  1. Fatimah

    Bestnya..insyaAllah mcm nk bawak jugak anak2x ke sini..thanks ya hernee..share details!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *