Weekend

Fresh Seafood Di Kg. Pendas Baru, Gelang Patah

20170318_102256

Cerita hari Sabtu, macam biasalah hari bersantai-santai. Pagi lepas sarapan di Warung Poyot, kami terus ke Kg. Baru Pendas cari fresh seafood. Budak-budak tu bila terlepas gini biasalah excited. Mak jalan belakang biar bapaknya yang urus bebudak.

20170318_102422
Geram tengok ikan-ikan segar. Tapi bila dah sampai sini rambang mata nak beli yang mana satu.

20170318_102559

Macam biasa, kami akan survey dari satu rumah ke satu rumah hehehe.

20170318_102754

Udang besar sebelah kiri tu geram betul sekilogram RM36 kalau tak silap. Tapi tak beli hahaha.

20170318_102839

Ummi survey seafood Babah dan anak-anak skodeng burung dalam sangkar hahaha. LEpas tu kami patah balik ke gerai depan.

20170318_103432

Macam beriya je budak berdua tu. Lagi-lagi si kecil tu siap tonejt kaki nak jengah fish haha.

20170318_102644

Tengok ibau ni pun geram jek rasa. Tapi nak membuang kulit tu malas hehe. Sedap masak sambal tak pun kari.

20170318_103413

Sudahnya Ummi beli ikan duit-duit 5 ekor RM7. Nak beli ikan daun baru Babah tak suka. Ummi suka je sedap je rasa ikan daun baru tu. Kepah beli sekilo lebih RM10. Kalau sekilogram tepat RM6.

20170318_103607

Lepas siap membeli-belah fresh seafood kami balik le. Ada tugas lain nak bergerak dari rumah ke rumah menyampaikan amanah orang.

20170318_103157

Tengok budak kecil ni, tak nak berpimpin nak bebas jalan sendiri. Topi tak bawa, jadi Ummi suruh pakai kopiah. Dia redho je memang suka pakai kopiah abang.

20170318_103836

20170318_102012

20170318_102013

Nahhh.. lepas korang pergi beli fresh seafood, boleh singgah shopping baju-baju pulak hehehe. Ada ramai peniaga buka payung kat sini. Singgah le kalau berani hehehe. Kami tak singgah pun nanti duit melayang.

Ok, saya suggestkan untuk korang.. mula-mula sampai pergi breakfast kat Warung Poyot, lepas tu pergi beli fresh seafood di Kg. Baru Pendas, lepas tu shopping baju-baju di kawasan yang sama. Amacam ok tak suggestion saya? hehehe. Promote kawasan kampung sendiri. Lagi satu lepas dah shopping pergilah cuci mata di Forest City. Bandaraya Hutan buatan manusia yang penuh kontroversi.

Cukuplah tu promote Mukim Tanjung Kupang hehehe. Next entry kita promote lagi. Babai.

Share this nice post:

Comments

comments

9 thoughts on “Fresh Seafood Di Kg. Pendas Baru, Gelang Patah

  1. assalamualaikum hernee…kat sini ke yg hernee ckp ikan semuanya fresh2…mcm best jer kn…rasanya hubby pernah pergi dulu…dia ada cerita kat mama udang kat sini besar2…suka tengok…kalau ada masa leh pi la…
    ** Mama Maszull

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *