Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN – Siput Gonggong Masak Titik Pelapah

Korang pernah ke makan siput gonggong ni? Rata-rata tanya kawan-kawan ramai je yang tak pernah makan. Kami ni orang kampung biasa je makan siput gonggong ni. Kebetulan masa cari ketam last week ada pula si gonggong ni. Jadi Ummi beli 1 kg RM15 tak silapnya. Hilang ingatan pulak hehehe.

Sekilogram tu bukan banyak mana pun. Yang berat kulitnya je hehehe. Muatlah seperiuk bila dah basuh bersih-bersih.

Kali ni Ummi masak titik pelapah. Tak pastilah uolls panggil masakan macam ni apa namanya. Ikut style arwah mak yang ajar. Nah resepi simple dari Ummi.

RESEPI SIPUT GONGGONG MASAK TITIK PELAPAH

BAHAN-BAHAN:

Siput gonggong 1 kg
3 ulas bawang putih dimayang
1 biji bawang besar saiz sederhana dimayang
1/2 inci halia dimayang
3 batang cili padi (ikut suka kalau nak pedas)
1 batang serai dititik
air
garam

CARA-CARA MEMASAK:

Basuh siput gonggong bersih-bersih dan ketepikan. Potong mayang bawang besar, bawang putih, cili padi dah halia. Masukkan bahan tadi ke dalam periuk termasuklah siput gonggong dan tambah air. Masukkan serai yang dah siap dititik. dan tambah garam. Jerang di atas dapur sehingga menididih dan tutup api.

Taraaaaaaa.. dah siap. Macamana cara nak makan? Haaa hujung isi gonggong tu ada macam plastik keras. Hujungnya tu biasa akan sedikit terkeluar dari dalam cengkerang. Tarik yang coklat tu untuk keluarkan isi siput gonggong. Kalau tak boleh keluar silalah gunakan pencungkil gigi atau jarum untuk keluarkan hehehe. Itu je petua paling senang nak keluarkan isi gonggong.

Inilah rupa isi siput gonggong tu. bahagian hujung yang putih tu akan ada sedikit lebihan berpasir yang tu sila buang jangan makan. Yang lain boleh makan kecuali yang macam plastik tu sebab hujungnya tajam kang tersangkut kat tekak tanggung sendiri hahaha. Apa rasanya? Sedap hoiii manis gitu. Kalau nak cicah kicap potong cili, bawang perah limau pun boleh sedap jek. Ok terasa siput gonggong lalu kat tekak hehehe. Tapi tak selalu la dapat siput gonggong ni ikut musim. Kadang ada kadang tak ada. Kalau korang yang berdekatan Gelang Patah ni nak merasa, bolehlah ke Kg. Baru Pendas cari seafood kat situ ya hehe.

Share this nice post:

Comments

comments

6 thoughts on “DDHN – Siput Gonggong Masak Titik Pelapah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *