Dinner di Restoran Lobstam Taman Nusantara Gelang Patah

Foods Review

Dinner di Restoran Lobstam Taman Nusantara Gelang Patah | Assalamualaikum. Cerita makan lagi.. Ummi malas nak simpan lama-lama sebab nak delete gambar dari handphone. Sebenarnya dah tiga kali kami makan di Restoran Lobstam yang terletak di Taman Nusantara ni. Untuk pengetahuan korang seafood kat sini semua ‘fresh from the sea’ hehe. Eh mestilah sea.. takkan. kedai tayar kot ekeke. Selain dari berniaga di restoran ni, pemiliknya juga ada menjual makanan laut segar di Kg. Baru Pendas. Itu memang port orang-orang jauh dan dekat (Ummi la tu) memborong seafood. Boleh baca entri Ummi di SINI.

Ok sambung cerita, kali pertama Mama Cu yang ajak kami ke sini. Memang kebetulan masa tu belum makan malam, jadi Ummi pun on je la. Sebelum ni katanya restoran ni dah beroperasi di Taman Setia Tropika dan sekarang berpindah ke sini.

Ada banyak pilihan menu mengikut set untuk korang pilih. Lobster pun ada tau. Boleh baca macam kat atas tu ya. Malas nak salin. ?

Menu Restoran Lobstam

Beraneka jenis minuman.

Dekorasi dalam restoran nampak menarik dan unik ala-ala rumah kampung lama. Kreatif! Setiap kali pergi tu memang sentiasa ada pelanggan la.

Masa ni Syamil dah tertidur. Terpaksalah Babah riba, kalau Ummi nak riba memang dah tak ada space dah hahaha.

Orang sebelah tu kenapa entah. Nak cover saiz muka agaknya ??

Meriah makngah air kami.

Dinner di Restoran Lobstam Taman Nusantara Gelang Patah

Ni pilihan Mama Cu. Mee Kari Udang. Sedap gak. Portion besar. Sempat la mee kari ni pusing keliling meja semua merasa hahaha.

Kami order shellout. Meriah dengan fresh seafood. Abang Ilham tu siap tambah nasi. Not bad shelloutnya. Adalah port shellout terdekat selepas restoran shellout kegemaran kami dah tutup.

Lauk tambahan.. ikan siakap stim limau. Sedap kuahnya pekat. Licin kami bedal. Itu cerita first trip ke Restoran Lobstam.

Ini second time kami ke sana. Semuanya sebab Abang Ilham merengek nak “shellout Lobtam” hahaha.

Hero kecil sorang lagi pun dah jangkit abang. Sebab dua-dua tahu dalam shellout tu ada ketam. Diorang memang mr. crab lovers hahaha.

Dinner di Restoran Lobstam Taman Nusantara Gelang Patah

Kelakar pula tetiba ada budak request nak order air sirap. Almaklumlah selama ni dia tahu air masak, air milo, air teh o je. Hulurlah air paling mahal di dunia pun dia tak layan. Ummi tahu dia rindu air sirap kat PASTI ni hehe. Dia belajar minum air sirap masa sekolah kat PASTI hehe. Licin ok air sirap ni dia minum hahahaha.

Semestinyalah menu utama kami shellout. Kali ni rasa macam ehhh sedap gila lah shellout ni.

Sebenarnya ada ikan siakap stim lemon yang kami order. Mana entah gambar Ummi terdelete agaknya ekeke. Ummi rasa pun sedap gila masakan bila datang kali kedua ni.

Kali ketiga makan kat sini last week la dengan Mama Cu lagi dan Uncle Cu lagi masa Babah tak ada pergi training di Kluang. Time pergi dengan diorang Ummi rasa tak sesedap kali kedua hahaha. Sakit je hati Mama Cu dengar. Tapi meehoon sup yang Mama Cu order malam tu sedap. Nasib perut Ummi dah full, kalau tak Ummi tolong habiskan hehe.

Review Menu Restoran Lobstam Taman Nusantara Gelang Patah

Overall, dah makan tiga kali Ummi rasa masih dalam kategori sedap lah makan kat sini. Cuma tang shellout tu macam tak konsisten rasanya. Ke tekak Ummi je sorang rasa tak tahulah maklumlah tekak mak buyong. Ilham dan Syamil laju jek bedal hahaha. Ummi kena makan lagi sekali ke camana ni? ??? Kalau Ilham baca ni konfem dia suka, Ummi nak ajak makan shellout lagi hahahaha. Korang yang nak jalan-jalan cari makan ke Gelang Patah boleh la cuba makan kat sini. Ehhhh terasa kuah siakap stim lemon lalu kat tekak ??

Restoran Lobstam tutup setiap hari Khamis ya. Tetiba teringat ayat Abang Ilham, dia yang beriya ajak tup tup dia yang kata dia ingat Lobstam tulis tutup hari Khamis hahaha. So jangan datang hari Khamis. Ok selamat mencuba. Ingat Ummi disetiap suapanmu ya hahaha.

Lokasi Restoran Lobstam

Alamat:
No.34 Jalan Nusaria 11/4, Taman Nusantara
Gelang Patah, Johor, Malaysia 81550

Untuk tempahan, hubungi:
Encik Herman (017-708 0450)

Loading

Related Posts

One thought on “Dinner di Restoran Lobstam Taman Nusantara Gelang Patah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!