Foods Review

Warung Poyot – Lokasi Sarapan Paling Best Di Kg. Tg. Kupang, Gelang Patah

Assalamualaikum. ?

Saja je tayang makanan haha. Kan dah kata diet postponed tahun depan. Ni saja nak share lagi walaupun dah banyak kali share hehe. Port breakfast kitorang. Warung Poyot lah mana lagi. Dari kecil memang dah jadi pelanggan sampai dah beranak pinak ni ha. Tak pernah jemu lagi hehe. Favourite ummi yang atas tu roti tampal goyang cicah kuah kari daging pekat. Seriuos sedap. Kari dia tu memang yummy lah.

Menu kedua yang memang tak sah kalau tak order. Soto nasi atau mee hoon soto bubuh sambal kicap lebih ya ampuuunnn meleleh air liur sambil taip entri ni hoi. Kuah soto dia tu memang sedap yang amat. Tak percaya cubalah.

Ni lagi satu ni yang selalu hancurkan diet ummi ilhams, lontong kering. Sambal kacang dan rendang daging tu sedap sangat. Syamil suka pulak tu rendang daging pedas2 tu. Kadang2 buntu juga nak pilih menu sebab rasa semua nak makan. Nasi lemak poyot sedap juga, lagi2 sambalnya. Nasi lemak goreng pun sedap. Hari tu babah order mee hoon goreng pun sedap. Ok, ummi ilhams memang kuat makan. Jarang nak dengar review tak sedap hahaha.

Korang yang nak cuba sarapan di Warung Poyot bolehlah cari lokasi ni ya. Masuk secondlink highway/ EDL exit PTP tak pun Forest City. 

Alamatnya:
Warung Poyot – Jalan Tanjung Kupang, 81560 Gelang Patah, Johor.

Contact No. – 019-7503474 (Kak Jah)

**boleh call in case takut makanan habis..kami memang selalu buat macam tu ekekeke..

Lepas korang breakfast, jangan lupa ke Kg. Pendas baru boleh shopping seafood. Banyak pilihan harga kena pandailah minta tawar menawar. Jangan lupa bekal tong untuk bubuh seafood tu nanti. Tong coleman pun ok je hehehe.

Ok, siap2 shopping seafood bolehlah jalan2 hirup udara pantai di Forest City. Kalau nak berenang2 jalan lupa bawa swimming suit gitu hehehe. Kalau tak “polis” suruh balik kata ilham ??. Dah cukuplah info tu kot. Kalau rasa sesat boleh PM akak. Akak tunjuk jalan tapi dengan syarat belanja akak soto semangkuk ekekeke.

Selamat bersarapan di Warung Poyot.




Share this nice post:

Comments

comments

3 thoughts on “Warung Poyot – Lokasi Sarapan Paling Best Di Kg. Tg. Kupang, Gelang Patah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *