
Projek Jom Naik myBAS bersama The Ilham | Cerita hari Jumaat lepas, aktiviti Ummi dan dua orang hero kecil projek naik myBAS. Untuk permulaan Umi bawa diorang naik bas dari Terminal Gelang Patah ke Kg. Pendas Baru dan patah balik ke Terminal Gelang Patah (T42).

Macam biasalah abang-abang ni memang excited. Syahid dan Babah tak join untuk trip kali ni. Selain itu, Umi ajak seorang kawan dari Filipina ronda-ronda kampung kami. Saja nak tunjuk kampung kami yang indah permai ekeke. Umi berangan kejap jadi Tourist Guide hahaha. Excited Uncle Sonny melayan diorang ni tau.

Ini laluan myBAS yang baharu untuk bas T42.
Perkhidmatan myBAS adalah salah satu inisiatif pihak kerajaan di bawah program “Transformasi Perkhidmatan Bas Terhenti-henti”. MyBAS Johor Bahru terdiri daripada 19 laluan untuk memberi perkhidmatan kepada kira-kira 6.4 juta penumpang setahun. Projek ini adalah hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui pemudah cara Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).Dapatlah Umi isi masa lapang cuti hujung minggu dengan anak-anak.
Projek Jom Naik myBAS bersama The Ilham
Perkhidmatan myBAS akan berkhidmat di 5 koridor di Johor termasuk Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah, dan Pontian. Sebanyak 128 bas akan digunakan untuk projek ini yang terdiri daripada kenderaan diesel dan elektrik.
Projek ini mewujudkan pengangkutan awam yang mampan dan perkhidmatan yang lebih dipercayai dengan jadual bas yang betul, pembayaran tanpa tunai, bas elektrik hijau dan kemudahan untuk meningkatkan pengalaman menaiki pengangkutan awam.
Muat Turun Aplikasi LUGO

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan korang muat turun aplikasi LUGO. Aplikasi LUGO ni membantu korang untuk menyemak laluan bas, jadual perjalanan, harga tambang dan juga lokasi terkini bas. Jadi senanglah nak merancang perjalanan kan.
Dengan memuat turun aplikasi LUGO, korang boleh:
✅ Semak lokasi bas secara langsung
✅ Rancang perjalanan lebih awal
✅ Sambungkan wifi percuma pada bas Causeway Link*
✅ Dapatkan maklumat perjalanan terkini
✅ Tambah nilai ManjaLink
✅ Semak sejarah transaksi tambang bas Visa dan ManjaLink
Go Cashless Dengan Kad ManjaLink

Muat turun sekarang: https://lugo.page.link/9KXp
Nak lebih mudah, korang boleh dapatkan kad ManjaLink di kaunter Caltex Taman Daya, JB Sentral, TF Value Mart Nusa Bestari atau di Terminal Gelang Patah. Hanya “tap & go” Kad ManjaLink. Tak perlu bawa duit syiling atau wang kertas. Lebih mudah dan menjimatkan masa. Go cashless!! Korang JUGA berpeluang mendapat rebat setiap kali membuat tambah nilai. Best kan?



Dah lama gila lah Umi tak naik bas. Kalau zaman sekolah memang hari-hari naik bas dari Kg. Tg. Kupang ke sekolah Umi di Kg. Tg. Adang. Kali ni Umi kasi can la anak-anak merasa pengalaman naik bas.

Laluan myBAS T42 ni melalui kawasan Mukim Tanjung Kupang. Kalau dulu-dulu bas tak lah masuk sampai ke kawasan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Tapi sekarang ni dah masuk ke PTP, jadi mudahlah pekerja-pekerja yang menetap di hostel atau sesiapa yang bekerja tak ada transport sendiri naik keluar masuk kawasan PTP ni.

Sementara menunggu bas depart dari Pendas ke Terminal Gelang Patah semula, kami bawa Uncle Sonny jalan-jalan ke Jeti Pendas Laut menikmati pemandangan laut di kampung kami.


Kalau korang nak fefeeling macam dalam K-Drama Hometown Cha Cha Cha, boleh la datang ke Pendas hehehe. Boleh la tunggu kot-kot Ketua Hong muncul kat sini hehehe. Kalau nak cari fresh seafood pun boleh datang sini. Banyak gerai yang menjualnya. Harga dijamin mampu milik. Boleh baca sini >> Fresh Seafood Di Kg. Pendas Baru, Gelang Patah.


Alhamdulillah settled projek naik myBAS kami. Thanks Uncle Sonny sudi ke kampung kami. Next plan Umi nak bawa The Ilham naik bas ke bandar pula. Stay tuned ok!
Jom like, save & share supaya ramai lagi rakyat Johor yang menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat menaiki pengangkutan awam seperti myBAS ni.
Baca juga: Projek Naik Train | Stesen Kempas Baru – Kluang – Kempas Baru