Weekend Getaways at Desaru | Just a quick update on our weekend gateaway at Desaru. Dah banyak gambar berjimba Ummi is pening hahaha. Ummi update dulu aktiviti sepanjang percutian singkat kami ni ya. Yang pasti walaupun hanya 3 hari 2 malam tapi kami sangat seronok. Sampaikan Ummi dan Babah rasa masa berputar sangat perlahan. Serious weh. Rasa lambatnya jam ni berputar tau haha. Allah nak bagi masa untuk kami gunakan sebaiknya bersama seisi keluarga. Alhamdulillah. Ok jom baca.
Check-in 2 Hari 1 Malam di AmanSari Hotel Desaru
Kami tiba di Desaru pada pagi Jumaat dan menginap selama 2 hari 1 malam di AmanSari Hotel Desaru. Pakej penginapan kami di sini complete dengan makan tengahari, makan malam dan sarapan pagi. Untuk keselesaan bilik kami pilih Family Suite, maklumlah anak ramai hahaha. Apa yang paling best, penginapan kami di sini, dilengkapi dengan 2 tiket ke Adventure Waterpark Desaru Coast. Korang rasa hero-hero Ummi tak teruja ke? Of courselah terujakan. Cerita lengkap next entri. Ada promosi best dari AmanSari Hotel Desaru dan Adventure Waterpark Desaru Coast yang korang kena grab cepat!
Mandi-manda di Adventure Waterpark Desaru Coast
Akhirnya impian diorang nak mandi-manda di Adventure Waterpark Desaru Coast terlaksana. Kenapa bertiga? Sebab Babah dan Syahid sampai awal. Babah menjalankan tugas hakiki hehehe. Cerita keterujaan diorang ni nanti tunggu entri khas ya. Memang syok sampai tak nak balik. Cuma ada hujan rahmat turun jadi masa agak singkat sikit untuk bermain.
Lunch di Pizza Hut Bandar Penawar
Selepas check-out dari AmanSari Hotel Desaru, kami terus mencari port sesuai untuk lunch. Maklumlah sorang baby tua tu syok tidur. Pusing punya pusing kami lunch di Pizza Hut, Bandar Penawar. Nasib ada bench ni senang la Ummi nak makan tanpa meriba si baby tua ni hehehe. Sambil-sambil tunggu makanan tu Babah duk survey mana-mana hotel, resort atau homestay yang available. Memang plannya stay lagi semalam kat sini, cuma kami malas nak book awal haha. Oleh kerana malas book awal tu, memang nasib la kan ada ke tak ada yang available sebab long weekend deepavali public holiday. Akhirnya dapat la resort ni, cuma pantai bukan depan mata la janji ada swimming pool.
Check-in 2 Hari 1 Malam di Lake View Terrace Resort, Pengerang
Dalam pukul 3pm kami selamat check-in di Lake View Terrace Resort, Pengerang. Plan asal nak ronda-ronda pantai dulu, tapi memandangkan cuaca tak mengizinkan kami terus check-in. Serious cantik sangat view kat sini tau. Fefeeling holiday kat oversea pulak hahaha. Ramai tanya lokasi kat mana bila tengok IG story/ whatsapp status Ummi dan Babah hahaha. Aunty Juju kata Ostolia Darul Punggai hahaha. To be exact, lokasinya kat Pengerang, Ummi tukar “Ostolia Darul Pengerang”. Tunggu cerita penuh nanti ya.
Dinner di Restoran SR Tomyam, Sungai Rengit
Plan asal malam nak dinner di Warung Lobster Sg Rengit & Sg Musoh as suggested by Mama Cu. Memula kami cari yang kat Sungai Musoh. Sampai-sampai tutup, terus ke Sungai Rengit. Tapi malangnya orang terlalu ramai dan ramai juga yang masih menunggu turn. Memang tak sangguplah nak tunggu. Jadi kami hanya makan di kawasan sekitarnya je la. Kami dinner di Restoran SR Tomyam, Sungai Rengit. So far makanannya ok dengan harga berpatutan. Yang penting ikan siakap murah je tak macam harga siakap viral langkawi ekekeke. Oppsss gurau je.
Lunch di Rumah Nenek Saqeef, Taman Bayu Damai, Pengerang
Esoknya, lepas check-out plan asal nak picnic lima beranak kat mana-mana pantai yang tak ramai orang. Tup tup hujan. Kebetulan juga Mama Cu ada balik rumah mertua dia kat Taman Bayu Damai. Diorang pelawa lunch kat sini. Alhamdulillah rezeki, ketam fresh masal lemak cili api Nenek Saqeef.
Santai-santai di Pantai Arked D’Punggai
Sebelum pulang ke pangkal jalan, kami singgah di Pantai Arked D’Punggai. Seingat Ummi ni kali kedua kami ke sini. Saja nak dapatkan “vitamin sea” sambil ambil angin. Kat sini public beach, hanya perlu bayar tiket parking je. Nanti Ummi story mory ya.
Ok, that’s all cerita weekend kami. Bergerak balik ke Gelang Patah lebih kurang jam 3.45pm dan sampai dalam jam 5pm. Jangan tanya apa Ummi dan The Ilhams buat dalam kereta. Ummi ko memang dah tak boleh handle mata dah melekat-lekat tak boleh bukak. Babah drive sorang-sorang aman damai ditemani lagu-lagu dari radio. Ummi sedar-sedar dah sampai Jambatan Sungai Johor dengan tudung senget brooch nak sampai telinga kahkahkah tapi terus pejam semula sampailah ke Gelang Patah. Sorry Babah. Ok korang stay tuned ok, entri-entri weekend gateaway bakal menyusul nanti.
Weekend Getaways at Desaru
Antara hotel/ chalet/ homestay best yang korang boleh menginap di area Desaru Coast, Pengerang dan sekitarnya:
Berhujung Minggu Di Arena Sepang Resort Kota Tinggi
Check-in 2 Hari 1 Malam di Tanjung Sepang Beach Resort
Homestay Bonda Taman Bayu Damai Pengerang Kota Tinggi
Review Jannah Homestay Taman Desaru Utama Kota Tinggi Johor
Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Destinasi Percutian Pilihan Ramai
Mandi-manda Di Tanjung Sepang Beach Resort, Teluk Ramunia
Short video jalan-jalan sekitar Desaru:
Horse Carriage – Family Ride at Tanjung Balau Beach
hai kereta saya! hahahhaha!
hahaha kemain kereta VVIP tu hahaha