Mandi-manda Di Tanjung Sepang Beach Resort, Teluk Ramunia | Asaalamu’alaikum. Ini cerita tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas namanya. Setahun empt bulan kata kau Ummi peram hahaha.
Ceritanya masa ni majlis undur menantu Mama Cu di Taman Bayu Damai, Pengerang. Masa ni kami stay di Homestay Bonda Taman Bayu Damai Pengerang Kota Tinggi. Petangnya tu Ummi bawa The Ilhams ambil angin pantai di Tanjung Sepang Beach Resort. Eventhough korang tak stay kat Tanjung Sepang Beach Resort ni, tapi still korang boleh masuk dan mandi-manda di kawasan pantai atau swimming pool dorang. Taman Bayu Damai ni opposite resort ni je, tak jauh mana pun.
BAYARAN PARKING TANJUNG SEPANG BEACH RESORT
Tetamu Hotel – PERCUMA
Sekali Masuk – RM10
Tiket Hilang – RM50
**Tidak termasuk bayaran fasiliti
BAYARAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN
(e.g Swimming Pool etc)
Dewasa | RM20
Kanak-kanak | RM10
**Sila buat pembayaran di kaunter Reception Hotel
Ini reception counter untuk membuat bayaran ya. Dekat je dengan pintu utama.
Di kaunter pun ada juga letak harga untuk panduan pengunjung.
Budak kecil sorang tu dah tak sabar nak ke pantai.
Eh baru ingat masa ni Mak Yah tumpang kitorang hehehe. By the way, “Selamat Bertunang Mak Yah” hehehe. Sorry tak dapat datang.
Dah nampak play ground tersangkut pulak kat sini.
Heaven on earth dapat bersantai tepi pantai kan.
Wefie bersama Syamil dan Mak Yah.
Rules and regulations by Tanjung Sepang Beach Resort terletak di tepi pantai. Please follow the rules ya!
Ehhh kemain nak berdukung ek budak itu.
Kasi can lah mak ko selfie haha.
Cuba teka dia nak lari ke mana? hehehe.
Ehhh Ummi syok sendiri sesorang Syamil tak layan.
Inilah punca Ilham berlari tu.. dia nampak Aqil dan Ariq dah mandi laut dan main pasir. Excitedlah beliau BFF ada sekali kat situ.
Sebenarnya Ummi memang suka stay kat Tanjung Sepang Beach Resort ni. Nampak resort ni lebih terjaga dari yang lain-lain. Facility pun ok masih elok.
Ada ruang yang luas untuk aktiviti berkumpulan dan berBBQ.
Masa kami stay dulu belum ada bilik-bilik ni.
Ini kawasan swimming pool. Tapi dah lewat petang dah tak boleh swimming.
Kami menunggu Ilham salin baju sebab dia sorang yang bergelumang dengan pasir join Aqil dan Ariq. Ikutkan dia nak mandi swimming pool tapi pujuk punya pujuk janji esok je sebelum balik datang semula ke sini.
Ok jom tengok aktiviti esoknya. Sebelum balik Gelang Patah, kami singgah ke sini semula. The Ilhams nak berendam sejukkan badan.
Nampak tu bergilir-gilir buli Babah hahaha.
Syamil main kat tempat cetek je. Kalau nak ke kolam dewasa tunggu Babah angkut je la hehehe. Kalau dengan Ummi yang cetek je hehe.
Bahagia sangat la tu kan dapat berendam.
Masa ni Pak Long tumpang kereta kami balik ke Gelang Patah. Mommy Ngah dan Daddy Ngah serta Mak Yah stay sini semalam.
Ok times up boys! Lepas puas mandi manda meh la pulang ke pangkal jalan. Terus siap-siap kemas dan balik. Dua-dua terbongkang dalam kereta kepenatan.
Apa pun walau hanya mandi manda di sini kami tetap enjoy. Will come again for sure! Boleh singgah rumah MIL Mama Cu sambil Ummi cuci mata tengok pokok bunga Atok Memey hehehe.
Kalau nak baca cerita lama berkurun kami stay di sini sila klik link ni ya.. [090214 Babah’s Birthday Celebration @ Tanjung Sepang Beach Resort]
Alamat:
Lot 338, Kg Tg.Sepang,
Teluk Ramunia,
81620 Kota Tinggi, Johor.
Contact No:
+6019 – 763 9594
+6019 – 773 9594
Email:
resort@tanjungsepang.com
Tempat Percutian Menarik di Kota Tinggi >> Berhujung Minggu Di Arena Sepang Resort Kota Tinggi
wowwww setahun empat bulan ye ummi peram…kita nak peram jugak la cerita2 travel macam ni…hahahhaha