Berhujung Minggu Di Arena Sepang Resort Kota Tinggi | Sebelum gambar-gambar ni mereput baik kita publish cepat-cepat hehehe. Ini kisah sambungan weekend gateway kami selepas check out dari Jannah Homestay di Taman Desaru Utama.
Ummi saja pilih ARENA SEPANG RESORT sebab kami dah pernah stay di Tanjung Sepang Beach Resort. Itu pun last chalet yang available. Bedal jek la labu, sebab dah janji dengan anak-anak untuk spend time main pasir. Semalamnya kat Tanjung Balau tu tak dapat lama-lama sangat jadi kat sini gasak la main pasir ya korang.
DAY 1
Receptionist counter.
Kami dapat standard room Melor 7, paling tepi sekali. Rupanya kat sebelah tu ada Lotus Seaview Beach Resort & Spa anak beranak Lotus Desaru.
Harga semalam untuk standard room RM250. Deposit RM100 masa booking. Check in jam 2pm check out jam 12pm. Extend check out akan dikenakan bayaran RM10 satu jam.
Kemudahan yang ada antaranya pantry kecil, peti sejuk, meja dan kerusi, cerek elektrik, dan sejadah. Ruangnya memang lapang la.
Katil tak disediakan, kreatif diorang ni. Instead of guna katil, diorang tinggikan ruang ni untuk letakkan tilam. Macam katil batu gitu hahaha. Jimat kos kalau katil dijahanamkan dek tetamu hehehe. Pepandai je Ummi buat andaian. Keliling tu tingkap sebenarnya, tapi langsir agak singkat sikitlah.
Ruang pantry.
Dalam tandas ada disediakan water heater.
BBQ Area
BBQ area. Untuk peralatan BBQ boleh order dengan resort management. Charges applied ok hehehe. Arang BBQ RM12, Kawad BBQ RM7 dan Ais RM6. Bahan mentah sila bawa sendiri. Tapi kami tak ada bahan nak dibakar jadi mampu tengok je la dapurnya hahaha.
Harga Bilik Arena Sepang Resort
VIP Room (SEROJA) – RM350/malam, max 6 orang
Standard Room (MELOR) – RM250/malam, max 7 orang
Double Economy Room (MELATI) – RM210/malam, max 5 orang
Economy Room (MAWAR) – RM180/malam, max 4 orang
Toto & 2 Bantal – RM10/malam
Dapur & Gas Memasak – RM40/malam
Canopy (4 meja. 32 kerusi, scallop & skirting) – RM340/malam
Karaoke (8pm-12 midnight) – RM370
Volleyball – Rm10/malam
Loud-hailer – RM20/malam
Masa untuk mencecah pantai.. yeay! Masa kami kat sini memang ramai orang. Kebanyak bilik penuh. Ada yang buat family day.
Ombak kuat menyeramkan.
Tengok betapa happynya Abang Ilham tu dapat main pasir.
Sesorang pun jadi tau main air kat pantai tu. Ummi Babah lepaskan kat tepi-tepi tu je, masih dibawah pengawasan kami. Tak biar main jauh-jauh bahaya woooo.
Syamil tak nak turun, merengek nak berdukung.
Beriya nangis ok tak nak turun.
Heii geram tengok baby tua ni.
Sementara Abang main pasir Ummi Babah adik landing tepi tembok sambil layan Abang Ilham.
Lepas main pasir terjum kolam pula. Oh ya, Arena Sepang Resort ni ada kolam renang juga untuk kanak-kanak dan dewasa. Tu Babah tengah ajar Bang Bil berenang. Rumah Nabil aka adik ipar Mama Cu sejengkal je dari resort ni.
Tengok budak kecil ni, kat kolam dia ok je hehe.
Yang sorang lagi tu jangan cerita la. Memang feveret dia terjun kolam main air.
Babah le yang melayan doran sepenuhnya petang tu, Ummi malas nak basahkan baju. Sibuk-sibuk tengah mandi manda ni rupanya Tok Ayah & Nenek check in kat sebelah je, dorang stay kat Lotus Seaview hehehe.
Malamnya rezeki kami, dapat jemputan makan free kat rumah ayah mertua Mama Cu. Ya ampun menu sedap belaka. Makan bertambah-tambah tau.
Nampak tu asam pedas tu sedap gila woiii. Teras lalu kat tekak.
Semangat kami anak beranak makan ok. Thanks la untuk Safik sekeluarga sudi ajak kami makan malam lauk sedap. Lepas makan, borak-borak dan kami balik ke resort masing-masing. Ehhh.. ayat resort masing-masing tu macam ada resort sendiri je kan hahaha.
DAY 2
Pepagi Ummi ke pantai sesorang saat budak-budak belum bangun. Bergilir-gilir dengan Babah. Babah kekonon nak try mancing kat hujung pantai. Tapi dia pergi kejap je.
Ummi memang suka gila tengok langit membiru. Semacam satu ketenangan gitu.
Nampak dari laut, dah ada team baru sampai untuk family day.
Sempatlah conteng-conteng pasir.
Ehhhh snap lagi sebelum naik semula ke daratan ecehhh.
Kejut bebudak cepat-cepat, sebelum check out dah janji nak berendam lagi.
Mula-mula macam biasa Babah yang layan.
Memacam gaya acah-acah berenang dia buat hahaha.
Kat kolam berani je dia ni.
Kekonon nak ajar adik berenang, padahal dia pun terkapai-kapai lagi.
Nasib baik dua orang je, kalau ramai roboh badan Babah hahaha.
Aksi stunt dari Syamil hahaha.
Mula-mula tak nak cecah air. Eh lama-lama Ummi pun terjebak. Alang-alang dah basah kan, layankan je la. Lepas mandi kami pun bersiap-siap la nak check out. Misi seterusnya nak meronda Desaru dengan Tok Ayah, Nenek dan Mak Wee.
Korang yang nak buat family day atau nak bercuti hujung minggu dengan family boleh la kesini ya. Overall, Ummi bagi 3.5 bintang dari 5 bintang hehehe. Kemudahannya ok tapi masih perlu diperbaiki sesuai dengan harganya. Apa pu kami enjoy kat sini.
ARENA SEPANG RESORT
Website: www.arenasepangresort.com
Facebook: www.facebook.com/arenasepangresort
Contact No:
019-722 9103 / 019-7892103
sempat lagi ye umi ilham ke sini
seronok anak-anak dapat bersantai yek.
hehehe dorang mmg suka ke pantai..
Pingback: Mandi-manda Di Tanjung Sepang Beach Resort, Teluk Ramunia - herneenazir.com
Kak, homestay ni berapa dekat dgn pantai?
tak sampai 100 meter dari pantai. macam yang akak sewa ni belakang sikit la. ada lagi beberapa rumah yang dekat lagi dengan pantai.
Pingback: Weekend Gateaway at Desaru - herneenazir.com