“Me Time” di Secret Recipe AEON Bukit Indah

Anything About Me
Me Time" di Secret Recipe AEON Bukit Indah

Me Time” di Secret Recipe AEON Bukit Indah | Cerita minggu lepas hari Khamis. Anak-anak semua tak tahu balik dari office Ummi ke AEON Bukit Indah. Kalau dioran tahu konfem panjang bebel hahaha. Bukan bebel apa pun, bebel sebab Ummi tak bawa diorang sekali ekeke. Kasi can lah mak nak me time kejap. Bukan saja-saja tau ke sini sorang-sorang, Ummi ada misi penting.

Me Time" di Secret Recipe AEON Bukit Indah

Memang tengahari tak makan berat, sebab dah set kat otak nak makan sesorang tenang-tenang kat AEON. Sampai AEON dah kebingungan pulak nak makan apa dan kat mana hahaha. Sudahnya Ummi pilih Secret Recipe. Nak makan kat Kenny Roger’s Roaster dah tutup pulak. PKP tak ada untung mungkin.

Me Time" di Secret Recipe AEON Bukit Indah

Macam biasa favourite menu Ummi, Noodle in Tom Yum Kung dibilas dengan Iced Plum Lime Juice. Fuhhhhh segar rasa dapat sedut air tu.

Me Time" di Secret Recipe AEON Bukit Indah

“Me Time” di Secret Recipe AEON Bukit Indah

Zoom in. Slurppppppp. Sedap seperti selalu hahaha. Sebenarnya dalam hati tu memikirkan nak menghirup kuah D’Laksa tapi tengok ramai orang beratur, jadi malas nak ke sana. Kita hirup tomyam je. Lepas siap makan, tarik nafas jap relax-relax dan terus ke Toys”R”Us. Misi mencari hadiah diteruskan.

Biasanya masuk sini dengan anak-anak. Diorang nak mainan diorang pilih sendiri ikut suka hati. Bila kena pilih mainan untuk hadiahkan anak orang lain ni dia punya tahap buntu tu ya ampun. SIap snap gambar, rekod video bagi officemate tengok. Setuju ke idok nak pilih hadiah ni. Tahun depan tak nak volunteer pergi cari hadiah sesorang hahaha. Mak buntu! hahaha.

Akhirnya setelah tawaf berkali-kali dalam Toys”R”Us, kami bersetuju memilih Racing Driver Simulator ni sebagai hadiah buat anak boss Adam Hafiz untuk 2nd birthdaynya. Lega hati Ummi hahaha. Kotak besar gedabak ni Ummi bawa dari atas ke bawah. Sempat singgah beli Papa Roti hahaha. Senang beli lebih buat breakfast esok paginya. Demikianlah cerita “me time” Ummi. Jadilah kan walau sekejap. Bagi refresh segala emosi dan energy. Happy mom, happy family gitewwww. Love yourself!

Baca juga: Buat Teh Tarik (Pulled Milk Tea) Menggunakan Thermomix TM6

Jom follow instagram himpunan Hernee Nazir’s Arts@doodlebyherneenazir

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!