Review Jannah Homestay Taman Desaru Utama Kota Tinggi Johor | Entri ni Ummi nak review JANNAH HOMESTAY, TAMAN DESARU UTAMA, KOTA TINGGI. Tempat kami menginap 2 hari 1 malam sepanjang aktiviti DPM Netballers Family Day 2017.
Sebenarnya ini adalah kali pertama menjejakkan kaki ke Taman Desaru Utama. Usaha mencari homestay ni semua Mommy Ngah punya kerja dan alhamdulillah dapat homestay yang ok dan sangat selesa.
Kawasan corner lot yang memang sesuai untuk penyewa homestay membuat aktiviti yang dirancang. Menurut pemilik homestay ni, kebanyakan penghuni taman ni adalah pekerja-pekerja di Petronas RAPID Project, Pengerang.
Homestay ini memiliki 3 bilik tidur, 2 bilik air, penghawa dingin bagi master bedroom, kipas siling bagi bilik kedua dan ketiga, kawasan parkir kereta yang luas, kmudahan BBQ disediakan (alatan sahaja), kelengkapan dapur.
Ok jom kita masuk ke sekitar kawasan rumah.
Ruang tamu yang luas. Ada tv berserta pakej NJOI. Tapi dapat tengok kartun je la sebab The Ilhams yang kongker.
Ruang makan menempatkan meja makan dan peti sejuk.
Ruang dapur. Dapur memasak tak disediakan, cuma ada cerek elektrik dan microwave. Kami ok je sebab plan nak BBQ dan masak memasak di homestay lagi satu yang memang siap dapur memasak. Bahagia luar tu ada mesin basuh dan boleh menyidai baju. Sempat juga Ummi membasuh baju-baju kami yang berpasir tu.
Bilik utama. Tok Ayah, Nenek dan Mak Wee stay di master bedroom.
Kami empat beranak stay di bilik kedua. Tilam tambahan disediakan untuk para tetamu.
Bilik ketiga dihuni oleh Mommy Ngah dan Bella.
Tandas di dapur.
Tandas di master bedroom.
Review Jannah Homestay Taman Desaru Utama Kota Tinggi Johor
Overall memang berpuas hati la dengan homestay ni. Luas boleh menempatkan sekurang-kurangnya tiga keluarga kecil. Kawasan persekitaran yang bersih dan tersusun. Ummi recommend korang yang nak ke Kota Tinggi dan tercari-cari homestay untuk bermalam boleh la cuba di sini. Nak beli makanan pun kedai makan tak jauh dari sini. Yang pastinya harga yang ditawarkan memang berpatutan iaitu RM250 semalam.
Kemudahan berdekatan Jannah Homestay Taman Desaru Utama Kota Tinggi Johor
- Highway Senai-Desaru E22
- Poliklinik Penawar (hingga 12.00 tengah malam)
- Pasaraya SAKAN dan JIASON
Sekolah dan IPT berdekatan:
- Bersebelahan dengan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar
- Bersebelahan dengan SM Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar
- Bersebelahan dengan SMK Agama, Bandar Penawar.
- Hampir dengan Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)
- Hampir dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bandar Penawar.
- Hampir dengan Kolej Profesional Mara, Bandar Penawar.
- Hampir dengan Kolej Komuniti Bandar Penawar.
Tempat-tempat menarik berdekatan:
- Lotus Desaru Water Theme Park
- Bujang Firefly
- Desaru Fruit Farm
- Desaru Ostrich Farm Teluk Ramunia
- Pantai Batu Layar
- Pusat Peranginan & Pelancongan Desaru
- Pantai Tanjung Balau
- Muzium Nelayan Tanjung Balau
- Muzium Kota Johor Lama
Lain-lain yang berdekatan:
- Kem PLKN Desaru Gerak Khas
- PULAREK TLDM
- Ibupejabat KEJORA , Pejabat Tanah , Pejabat Pendaftaran Bandar Penawar
- Kaws. Perindustrian Bandar Penawar
Kawasan Felda dan perumahan berdekatan:
- Felda Air Tawar 4
- Felda Air Tawar 5
- Felda Semenchu
- Felda Papan Timur
- Felda Sungai Mas
- Felda Lok Heng
- Felda Adela
- Felda Tunggal
- Felda Sening
- Felda Kledang
- Bandar Penawar
- Bandar Mas
JANNAH HOMESTAY
No 84, Jln Surian 8, Taman Desaru Utama,
Kota Tinggi, JohorContact No:
Adnan 013-7399655
Nana 013-5014313
Pingback: Berhujung Minggu Di Arena Sepang Resort Kota Tinggi - herneenazir.com
Pingback: Jom Saksikan Geminids Meteor Shower ~ 14 Dec 2018 Tanjung Balau Beach - herneenazir.com
Pingback: Weekend Gateaway at Desaru - herneenazir.com