Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Cuti2
Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast | Cerita penuh dari Weekend Gateaway at Desaru. Oleh kerana Ummi nak bawa abang-abang mandi-manda di Adventure Waterpark Desaru Coast pada sebelah petang hari Jumaat, jadi Ummi dan dua orang hero ni ke sana dulu drive sendiri. Babah dan Syahid akan menyusul petangnya lepas Babah balik dari office. Thanks Mama Cu dan Uncle Cu tolong hantar Babah dan ambil kereta Ummi bawa balik hehe.

Sebelum masuk ke dalam kawasan hotel jangan lupa check-in MySejahtera, check suhu badan dan pakai hand sanitizer. Sila patuhi SOP.

Penginapan 2 Hari 1 Malam di AmanSari Hotel Desaru

Sementara menanti check-in, sempatlah posing anak beranak hehehe. Dah kenapalah Ummi ko melentok macam patah pinggang tu oiiii hahahaha.

OOTD Ummi – Mulan Basic by Haurabelle, Tudung Bawal Bidang 60 by Hijab Galeria. Ehhh sempat ehh hahaha.

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Posing dengan Cik Sun dan Aunty Ajan kejap kat lobby.

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Waiting area di lobby berhadapan dengan The Pine Cafe. Kat sinilah kami lunch, dinner dan breakfast.

Penginapan 2 Hari 1 Malam di AmanSari Hotel Desaru

Makan Tengahari di AmanSari Hotel Desaru

Alang-alang menunggu tu kami lunch dulu di The Pine Cafe. Menu yang disediakan memang menyelerakan. Paling lega sebab memenuhi citarasa hero-hero Ummi ni. Ada “ayam yellow” aka ayam masak lemak cili api. Memang tak pandang lauk lain la kalau ada lauk ni. Abang Ilham dengan muka selamba siap nak mintak cili adoiiii. Dia ingat makan kat rumah rumah dia agaknya. Lauk paling banyak kali Ummi tambah lauk daging kicap dan udang. Daging tu lembut gila weh. Tak payah nak susah payah kunyah hehe. Memang lembut sangat. Sepatah kata kawan Ummi, Ummi ni jarang cakap tak sedap haha. Kalau memang masakannya sedap ya la kita kata sedap ya tak? Kek tu alahai gebu gebas.

Lepas makan kami bersiap-siap nak mandi-manda di Adventure Waterpark Desaru Coast. Selagi tak pergi rasanya penat Ummi nak menjawab soalan diorang ni. Jawapan Ummi tu silap-silap boleh buat satu entry blog haha. Next post Ummi share aktiviti kami di Adventure Waterpark Desaru Coast.

Check-in di AmanSari Hotel Desaru

Penginapan 2 Hari 1 Malam di AmanSari Hotel Desaru

Kami menginap di Family Suite, Bilik No 1313, tingkat 13. Very the kayangan ok haha. Untuk Amansari Hotel Desaru – Adventure Waterpark Desaru Coast Package ni, korang boleh upgrade biliknya dari Superior Room ke Deluxe, Super Deluxe atau Family Suite ikut je la pilihan korang. Kosnya juga perlu ditambah la ya. Ummi anak ramai jadi Ummi upgrade ke Family Suite. Senanglah hero-hero nak berkuntau tiga beradik.

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast
Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Luas gila kan biliknya. Memang puas hati. Untuk Family Suite desediakan dengan sebuah katil saiz King dan sebuah sofa bed.

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Dalam bilik ada sebuah LCD TV. Boleh santai-santai layan movie sebelum tidur. Dah lama tak layan channel Indon hahaha. Bestnya orang Johor ni, kami dapat tengok channel TV Indonesia dan Singapura hehe.

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Ada sebuah almari yang memuatkan iron, ironing board, tuala, sejadah, hair dryer dan safety box.

Hall nya pun luas, menempatkan sebuah sofa bed dan sebuah LCD TV. Jadi kome tak lah berebut tengok TV dengan anak-anak. Ehhh rasanya macam diorang tak tengok TV pun. Memasing dah kepenatan malam tu semua tidur awal kecuali si hero paling kecil. Anak-anak korang boleh la tidur di sofa bed tu.

Ada juga mini bar fridge, cerek elektrik, kemudahan mengopi dan mengeteh serta mineral water. Nak makan ada meja makan 2 seaters. Kami ada la bekal roti, nutella untuk anak-anak yang sekejap-sekejap lapar ni haha. Lepas dinner pun Babah dah kena cukai beli jajan kat 7E.

Kemudahan bilik mandi macam biasalah, ada water heater tak lah kejung mandi kesejukan selepas kena air-cond hahaha. Bilik ni menggunakan individual air-conditioning system, dalam bilik ada satu controller dan bahagian hall ada satu controller. Jadi boleh control suhu ruang masing-masing.

Makan Malam di AmanSari Hotel Desaru

Dah puas berenang bergolek di Adventure Waterpark Desaru Coast mestilah lapar teruk kan. Jadi lepas maghrib kami turun ke The Pine Cafe untuk menikmati hidangan makan malam. Sekali lagi kami dihidangkan dengan juadah yang sedap hehe. Ada asam pedas ikan pari, bendi goreng, telur masak kicap, udang goreng butter, ayam masak halia, mushroom soup, buah-buahan dan kek sebagai pencuci mulut. Berkali-kali Abang Ilham menambah asam pedas ikan pari, memang favourite dia le tu.

Yang paling Ummi terbayang-bayang terkenang-kenang, kek pisang yang super duper fluffy tu. Nampak macam kering je kan. Masuk ke mulut kemain lembut tak sedar tertelan berkeping-keping hahaha.

Balik bilik abang-abang dah tak larat, masing-masing dah terbongkang kepenatan. Tapi sorang lagi tu entah pakai bateri apa entah. Masih segar bugar tak nak tidur.

Siap call awek Desaru lagi ha ajak dating kat tepi pantai esok hahaha. Ummi pesan kena tidur awal sebab esok nak bangun breakfast pagi-pagi nak elak orang ramai. Sekali diorang bangun pukul 5 pagi sebelum alarm Ummi berbunyi pukul 6 pagi. Ehhhh geram mak tau. Mak nak tidur lagi lah. Sudahnya pukul 6,45 pagi baru kami turun breakfast.

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Menu saparan pagi tak kurang sedapnya. Banyak juga pilihan. Yang penting anak-anak kenyang. Nasi lemak sedap, rendang ayam sedap, kue tiaw goreng sedap.

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Geng Mak Jemah of the day, Cik Sun, AJan dan Nur.

Pinggan pertama Ummi ekeke. A cup of cappucino, kue tiaw goreng, hash browns, telur mata. Next pinggan salad dan buah-buahan acah-acah makan makanan sihat gitu. Alhamdulillah kenyang anak beranak bersama geng mak jemah.

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Ummi nak pesan awal, kalau korang datang weekend sila turun breakfast seawal 6 pagi ya. Orang ramai nanti korang kena menunggu sekejap la. Tapi alhamdulillah staff kat sini handle guest dengan penuh berhemah.

Antara kemudahan yang disediakan di AmanSari Hotel Desaru

Lepas makan ronda-ronda sekitar hotel nak tengok facilities yang ada. Antara kemudahan yang disediakan di level 1 adalah surau lelaki dan perempuan, gymnasium dan grand ballroom. Terdapat juga meeting room, sky roof lounge dan open lounge.

Dah ronda-ronda naik semula bilik lepak-lepak, kemas apa yang patut. Abang Ilham dan Syahid sambung tidur sampai check out.

Pengalaman Menginap di AmanSari Hotel Desaru

Alhamdulillah anak-anak happy, Ummi Babah pun double triple happy. First time stay kat AmanSari Hotel Desaru. Memang puas hati. Duduk kat Family Suite di level 13, pepagi bangun jengah tingkap rasa macam holiday kat Cameron Highlands gitu hahaha.

Cuma bagitau awal-awal kat sini tak ada swimming pool. Anak-anak kami ok je sebab pakej ni dah include mandi-manda Adventure Waterpark Desaru Coast. Memasing excited nak berendam.

Lokasinya bukan di pinggiran pantai. Tapi kami tak kisah pun sebab dah dalam kawasan Desaru kan. Nak ke pantai 5 minit dah boleh sampai. Kedai makan, 7-Eleven dan kedai-kedai runcit pun banyak sekitar hotel. Jangan bimbang la korang takkan kelaparan hehehe.

Jalan depan sikit ada SKS City Mall. Bolehlah ronda-ronda sambil cuci mata dan poket. Dalam tu ada Mr. DIY, Sushi House, bowling centre dan macam-macam lagi. Ada juga suara-suara halus yang nak try Ummi, “Mi.. ada sushi house la.. macam best jek mall ni ek?” Ummi menganggap suara itu seperti angin yang berlalu je haha. Siap cakap nak duduk area situ sebab nak pergi mall kahkahkah. Pandai ya korang nak “try” Ummi.

Ok ni Ummi belanja dulu gambar di Adventure Waterpark Desaru Coast. Memang syok dan menjimatkan kalau korang nak mandi-manda di waterpark dan memilih untuk stay di AmanSari Hotel Desaru. Nak tambah tiket masuk waterpark pun dapat harga RM45 je dah jimat RM5 compare korang beli sendiri secara online dengan harga RM50. Parents anak ramai kena fikir part yang menjimatkan hehehe. RM5 tu dah lepas duit makan sorang anak kecil. Entry khasnya bakal menyusul nanti ya. Stay tuned tau.

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Amansari Hotel Desaru – Adventure Waterpark Desaru Coast Package

Bermula dari RM230 korang akan dapat,

Superior Room (2 pax) – bilik boleh upgrade mengikut harga yang ditetapkan.
Breakfast (2 pax)
2 Tiket masuk ke Adventure Waterpark Desaru Coast (Tiket tambahan boleh dibeli dengan harga RM45 per tiket)

Promosi sehingga 5 Disember 2021

Kalau korang nak book untuk pakej di atas boleh contact, Encik Azman. Link akt bawah tu ya:

www.wasap.my/60127039609/promoamansaribloggerherneenazir

Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

AmanSari Hotel Desaru

Alamat:
No. 127, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Phone: 07-828 020007-828 0200

www.amansarihotels.com/ahd

azman@amansarihotels.com

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

  1. Seronoknyaaaa mandi manda, lama tak pi mandi theme park..
    Tiket tengah murah tu baiklah beli kannn… sebelum sekolah bermula, boleh bawa anak-anak..

  2. best giler weh stay kat sana.Walaupun takde swimming pool, tapi nak gi mandi pantai semua dekat.Memang kawasan yang strategik la.Nak cari makan pun senang gak kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!