Travelog Muar – Makan Malam di Wak Jos Ikan Bakar & Asam Pedas Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar

Travelog Muar – Makan Malam di Wak Jos Ikan Bakar & Asam Pedas Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar | Assalamu’alaikum. Sambungan dari cerita JJCM ke Muo. Last cerita penginapan kami di Desa Keroma Eco Resort, Parit Keroma, Muar. Bila nak start cuti-cuti Malaysia ni Ummi baru tersedar dari ingatan, banyak entri jalan-jalan sebelum ni tak berupdate tak update lagi. Meh la acah-acah rajin.

Sebelum ke sini Ummi sempat survey dulu kedai mana satu yang best hehe. Kawan-kawan suggest ke gerai nombor 8 Wak Jos. So tanpa membuang masa kami terus tuju ke gerai nombor 8.

Memang ramai gila orang. Maklumlah weekend.

Akhirnya jumpa gerai nombor 8 Wak Jos Ikan Bakar dan Asam Pedas. Terletak dihujung bangunan.

Pilih jangan tak pilih. Untuk seafood, kami pilih ikan siakap bakar, udang dan sotong goreng tepung.

Sementara Babah mengorder makanan, Ummi chup tempat duduk dengan Syahid hehe.

Ummi Babah minum teh o ais limau, Abang Ilham macam biasa air sirap dan Abang Syamil ais kosong.

Lauk pauk yang diorder dah sampai yeay! Telur dadar dan kailan ikan masin. Memang menu biasa yang kami order.

Udang Goreng Tepung dan Sotong Goreng Tepung.. dua-dua pun sedap! angup tepungnya. Udang tu boleh tahan besar.

Ikan Siakap Bakar.. perghhh sedapnya sambalnya.. lagi-lagi bila dah perah limau. Mantap! Besar ikannya jenuh juga nak habiskan.

Otak-otak yang memang mesti order hahaha. Ehhh mesti makan.. favourite abang-abang.

Sebelum makan kita wefie satu kali. Syahid macam biasa buat hal dia. Lepas tu apa lagi kami pun menjamu selera lah. Sedap uols. Memang tak rugi la ikut kata kawan Ummi ekeke. Harga pun berpatutan sangat. Ada juga kata gerai no. 2 sedap. Next time lah kita cuba kat situ pulak.

Sebelum balik kita bergambar dulu di menara Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar .

My super heroes..

Hati teringin nak naik menara atas tu, tapi dah kekenyangan batalkan je lah niat tu.

Korang kalau jalan-jalan ke Muar jangan lupa singgah menjamu selera di Medan Ikan Bakar Sabak Awor tau. Dijamin sedap!

Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar

Alamat: Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar, Johor

Waktu Perniagaan: 5 petang – 12 malam

Dibuka setiap hari.

https://herneenazir.com/2019/09/18/travelog-muar-itinerary-2-hari-1-malam

Travelog Muar – Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam Ke Muar

 2,733 total views,  6 views today

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!