B5 Johor Street Market Daya Tarikan Terbaru Pelancong Ke Negeri Johor

B5 Johor Street Market Tarikan Terbaru Pelancong Ke Negeri Johor | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah Ummi berkesempatan meronda ke satu lagi pusat tumpuan dan daya tarikan terbaru pelancong ke negeri Johor sempena Tahun Melawat Johor 2020 (Visit Johor 2020). Dulu masa kecil arwah emak selalu juga bawa ke area Batu Lima ni hehe. Banyak kedai best-best tau. Sekarang dah berubah rupa semakin hipster hehe.

B5 Johor Street Market dibangunkan oleh Johor Corporation dibawah kelolaan Johor Land Berhad (JLand) & Damansara Asset Sdn Bhd (DASB) dengan keluasan 5.9 ekar, keluasan lantai kasar (GFA) 101,181 kaki persegi dan keluasan lantai bersih (NLA) 56,475 kaki persegi menjadikan ianya sebagai Pusat Komersil Pelancongan Setempat (Centralised Retail Tourism Center).

B5 Johor Street Market diinspirasikan dari Queen Victoria Market yang bakal menjadi lokasi ikonik bagi pelancong dalam dan luar negara. Reka bentuk dan suasana keseluruhannya adalah berdasarkan ciri warisan dan keindahan Johor yang akan membawa anda kembali ke Johor Lama. Serius memang cantik dan menarik sangat konsep yang telah diketengahkan. Memang cukup santai.

Antara instagramable spot yang terdapat di B5 Johor Street Market. Actually banyak la area yang korang boleh posing cun-cun hehe.

Haaaa ni bakul B5 Makcik Senah nak shopping hehehe. Acah je.

Info menarik tentang Negeri Johor yang boleh dibaca oleh para pengunjung.

Terbahagi kepada 5 bahagian utama:

Ada 219 kedai (Penyewa Utama 1, Retail Shop 45, Kiosk 44, Push Cart 13, Food Court 6, Warung Tarik 6, Bazaar – Siang 47, Bazaar – Malam 47)

Pasaraya D’Market by Kapitan Grocer adalah penyewa utama dengan keluasan tapak sewaan 14.47 kaki persegi.

Kedai Buah-buahan Pure Fruit & Kedai Perabut Jati.

Penyewa kekal dan berkala. Terdapat Bazaar siang dan juga malam setiap hari dengan penjual yang berbeza.

Antara yang telah beroperasi seperti Butik Dang Suria, Butik Faziela Cottom House, Butik Qisamni, Butik Guhfran, Butik Koleksi Kem, Butik Cosmetics Addict, Alesya Secret Beauty, Urutan Tradisional Tunas Wellness, Kedai Buah-buahan Pure Fruit, Kedai Perabot Jati.

Mempamerkan kesenian dan kebudaayan negeri Johor termasuklah kraftangan, demonstrasi dan gerai cenderahati. Jadual pameran dan persembahan kebudayaan yang telah disusunkan setiap hari khas buat para pengunjung.

Pentas utama untuk persembahan kebudayaan dan lain-lain.

Jadual Persembahan Kebudayaan yang telah disusun setiap hari khas buat pelancong dan pengunjung. Terdapat juga clown, face painting dan persembahan buskers.

Jadual Pameran sepanjang tahun. Ada pelbagai aktiviti tau. Memang best. Ada hands on activities. Demonstrasi membuat kraftangan, kompang, wayang kulit dan banyak lagi. Banyak lagi aktiviti yang bakal dirancang musim sepanjang cuti sekolah. Nanti Ummi nak bawa The Ilhams sekali.

Mengimbau kembali permainan tradisional zaman kanak-kanak. Boleh la main ting-ting dan galah panjang kat sini ya.

Berkonsepkan konsep terkini iaitu kontena. Memang nampak menarik dengan tatahias yang “hipster”.

Antara peniaga yang bakal memulakan operasi perniagaan di sini seperti Butik Wahdini, Cendol Kampung Hulu, Firebarber & Hijab Salon.

Juadah dan makanan popular dari Malaysia dan semestinya dari negeri Johor.

Antara peniaga yang bakal memulakan operasi perniagaan di sini seperti Kacang Pool Cupchai, Murtabak Hj. Suffi, Nasi Lemak & Such, JDM Salai House, Drinks Nur Cafeteria, JBorn Cafe & Bistro, HS Takoyaki, Abah Beriyani, Dum Dum (Thai Tea).

Aneka makanan jualan yang memikat selera “food hunter”

Antara kemudahan yang terdapat di B5 Johor Street Market:

Penunjuk arah.

Tempat Pemulangan Dulang

Tempat Cuci Tangan

Meja dan kerusi makan serta bangku-bangku di sekitar box park dan main stage.

Tandas Lelaki, Tandas Perempuan & Bilik Persalinan Bayi.

Surau Lelaki & Surau Perempuan

Terdapat 363 tempat letak kereta (Kereta Orang Awam 220, OKU 5, Motorsikal 50, Bas 3)

B5 Johor Street Market mensasarkan untuk menarik lebih ramai lagi pengusaha produk pelancongan tempatan, penggiat seni, golongan muda dan pengusaha makanan untuk bergabung di bawah satu bumbung bagi menjalankan aktiviti perniagaan, memasarkan hasil kraftangan, berkarya, mempamerkan bakat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tarikan pelancong.

One for the memory.. Ummi Ilhams bersama Geng JDT Blogger dan Admin Visit Johor.. dari kiri Sunah Sakura, Sheeda Visit Johor, Lisa Visit Johor, Sis Lin dan Ajan. Ok uolls, selamat meronda B5 Johor Street Market!

Korang boleh refer gambar-gambar Ummi sepanjang berada di B5 Johor Street Market di facebook page Ummi ya. LIKE & SHARE dengan keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga ok.

Facebook: B5 Johor Street Market
Instagram: @b5johorstreetmarket

Untuk info lanjut, boleh hubungi:

Encik Mohd Saffian | 012-7804882 
07-244 1271 atau 019-9393244 (Sewa tapak niaga)

141 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
About Hernee Nazir 4845 Articles
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*