Travelog Muar – Jalan-jalan ke Tanjung Emas

Travelog Muar – Jalan-jalan ke Tanjung Emas | Assalamu’alaikum. Lepas je kami makan malam di Wak Jos Ikan Bakar & Asam Pedas, Medan Ikan Bakar Sabak Awor, kami terus ke Tanjung Emas. Saja nak ambil angin malam kononnya. Sampai-sampai memang orang ramai gila. Babah dah macam malas nak turun. Sudahnya Ummi dan abang-abang je yang turun. Babah dan Syahid tunggu dalam kereta je sebab Syahid dah tidur. Dah lewat malam kesian nak bawa dia turun.

Tanjung Emas Daya Tarikan Pengunjung Ke Muar

Tanjung Emas adalah salah satu daya tarikan pengunjung ke Muar, di mana ia adalah taman rekreasi yang terletak di muara Sungai Muar. Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar ni tau. Tapi kami tak berkesempatan nak naik Muar River Cruise. Insha Allah next time kita jalan-jalan naik bot.

Abang Ilham dan Abang Syamil posing di Dataran Tanjung Emas.

Meriah rupa kat sini bila malam. Banyak kawasan yang dihias cantik. Instagramable gitewww. Pokok-pokok dihias dengan lampu-lampu cantik memang meriah.

Redho je abang-abang kena kerah bergambar kan. Tapi diorang yang nak pun bergambar kat ranting pokok ni. Kita acting like tourist la bila sampai Muar haha. Padahal arwah Tok Mok (nenek Ummi) memang asalnya orang Muar. Tok Ayah diorang ni pun sekolah kat Muar hehehe.

Posing bawah lover berlampu gitu hehehe.

Akhirnya dapat juga bergambar penuh kat sini. Mula-mula ramai orang, tu yang Ummi suruh diorang landing kat “love” tu hehehe. Ini full gambar “I LOVE MUAR” ada gambar Sultan Johor lagi kat love tu hehehe.Lepas pusing-pusing kejap, kami terus balik ke Desa Keroma Eco Resort merehatkan diri sebelum memulakan aktiviti esok.

Lokasi Tanjung Emas, Muar Johor.

Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor.

p/s Sempena Tahun Melawat Johor 2020/ Visit Johor 2020.. silalah berkunjung ke Muar Bandar Maharani ni ya.. banyak makanan best tau! hehehe. Jangan lupa singgah Tanjung Emas ok!

 670 total views,  4 views today

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!