Travelog Muar – Penginapan 2 Hari 1 Malam di Desa Keroma Eco Resort Parit Keroma Muar

Travelog Muar – Penginapan 2 Hari 1 Malam di Desa Keroma Eco Resort Parit Keroma Muar | Assalamu’alaikum. Baru nak panas enjin cerita pasal jalan-jalan ke Muar hehe. Itu pun sebab ada alarm kejutkan hahaha. As mentioned in my previous entry, Ummi buat reservation last minute. Mula-mula plan nak stay di PPT Muar Container Hotel, tapi bila check tak ada swimming pool hehehe. Jadi terus Ummi dapatkan bantuan sepupu Ummi orang Muo dan beliau suggestkan untuk stay di Desa Keroma Eco Resort Parit Keroma Muar. Berdezup Ummi search kat facebook. Bila dah dapat contact number teruslah cuba nasib. Alhamdulillah dapat reserved Rumah Chempaka. Yeay!

Alhamdulillah kami sampai di Desa Keroma Eco Resort Parit Keroma Muar lebih kuang jam 4.30pm. Register dulu, ambi kunci dan check in.

Suka sangat tengok pintu gerbang ni. Nampak berseni kan. Babah kata malam kami stay tu memang tak ada orang lain yang check in. So Desa Keroma Eco Resort kami yang punya hahaha. Acah je.

Masuk ke kawasan resort dah dapat rasa ketenangannya. Kalau korang yang sejenis sukakan kedamaian, sukakan kehijauan, memang sesuai la stay kat sini. Jauh dari hiruk pikuk bandar tu. Dengar bunyi unggas je sebab kawasan ni terletak berhampiran dengan pokok bakau.

Kawasan ni boleh juga dijadikan tempat beraktiviti. Tak tahu nak sebut apa ruang ni hahaha. Pak guard ada duk jaga kawasan ni dan buat rondaan.

Siap ada buai lagi.

BBQ area dan ada satu pondok dan sampan yang memang cantik. Boleh juga buat tempat posing hahaha. OOTD post!

Nahhhh close-up hahaha.

Untuk pengetahuan korang, Desa Keroma Eco Resort ada 7 jenis bilik penginapan yang berkonsepkan tradisional.

  • House of Bangau
  • Family Room – Orkid, Melur, Teratai
  • House of Kenanga
  • House of Kesidang
  • House of Chempaka
  • House of Seroja
  • Dorm of Mentari

HOUSE OF BANGAU/ RUMAH BANGAU

House of Bangau ni memang cantik sangat. Besar pulak tu. Kalau datang ramai-ramai dalam 2 hingga family ok kot untuk stay sebumbung.

Ada mini stage. Sesuai kalau buat family day ke apa kan.

Ada basikal juga untuk ronda-ronda keliling resort.

This is one of the favourite spot. Ummi suka sangat! Cantik ek kalau buat kat rumah macam ni. Haiiii Babah.. buatkan dinding macam ni pelissss.. wink..wink.. ok jangan berangan sangat.. jom tengok rumah-rumah lain pulak.

DORM OF MENTARI & FAMILY ROOM – ORKID, MELUR & TERATAI

Ini Dorm of Mentari dan sebelahnya tu Family Room – Orkid, Melur, Teratai. Lokasinya di seberang jalan menghadap resort utama. Dorm tu sesuai untuk program dengan pelajar-pelajar kan.

HOUSE OF KENANGA/ RUMAH KENANGA

House of Kenanga.. mula-mula Ummi pilih yang ni. Tapi owner suggestkan untuk lebih selesa ambil House of Chempaka. Suka benor tengok designnya tu.

HOUSE OF SEROJA/ RUMAH SEROJA

HOUSE OF KESIDANG/ RUMAH KESIDANG

HOUSE OF CHEMPAKA/ RUMAH CHEMPAKA

Ok inilah Rumah Chempaka kami untuk semalaman di sini.

Ada 1 queen bed. Ummi terlupa bawa toto nasiblah rumah Pak Long dekat jadi Mai sepupu Ummi pinjamkan toto untuk abang-abang tidur di bawah.

Luas juga ruangnya. Selesalah untuk kami lima beranak. Ada iron, iron board, kettle, lampu tidur dan penyangkut baju. Kat sini tak ada televisyen tau. Sesiaplah psycho anak-anak kalau nak ke sini hehehe. Alasan terbaik Ummi Babah bagi kita ke sini sebab nak berehat. So tak payah tengok TV hehehe. Malam tu Ummi belanja la kejap tengok youtube bersama Ummi.

Toilet siap dengan water heater.

Room Amenities price list.

Plan asal dalam itinerary, nak ke Don Hu Jurrasic Park Garden. Tapi memandangkan check-in ah lewat sikit, masa agak suntuk. Babah kata bawa diorang mandi swimming pool je. Esok baru tengok dinosaur hehe. Diorang tu on je. Besar juga swimming pool nya tu dan tak terlalu dalam sesuai la untuk anak-anak dibawah kawalan ibu ayah.

One of the reason nak stay kat sini sebab ada swimming pool. Ini memang daya penarik utama The Ilhams hehehe. Kemain enjoy memasing. Lagi-lagi bila Aisy adik beradik pun join sekolam hehehe.

Asik Syahid mampu tengok je.. sambil-sambil fefeeling like a boss kat kerusi tu kan hehehehe. Excited dia tengok abang-abang berenang dengan Babah. Masa ni pipi memang tengah merah macam pakai blusher hehehe.

One fine day nanti adik boleh join diorang swimming ya. Buat masa ni Ummi tak berani lagi.

Peraturan penggunaan kolam renang Desa Keroma Eco Resort.

Sebelum senja melabuhkan tirai, marilah kita masuk ke dalam rumah ya anak-anak. Lepas maghrib kita nak keluar jalan-jalan cari makan di Sabak Awor. Lepas makan ronda-ronda Tanjung Emas then balik resort. Tak ada aktiviti apa pun. Borak-borak anak beranak, tengok youtube dan tidur. Paginya Babah je sempat ronda-ronda resort naik basikal hehehe.

Ni gambar tengahari esoknya.. lepas balik dari Don Hu Jurrasic Park Garden. Dah panas berlengas, diorang request nak terjun kolam lagi. Layankan aje. Ummi bagi masa setengah jam lepas tu dah nak kemas untuk check out. Ehhhh Ummi tak boleh tahan tengok diorang berendam. Sudahnya, Ummi suruh Babah jaga Syahid, dan Ummi pun terjun kolam sekali. Buat jamah-jamah kata orang. Nak tunggu next visit tak tahu bila kan hehehe. Yeay! Gedegushhhhhh.. Ummi masuk kolam hahaha.

Ok saya dah ready for the next destination. Nak check out dah.

Sebelum check-out meh la kita bergambar kenangan di Rumah Kenanga. Abang-abang tak join dorang dah masuk kereta. Maklumlah abang yang sorang yang lahir kat Korea dimusim salji tu mana boleh kena panas seminit pun hahahaha.

Ehhh kasi can lah Babah posing sesorang. Gambar senget sebab Ummi snap sambil dukung Syahid. Alasan seorang ibu acah-acah mithali kehkehkeh.

Babai Desa Keroma Eco Resort. Insha Allah panjang umur jumpa lagi. Beriya suruh Babah stop kejap. Sanggup tu turun kereta berpanas nak selfie kat sini hahaha. Mak kau memang gini perangai dia.

Overall, puas hati la stay sini aman damai. Cuma kami je yang stay kan jadi memang tak ada spesifik aktiviti la. Ummi pesan awal-awal ya.. NO TV.. memang family time la. Sila buat aktiviti sendiri bersama anak-anak ya hehehe.

Harga bilik di Desa Keroma Eco Resort boleh rujuk gambar di atas ni ya. Kami stay di Rumah Chempaka di hujung minggu. So kami bayar RM190.

Pakej Sewaan Dewan Perkahwinan di Desa Keroma Eco Resort. Nak buat majlis kahwin kat sini pun boleh ya.

Pakej Family Day (2 hari 1 malam/ 1 hari/ separuh hari) di Desa Keroma Eco Resort. Yang ni macam syok kan? Siap ada aktiviti permainan tradisional, tele match.. syokkk wooo. Untuk budak-budak sekolah ada sesi meredah hutan bakau tau. Best tu. Oklah, kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh contact nombor kat bawah tu ya. Atau apa kata korang check-in kat sini terus hehehe. Rasailah dan nikmatilah kedamaian berada di Desa Keroma Eco Resort.

DESA KEROMA ECO RESORT

Alamat:
Jalan Junid, Parit Keroma Laut, 84000 Muar, Johor

No. Telefon:

Eddy Hafifi | 012-9962926
Siti Sarah | 017-2864584
Husna Inani | 010- 8237825
Arfan Sahib | 016-8197454

Facebook: https://www.facebook.com/keromaecoresort/

 1,559 total views,  6 views today

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!