Mochi Durian Wall’s Memang Sedap!

Favourites Foods Review

Mochi Durian Wall’s Memang Sedap! | Assalamu’alaikum. Terjebak! Tengok kekawan duk share makan Mochi Durian Wall’s ni ehhhh.. terus suruh Babah belikan. Ya ampun sedap! Tekak Ummi la hehehe.. tekak korang mana Ummi tahu. Kalau memang peminat mochi dan durian mesti suka kan Mochi Durian Wall’s ni.

Kalau nak try silalah cari di 7-Eleven berdekatan.. RM3 je sebungkus..

Ummi nak 1 je buat jamah gitu. Sekali Babah belikan 4 hehe. Acah-acah terperanjat la konon. Ehhh dalam diam dia sabotaj Ummi eh ? hehehe. Apa pun TQ Babah! Nanti belikan lagi.

Nahhh.. 100% durian asli. Memang paste durian tu tau. tanpa campuran bahan-bahan lain.

Ini saiz sebenar mochi durian Wall’s. Comel je. Sama macam mochi omnomnom yang Ummi pernah makan dulu. Ummi nasihatkan korang biar seketika mochi ni kat suhu luar, then baru menikmatinya. Sebab kalau keras kejung tak syok nak makan hehehe.

Nampak tu isi duriannya. Sedap sampai terpejam mata hehe. Nasib anak-anak tak layan mochi durian wall’s ni, jadi Ummi dapat menikmati sorang. Oppssss.. lupa pulak Babah suka juga hehe. Oleh kerana syok sangat makan mochi durian Wall’s, ambil bahagian dapat batuk ni ha sampai sekarang belum pulih hahaha.

Oklah, kalau korang tanya Ummi recommend ke tak makan mochi durian Wall’s ni, Ummi cakap memang recommended! Mommy Ngah cari kat serata 7E Gelang Patah ni banyak dah sold out hahaha. Penangan viral gamaknya. Hari tu Momm Ngah beli yang dalam kotak punya. Sekotak ada 4 ketul mochi durian Wall’s. Nanti kalau jumpa konfem Ummi grab 2 3 kotak ehhhhhh.. Till then, babai!

Loading

Related Posts

10 thoughts on “Mochi Durian Wall’s Memang Sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!