The Ilhams Serang Sushi King Bonanza

The Ilhams Serang Sushi King Bonanza | Assalamu’alaikum. Cerita Sushi King Bonanza minggu lepas. Bila dah diberitahu, haruslah dua orang budak kemaruk sushi tu tuntut habis-habisan dengan Ummi. Jadi Ummi pun bawa la diorang makan sushi on second last day. Oleh kerana Babah kena masuk kerja malam beberapa hari, jadi kita guna khidmat Mama Cu dan Uncle Cu. Lepas maghrib berdezup kami ke Sushi King, Puteri Harbour.

IMG_20190710_195821

Macam biasa enjoy 45 varieties of sushi.

IMG_20190710_200221

Sebenarnya Abang Ilham tak puas hati tak dapat duduk kat meja yang ada sushi on the kaiten hehehe. Tapi bila dah pujuk dia ok je. 

IMG_20190710_200050

Semangat ok dia makan Tsubukko.

IMG_20190710_200203

Mama Cu tu baru je nak try sushi. Sedap kata dia haha. Sebelum ni tak lalu nak makan. Uncle Cu ok je.

IMG_20190710_201422

Nampak tu meja kami hahaha. Ummi makan sambil pangku Syahid yang tidur. Nasiblah tak termasuk sushi jatuh dalam mulut Syahid hahaha.

IMG_20190710_203708

Total of 31 plates. Siapalah yang makan ni ekekeke.

IMG_20190710_203932

Ada contest sempena Sushi King Bonanza, “Rewarding Smiles Contest”. Hadiahnya Smile Points.

IMG_20190710_202703_1

Kekononnya Ummi nak send gambar ni untuk contest. Dah scan QR code bagai, tapi frame sushi tu tak muncul pulak. Sudahnya Ummi tak perasan Ummi share gambar ni kat FB story dan post di timeline. Dahhh kena bahan pulak hahaha.

IMG_20190710_204618

Lepas makan, merayau tepi-tepi Marina Walk, Puteri Harbour tu. Uncle Cu layan The Ilhams main tikam-tikam hahaha. Hajat hati nak dapat patung spiderman tak kesampaian hahaha. Tak tunggu lama, meh la kita balik nak oi. Esok sekolah. Esok kerja 🙂

169 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4650

2 thoughts on “The Ilhams Serang Sushi King Bonanza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!