Geng Jumaat Masih Wujud.. Lunch di Sushi King AEON Bukit Indah | Macam dah lama tak update pasal Geng Jumaat kan. Maklumlah Geng Jumaat tinggal tiga orang je. Most of the time lunch dengan Kak Leen je, Noni ikut availability beliau lah. Jumaat lepas, Ummi keseorangan tekak pula menjerit-jerit nak makan sushi. Apa lagi pepagi dah gegar Noni. Kami keluar lunch lewat setengah jam sebab Ummi lambat turun dari tug boat. Sampai-sampai teruslah menikmati sushi idaman hahaha.
Macam tak banyak pilihan pulak hari tu. Tapi kami makan je la apa yang sedap ditekak. Ummi pun sebenarnya dah kekenyangan makan sup ekor atas tug boat hahaha. Tapi nak juga lepak-lepak santai dengan Noni waktu rehat. Scallops tu sedap gila. Huwaaaa.. craving scallops!
Macam pelik je plates kami tu tak banyak macam selalu hehe. Kalau berempat mahu tinggi menara berkembar bagai hehehe.
Sebenar sekarang ni sedang berlangsung Sushi King Bonanza RM3 (2 – 5 November 2020). Tapi weekdays tak sempatlah nak berbonanza hehehe. Duduk diam-diam je lah. Janji dah lepas craving hahaha.
Sebelum balik office sempat tapau blue berry cheese tart SDS dan bekalan sushi AEON untuk anakanda tersayang ekeke. Ummi rasa tak sampai hati pulak makan sushi sesorang jadi belanjalah diorang sushi AEON. Itulah ceritanya. Balik rumah ingatkan makan sushi je dah kenyang. Ehhh dia request makan nasi juga. Maka gigihlah masak ayam yellow. Sekian.
Jom subscribe YouTube channel Ummi >> Hernee Nazir Channel
umi dan sushi memang tak boleh nak dipisahkan..hehehe..
well you know me..
Bestny makan sushi. Lama tak makan
Bestny makan sushi. Lama tak makan ☺️ Take care and stay safe sis