Bukan Rezeki Kami Ke Langkawi

Bukan Rezeki Kami Ke Langkawi | Assalamu’alaikum. Kalau ikut perancangan setahun lepas, memang hari ni last day kami di Langkawi. Tapi kita manusia hanya merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT.

Macam yang pernah Ummi ceritakan, tabung travel kami biasanya kami buat setahun sekali. Ummi akan rancang family holiday kemudian Ummi dan Babah akan menabung RM100 seorang setiap bulan sehingga genap tarikh holiday.

Untuk tahun lepas, sebelum holiday ke Sabah Ummi dah siap-siap beli tiket masa promosi AirAsia ke Langkawi tahun 2019. Masa tu belum tahu Allah nak bagi Ummi Babah rezeki sorang lagi hero ni hehe. Jadi Ummi beli tiket untuk kami berempat.

Bila adik Syahid lahir dan dengan keadaannya sekarang ni, Ummi dan Babah decided untuk cancel holiday tahun ni. Tak sampai hati pula Ummi nak berjimba. Memanglah boleh je tambah tiket. Tapi Ummi fikir nanti dulu lah. Tunggu Syahid besar sikir dan segala urusan dia selesai. Tak lari Langkawi dikejar hehe.

Jadi bila AirAsia bagi flight reminder Ummi pandang sepi jek lah. Dari awal nak call memang tak tercall pulak. Tak apalah kira burn jek lah kos tiket tu hehehe. Kira sedekah jek la pada AA. Holiday 2019 will be postponed next.. next.. next year maybe hehe. Kalau nak holiday pun kita pergi yang dekat-dekat jek lah dulu ya anak-anak. Kita utamakan Ilham Syahid dulu. Ok, till then, bye!

84 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Bukan Rezeki Kami Ke Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *