sempena cuti 4 hari, dan memandangkan dah berjota kali abang ilham ulang ayat yang sama.. “saya nak pergi thomas” jadi hari sabtu lepas ummi bertemankan adik syamil, mama cu dan ulis sekeluarga dari tanjung balai karimun bawalah dia bersiar2 sambil bermain2 di little big club dan hello kitty town. nak sangat naik train thomas tu, banyak sangat tengok tv thomas & friends lah abang ilham ni.
kebetulan babah dapat 2 voucher 30% OFF for 2 park pass. dapatlah diskaun sikit. mana babah? babah ada job wedding photoshoot di batu pahat.
sampai2 teruslah naik train. punyalah happy dia kan. ceria je. tak sempat nak snap gambar masa atas train hehe.
next.
mama cu je lah layan ilham naik wind mill. ummi layan adik syamil.
kak tita dan ummi anda.
babywearing made easy! senang hati ummi bila syamil tidur. kan main nyenyak lagi dia. sebelum tu ngempeng puas2 bagi kenyang.
dia kata nak bergambar dengan thomas. tapi mata kelain pulak.
turun bawah tup2 show hello kitty dah nak start. cepat2 suruh ilham duduk.
haaaa ternganga tengok hello kitty.
ummi suruh salam tak nak pulak. takut kata dia. padahak dah berkali2 datang.
masuk ke rumah hello kitty.
kita berwefie 3 beranak. tapi adik tetap tidur. thanks ring sling kesayangan yang memudahkan urusan saya sepanjang di sini 🙂
next.
menanti turn untuk menyelamatkan kitty dan daniel. malas nak snap semua sebab dah snap masa first time datang dulu. ni kami dah kepenatan, tunggu turn sambil duduk kat lantai. tita dah boring je tu. lepas ke sini kami ke wishful studio buat jeweleries dan lepas tu cookies. time ni ummi dan adik syamil dah ke surau.
lepas puas meronda dalam tu, kami pun bergegas balik dan terus ke tanjung nelayan, pendas nak tengok Pesta Sukan Laut Dun Nusajaya sempena Kemahkotaan Sultan Johor di Jeti Pendas Laut.
tak banyak gerai yang buka. banyak dah tutup. jadi kami layan ilham dan tita main giant bubbles jek la. dari tadi berkehendak sangat main bubbles sambil hirup udara petang yang membahang sikit. ingat tahun lepas kami bukak booth jualan Ilham Mommy & Baby Shop kat sini. tahun ni tak dan lah nak join.
main bubbles sambil dengki kak tita. geram jek kan.
puas hati le tu.
ni budak tua yang tolong layan ilham dan tita. sebenarnya ummi join juga main bubbles ni disebalik tabir. hehehe. syok pula melayan big bubbles hehe. punyalah jakun. ingatkan batang aluminium tu kita bayar sekali. lepas main boleh bawa balik. rupanya tak ek. hehehe. nak bukak bisnes bubbles la macam ni ngeh3.
lepas main2 menyendol durian sekejap lepas tu kami balik. tapau burger daging untuk ilham sebab time makan tadi dia syok tidur. sampai rumah mandi manda terbongkang kepenatan. itulah cerita hari sabtu kami. walau bukan sehari suntuk tapi penat dia ya ampunnnnn.
Pingback: Pengumuman Rasmi Penutupan Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town Puteri Harbour.. Sayonara! – herneenazir.com