cuti 4 hari yang dinantikan dah pun tamat.
sebelum cuti memang macam2 plan dalam otak ni nak masak itu nak masak ini.
sudahnya ada je yang tak mampu nak buat atas sebab2 tertentu. ecehhhhhhhhhhhh.
hari sabtu, kebetulan ada tetamu di rumah, tengahari lepas lunch berusaha menguli roti. kali ni bereksperimen dengan roti sarang lebah, roti sausage dan roti cheese gula. buat adunan 500gm.
hasilnya.
dapatlah banyak ni. cukuplah buat minum petang dah sarapan sikit.
roti sausage yang atas tu main bedal jek sausage terponggok. lepas tu picitkan sos cili dan mayonis. yang bawah sausage bun pintal tapi macam tak berapa kemas pintalannya. jadilah 1st time. lagi pun buat makan sendiri je. kalau berjual haruslah buat molek2 hehehe.
roti cheese gula. makan satu tak cukup nak lagi nak lagi. hehehe. tapi macam biasalah ilham makan buang cheese nya. da nak roti white je.
roti sarang lebah yang rentung sikit hehehe. syamil ngek2 ummi pun bergegas naik atas. sampai lupa roti dalam oven dan tak sempat nak pusing2kan loyang bagi masak sekata.
ni sos butterscotch saya ikut resepi di blog azlita masa manis. terlupa nak snap gambar roti sarang lebah dah disimbah sos butterscotch hehe. next time lah ye. ummi ilham tengah kemaruk meroti ni. kalau boleh hari2 nak meroti. ekeke.
sabtu, pergi bawa ilham ke little big club dan hello kitty. jadi cuti masak2.
ahad, masak untuk makan tengahari dan malam je. menu asam pedas sardin dan ayam goreng. tak ada projek2 masak2 lain. kepenatan semalam tak habis katanya :p
isnin, semalam.. dalam otak nak buat memacam. end up sempat buat dua jenis makanan je. ilham syamil tak nak berlepas.
buah mangga opah bagi hari khamis. ada sepuluh biji. 7 biji buat jeruk 3 biji nak peram sampai masak ranum. terkial2 buat kerja mengupas kulit mangga ni laju2 takut lambat2 bangun pulak adik syamil.
nahhh.. siap sudah jeruk asam boi. asam boi mami ngah bawa balik hari tu. sebelah kanan untuk tuan rumah. sebelah kiri untuk tikus2 makmal kat office :p
next, tak lain tak bukan.. cheesekut..
dapat buat dua bekas. satu untuk back up foods kat rumah hehe. 1 bekas lagi bawa ke office.
buat minum petang eceeehhh. memang bertambah2 la lelemak ummi. adik syamil tolong sedt lebih2 ye.
untuk makan tengahari dan malam, masak simple jek abang ilham request ayam yellow, tambahan sayur bak choy goreng sos tiram. dah settle.
malam konon2nya nak buat roti atau no bake oreo cheese cake.
tapi adik syamil tak bagi kerjasama. tidurkan syamil dengan ummi sekali hanyut belayar hehe.
next entry saya share resepi ye.