Selamat Pengantin Baru Harlina & Pasangan Serta Khairul Bariah & Pasangan

#ummiilhambffwedding eceehhhhh tetiba nak berhashtag bagai.
actually dua2 punya majlis hari yang sama.
sorang ex-housemate UiTM.. ex-housemate rumah abang mat..
sorang lagi kawan baik depan rumah..

oleh kerana babah ilham photographer untuk wedding kawan baik depan rumah, maka tak dapatlah nak datang majlis Lyn kat Benut hari yang sama. lagi pun ummi ilham nak merewang kat rumah bariah aka kak ros kata ilham. jadi jumaat pagi kami bergegas ke Benut. dapat jumpa pengantin sekejap pun jadilah kan.

IMG-20150508-WA0008

haaaaa paksa pengantin bergambar walaupun dia tak nak. hehehe.

IMG-20150508-WA0010

wefie berdua. lama tak jumpalah katakan. kalau boleh nak borak panjang. apakan daya masa tak mengizinkan. kami kena berundur dengan doa dan harapan majlis Lyn pada hari Sabtu berjalan lancar. btw, tempe goreng yang pengantin hidangkan sangat sodap. hehehe. kuih tart nenas dalam beg souvenir pun sedap sangat. hehe.

next, wedding kak ros hehehe.

IMG-20150510-WA0010

gambar dekat pelamin pada henpon siapa entah mami ngah ke mama cu. ummi tak sempat nak pegang henpon kang anak kemana mak kemana. gambar ni pun dari henpon nenek. beriya syamil senyum kan. ummi tukar tudung kali kedua sebab dah mandi muntah. kat kamera babah tak pasti ada tak gambar kat pelamin dengan pengantin. cantik kak ros. ilham malu2 nak cakap kak ros cantik.

alhamdulillah, dah jadi isteri orang dah kawan2 baik saya. semoga jodoh berpanjangan hingga ke jannah. semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

malam ilham membebel,
“sukanya saya kak ros kawin kan ummi”

sekejap lagi membebel lagi..
”aduhhh penatnya saya pergi nanten kak ros”

hoiii abang.. awak bukan buat apa pun beriya sangat nak penat. cesss.
padahal dia duk berkurung dalam rumah tengok tv main puzzle. keluar pun sekejap2 jek. beriya kata penat. macam dia yang rewang potong bawang hahaha.

ok next siapa2 nak buat kenduri kahwin sila jemput kami anak beranak ye. sebabnya ilham suka gila pergi rumah nanten. weekdays pun ajak ummi pergi rumah nanten nak ikut babah ambil gambar kata dia ekeke.

nanti sambung lagi cerita pasal abang ilham.
okbai!

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *