Legoland 5th Brick-Versary Rasai Dan Alaminya Sendiri Dari 21 Ogos–30 September 2017!

Quality Time With Ilham

20170909_145944.jpg

Hai korang mesti korang dah nampak Ummi update 2 3 entri pasal Legoland 5th Brick-Versary kan? Kalau belum perasan lagi korang boleh baca di entri kat bawah ni:

IMG-20170909-WA0015.jpg

Sambung lagi cerita minggu lepas, TQ so much Legoland kerana memberi kami peluang merasai kemeriahan Legoland 5th Brick-Versary. Anak-anak Ummi happy to the max!

Lepas kami makan tengahari, Ummi ke kereta menghantar baju-baju yang dah basah lepas berendam di Legoland Water Park. Abang Ilham dah tak sabar-sabar nak masuk theme park, jadi Ummi kirim dia ikut Grandma Maszull hehehe. Diorang duk berposing depan stage tu masa Ummi belum masuk theme park lagi. Kecewa Ummi tak dapat bergambar ramai-ramai, nasiblah ada wakil sorang tu ha. Pewaris blog herneenazir.com ekeke. Tapi awat muka macam sedih je Abang Ilham? hehehe. Bila dah ramai-ramai geng blogger Johor ni dah rasa macam gathering JDT Blogger pula ekeke.

20170909_150615.jpg

Masuk je theme park Syamil dah selamat sampai ke lala land hahaha. Penat sangat la tu berendam. Muka pun merah padam.

20170909_151644

Misi menjejaki grandma yang menjaga Ilham terhenti bila diorang tengah syok tengok Ninjago Live Show. Kami terlepas beberapa minit je. Kalau tak konfem join sekali. Tapi Ummi tak kisah pun sebab Abang Ilham dapat tengok cuma kesian adik je tidur tak dapat tengok. Nak tunggu next show lambat lagi. Sementara tunggu show habis kami duduk di melepas lelah di bangku berhampiran.

20170909_154746.jpg

Tak lama lepas habis show, kami berkesempatan untuk menonton Brick-Dance Parade. Ummi siap-siap standby 15 minit awal depan stage hehehe. Nampak tak kelibat Abang Ilham yang selamba kodok nak bersalam dengan lego character tu. Anak siapalah tu? hahaha.

20170909_154806.jpg

20170909_154821.jpg

Abang Ilham memang teruja sesangat. Sayangnya Syamil tidur tak sedarkan diri.

20170909_154835.jpg

20170909_154959.jpg

Huwaaaa dia duk mengejar lagi tu. Aduhaiii anak. Seboleh-boleh dia nak bersalam hahaha.

20170909_155014.jpg

Masa ni staff Legoland suruh dia ke tepi, tapi dia tetap mengejar hahaha. Lepas tu dia cakap “Ilham sedih.. tak dapat salam.. orang tu tak bagi Ilham salam” kahkahkah. “Memang le, Ilham tak boleh kacau diorang buat performance.. nanti boss diorang marah” hehehe. Ummi cuba bagi ayat penenang hati dia hehe. Sebab muka memang dah monyok. Habis je performance tu kami merayau ke tempat lain. Konon-konon nak masuk Ninjago The Ride, eh dah masuk pun.. kami keluar semula sebab orang ramai sesangat. Beratur panjang. Jadi kami ke tempat lain.

20170909_161239.jpg

Ummi cabar Babah, kot la mana tahu rezeki dapat 4 annual passes free ekeke.

20170909_161125

Beriya dia beli 8 rings RM10 hahaha. Aunty tu offer RM30 50 rings. Haisyhhhh kalau tak dapat memang membazir je.

20170909_161204.jpg

Ilham dah cuba tapi gagal. Babah suruh Ummi pula cuba.. pun kelaut ringnya. Targetnya dapat 1 ring masuk ke botol gold tu dapatlah free 4 annual passes.

20170909_161230.jpg

 

Last ring, Babah try, sekali dia jerit.. “Aunty ni masuk satu ni..” Aunty tu pun datang la. “Tapi baldi la yang masuk” hahaha. Saja je Babah nak bergurau dengan Aunty tu kan. Nasib baik Aunty sporting.

20170909_162115

Jalan ke depan sikit sekali Ummi terjumpa sahabat lama di Play Town. Walaupun dah friend di facebook tapi memang dah bertahun-tahun tak jumpa face to face. Jumpa Lin, kawan sekelas masa Form 6 di SMK Sultan Ismail, JB. Alahai syoknya kalau dapat reunion kawan-kawan masa form 6 lagi-lagi yang seasrama di Asrama Puteri SSI. Jumpa sekejap je lepas tu kami menuju haluan masing-masing.

20170909_162908.jpg

Next layan 4D movie. Terus segar mata Syamil tau dari syok melayan tidur hehehe. Yang sebelah Ummi tu dah la. Memang excited habis. Lepas tengok 4D movie, Babah bawa adik naik observation tower, tapi Abang Ilham ni tak nak. Dia nak tengok Character Dacen Show di Legoland Star Wars Miniland. Jadi Ummi bergegas bawa dia ke sana.

20170909_165614

Sekali sampai-sampai dah habis hahaha. Ummi memang dah tahu dah terlepas, cuma nak bagi dia puas hati bawa je la. Dia marah salahkan Ummi hahahaha.

20170909_171156

Masuk dalam miniland pun ok kan. Siap repeat masuk lagi bila Babah sampai dengan adik. Ummi tunggu kat luar sesorang hehehe. Lepas tu nak masuk le Lego Academy tapi dah tutup hahaha.

20170909_173957

Terus ajak diorang lepak depan stage ni. Tunggu next performance.

20170909_175931

Sambil-sambil tu nak join “Build Our Birthday Cake”, tapi malang sekali dah pukul 6pm dah tutup juga.

teh ilhams.jpg

Sebelum ke sini dia dah pow Babah beli key chain Lego. Ada drama sikit la sebab dia nak yang lagi besar tapi Babah tak belikan. Masa sampai kat Giant Cake ni air mata dah berjurai, tambahan tak dapat buat giant cake lagilah berjurai-jurai.

20170909_201304

Berbekalkan air mata jantan tu, staff Legoland tak sampai hati hahaha lalu memberi dua beradik ni sorang satu lego comel “Happy Bricktastic Birthday”. Senyum sampai telinga hahaha.

20170909_174204(0)

Sempat juga kami jumpa Jumbo Minifigure ni dia tengah merayau-rayau di kawasan The Beginning.

20170909_181124.jpg

Sementara menunggu jam 6.30pm, Ummi ajak diorang ronda-ronda dalam Big Shop, dengan syarat jangan minta apa-apa dengan Ummi hahaha. Babah, Ummi suruh berehat bawah pokok dalam masa yang sama ini adalah taktik Ummi untuk elakkan Babah ajak balik sebelum Awesome Parade start hehehe.

20170909_180933.jpg

Budak cenonit ni kemain suka main trolly comel ni.

20170909_181408.jpg

Jadual Jumbo Mini Figure Trade.

20170909_182415

Lepas ronda Big Shop, lepak depan stage. Aikkk ada amoi sebelah.

20170909_182426

Sorang lagi terpaksa layan Ummi wefie hehehe.

20170909_183048.jpg

Bersemangat betul dua-dua hero Ummi ni. Ummi suruh duduk depan stage senang nak nampak jelas hehehe. Kat belakang nanti konfem tak nampak.

Full video boleh tengok di channel youtube Ummi ya. https://www.youtube.com/herneenazir

20170909_183239

Awesome Parade bermula jam 6.30pm. Hanya ada weekend, public holiday dan school holiday sahaja sepanjang bulan September ni.

20170909_183901

Huwaaaa dia buat perangai lagi. Beriya nak bersalam tu ekekeke.

20170909_184339.jpg

Nak salam police pula hahaha.

20170909_184346.jpg

Ummi perhatikan je Abang Ilham tu, adik berkepit je kat kaki Ummi takut katanya.

20170909_184426.jpg

Bersemangat nak bergambar, tapi muka tak puas hati hahaha.

20170909_184545

Meh kita zoom muka Abang Ilham. Ummi tahu dia kecewa tak dapat salam semua character ekekeke.

20170909_184750.jpg

20170909_184647.jpg

Sempat wefie dengan Dilah sebelum Dilah balik.

20170909_184836.jpg

Sempat juga grab Mama ajak wefie..hahaha.

20170909_184922.jpg

Dua-dua ni kena paksa bergambar dengan Ummi sebab sepanjang kat Legoland memang kami terpisah hahaha.

20170909_185031.jpg

Ok last but not least, bergambar dengan Mama, Eda dan anak-anak kami hehehe. TQ adik Legoland tolong snapkan. Abaikan Ummi yang kembang semangkuk tu hahaha.

Habis je Awesome Parade kami pun balik. Ya ampun macam nak roboh badan. Penat gila hoi. Tapi Ummi sangat-sangat happy sebab Ummi dapat happykan anak-anak Ummi.  Masuk kereta adik dah selamat ke lala land dari pagi sampai ke petang baru dapat ngempeng. Abang Ilham masih bertenaga dan asyik ulang banyak-banyak kali..

“Terima kasih Ummi sebab bawa Ilham dengan Syamil pergi Legoland.. sayang Ummi” sambil peluk cium Ummi.

“Kan Ummi dah kata.. doa banyak-banyak.. kalau Ilham dan adik selalu doa nanti Allah bagi lagi kita rezeki dapat pergi Legoland lagi..”

“Ehhh.. Ummi bila kita nak pergi Hotel Legoland pulak?”

“Haaaa itu Ilham dan adik kena sambung doa lagi.. doa biar ada rezeki Legoland bagi kita bilik Ninjago free semalam” Ummi bagi ayat penyedap hati dengan harapan dia tak tanya banyak kali hahahaha.

Ehhh betullah. Jangan pandang rendah kuasa doa anak-anak ni tau. Doa anak-anak tak ada hijab. Rajin-rajinkanlah suruh anak-anak doakan yang baik-baik untuk kita macamana kita doa yang baik-baik untuk anak-anak. Sungguh! rezeki Ummi blogging alhamdulillah meriah tahun ni sebab doa anak-anak dan of course doa Babahnya.

Thanks Legoland.. kalau sudi tajalah kami lagi ke theme park, water park dan hotel Legoland yang cantik tu. Ummi pun teringin nak stay semalam kat situ hehehe. Korang jangan lepaskan peluang untuk sama meraikan Legoland 5th Brick-Versary. Ada 12 hari lagi sebelum berakhirnya sambutan ulangtahun Legolang ke 5. Have fun!

 

Related Posts

7 thoughts on “Legoland 5th Brick-Versary Rasai Dan Alaminya Sendiri Dari 21 Ogos–30 September 2017!

  1. Betul tu kak Hernee, bila anak-anak happy hilang penat mak kan.. Anak-anak Dilah pun dah tanya bila kita nak pegi Legoland lagi.. haha

  2. seronok melayan bebudak sebenarnya…banyak tanya anak aku sorang tu..nasib baik yang sorang tu tak pandai nak bercakap betul lagi,,plus kakak takut dengan hantu2 mak limah tu hah,,,tu yang tak boleh nak pegi dekat…heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!