Legoland 5th Brick-versary – Splash Time at Legoland Waterpark

Quality Time With Ilham

Pagi-pagi gigih Ummi kejut semua askar-askar. Nasib baik baru ada 3 orang askar termasuk Babahnya. Kalau ramai lagi mahu pukul 5 pagi Ummi dah kerah beratur depan toilet hahaha. Siap mandi pakai baju kita sarapan dulu di rumah sebab malas nak serabut sarapan di kedai.

Anak-anak memang excited bila Ummi kata nak bawa ke Legoland. Ummi lagi excited sebab nak jumpa geng-geng JDT Blogger. Yeay! Ala-ala mini gathering gitu.

Sampai-sampai kaunter nak redeem tiket jumpa Mama Maszull dan Eda. Sempat potpetpotpet sambil tunggu Sis Lin, Juju dan Dilah. Oh ya Haji Yazid aka blogger onlajer.com pun dah sampai.

Hoyeahhhhh.. dah dapat tiket 1 day combo untuk kami sekeluarga. Ikut plan, kami akan menghabiskan masa di water park dulu. Memandangkan hujung minggu special activities sempena Legoland 5th Brick-versary lebih banyak waktu petang. Nanti Ummi akan kongsikan aktiviti menarik tu ya.

Lets go bebeh! Anak-anak dah merinsa nak mandi-manda. Jadi Ummi minta izin kekawan untuk jalan dulu.

Nampak tak muka excited tu hehe. Snap seketul gambar Ummi dan hero-hero.

Untuk yang ada anak 2 tahun ke bawah, jangan lupa beli disposable diapers for swimming di kaunter ya. Dua keping RM11.

Nampak tak budak baju merah tu, belum apa-apa dia dah kecebusssss masuk dalam air sesorang. Last two years kami kesini, boleh baca SINI, masa tu dia macam tak berani lagi nak beriya mandi manda. Kali ni tak payah disuruh hahaha.

Tapi budak sorang ni ha, tetiba tak nak salin swimming suit. Ya ampun dik, macamana Ummi nak berkubang ni hahaha.

Sudahnya bila Babah pujuk-pujuk, dia rela salin baju. Cuma tak nak pakai diapers. Ummi dah pesan siap-siap adik kalau nak yak bagitau Ummi Babah tau.

Legoland 5th Brick-versary.. sampai demam cik abang palig kecil tu malam tadi.. @mnmphotobiz . #legolandmalaysia #5thbrickversary #mediavisit #mediainvitation #blogger #bloggerjohor #jdtblogger #lifestyleblogger #herneenazirdotcom

A post shared by Hernee Nazir (@herneenazir) on

Dapat cecah air hilang semua rasa takut, malu-malu kucing kan dik. Yang sorang lagi tu memang excited habis.

Hari Sabtu tu Public Holiday, haruslah orang ramai kan. Redho je la dah pilih tarikh ni.

Abaikanlah tudung Ummi Ilhams yang terkelepet itu haha.

Lepas berendam, kita ke sini pula ya. Abang Ilham dah tak sabar nak explore.

Sementara diorang main-main air Ummi tunggu boya free haha. Nak bersantai atas boya empat beranak. Dapat pusing 2 round. Malangnya selama berpusing tu, tak nampak bayang Aunty Eda nak minta tolong snap gambar hahaha.

Dah puas main slide kat bawah kita naik atas semula. Ilham memang dah cakap awal-awal dia nak buat lego kapal ni. Ummi memang tak boleh buat-buat hilang ingatan ok.

Yang Babahnya, duk test dari satu slide ke satu slide. Ecehhh. Ummi teringin tapi Ummi pakai baju dan seluar kain cotton. Tak boleh ok.

Haaaa, anak-anak main lego moh kita wefie berdua ekekeke. Lepas wefie, Ummi minta izin nak berendam sesorang kejap, Babah tolong tengok-tengokkan bebudak. Dapatlah me time seminit dua sambil berenang-renang itik sesorang hahaha.

Budak sorang ni tak puas berendam lagi. Dia pegang telinga tu sebab dia kata telinga dia dah pekak hahaha.

Tengah syok berendam keluar pulak lagu feveret dia “Despacito” amboii sempat dia berjoget sambil miming walaupun bahasa kelaut dengan telinga tersumbat air hahaha.. nasib adik tak ada kalau tak dia join sekali.. ?? . #legolandmalaysia #legoland5thbrickversary #ilhamsyahmi #legolandwaterpark #mediavisit #mediainvitation #bloggerjohor #blogger #lifestyleblogger #herneenazirdotcom

A post shared by Hernee Nazir (@herneenazir) on

 Tengah duk berendam tu keluar pula lagu Despacito. Apa lagi mamat tu berjoget la sesorang sambil miming entah apa disebut lirik tu, asal boleh je. Gelak sesorang Ummi tengok. Kalau adik ada konfem join sekaki.

Sementara Ilham berendam lagi, Ummi kemas-kemas barang, Babah siap-siap mandi dan salin baju dengan Syamil. Tapi sempat juga Ummi turun lagi sekali ekeke.

Seperti yang dirancang, lepas mandi-manda kita nak lunch dulu di Mall of Medini. Sampai-sampai geng-geng JDT Blogger lain tengah menikmati KFC. Kami pun join sekali. Budak berdua tu dah ada unsur-unsur nak buat perangai, memasing dah penat haha. Ummi jangan dengan Syamil, jangan tidur dulu kita nak makan nanti dah makan baru boleh tidur hehehe.

Sebelum Ummi makan nak snap gambar dulu. Juju and family dan Mama.

Eda and family.

Ok, sebelum makan wefie seketul. Memang kelaparan dan kebuluran penat berendam. Makan dengan penuh perasaan sampai tak sedar ada orang perhati kahkahkah. Lepas siap-siap isi perut, kami masuk semula untuk ke Legoland Theme Park pula.
To be continued ya!

Related Posts

One thought on “Legoland 5th Brick-versary – Splash Time at Legoland Waterpark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!