Home » Dinner di Restoran SR Tomyam Sungai Rengit

Dinner di Restoran SR Tomyam Sungai Rengit

Dinner di Restoran SR Tomyam Sungai Rengit

Dinner di Restoran SR Tomyam Sungai Rengit | Sibuk sangat marathon update blog, sampai terskip cerita makan malam kami untuk malam kedua. Untuk mengubati kekecewaan tak dapat makan lobster, kami cari je la kedai makan di sekitar Sungai Rengit. Dah jalan-jalan kawasan tepi laut marilah kita makan seafood.

Ada banyak pilihan menu di sini. Ada ala carte dan ada juga set. Kami pilih set untuk 3 orang dengan tambahan 1 nasi putih. Set apa namanya Ummi tak ingat tapi harga RM65 sahaja termasuk ikan siakap, sayur, tomyam seafood, sotong goreng tepung, ayam goreng kunyit dan telur dadar. Berbaloikan harganya.

Dinner di Restoran SR Tomyam Sungai Rengit

Fresh orange 3, tambahan air kosong.

Dinner di Restoran SR Tomyam Sungai Rengit

Siakap tiga rasa. Serious sedap. Cukup rasa.

Dinner di Restoran SR Tomyam Sungai Rengit

Sotong goreng tepung tambahan order.

Sayu Kailan Ikan Masin, telur dadar.

Dinner di Restoran SR Tomyam Sungai Rengit

Ayam goreng kunyit tu sepatutnya ayam masak merah. Tapi kami request nak tukar, sebab Syamil suka ayat goreng kunyit. Kesian juga kat Syahid nanti pedas nak makan lauk ayam masak merah. Tomyam campur tu sedap weh. Rasa masam manis semua cukup.

Overall, memang sedaplah makan kat sini. Orang pun ramai juga yang berkunjung ke sini. Harga pun tak lah mahal mana. Masih boleh dengarlah kan. Ummi jenis tak berapa kisah la harga pun janji makanannya sedap berbaloi la kita membayar ya tak?

Dinner di Restoran SR Tomyam Sungai Rengit

Anak bertuah sorang ni memang dari lunch bawak ke dinner time orang makan dia syok tidur je kan. Naik lenguh tangan Ummi nak meriba dia. Sudahnya makanan dia ditapau je bawa balik resort. Kot kang dia bangun dari tidur lapar nak makan kan. Lepas settle makan kami pun balik la semula ke Lakeview Terrace Resort merehatkan diri.

Baca juga: Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

 4,507 total views,  6 views today

Related Posts

2 thoughts on “Dinner di Restoran SR Tomyam Sungai Rengit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!