Penginapan 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang | Lepas check-out dari Amansari Hotel Desaru, kami plan nak stay sehari lagi, dah alang kepalang sampai ke Desaru kata orang tu kan. Sambil makan sambil cari hotel/ resort yang available. Plan asal nak kat tepi pantai, tapi banyak yang fully booked. Maklumlah cuti panjang. Akhirnya Babah booked Lakeview Terrace Resort, Pengerang through booking.com. Sebelum ke sana kami singgah ke Pizza Hut Bandar Penawar isi perut.
Lebih kurang jam 2.45pm kami sampai di Lakeview Terrace Resort untuk check-in. Babah je la yang turun, Ummi dan anak-anak stay dalam kereta.
Lakeview Terrace Resort mengetengahkan cozy cabin style rooms. View memang cantik lagi mendamaikan. Fefeeling bercuti kat Ostolia hahaha. “Ostolia Darul Pengerang”. Kasi can lah kan. Ummi ko berangan kejap. Cuaca pulak terang benderang masa ni, jadi langit pun cantik membiru. Masya Allah memang mendamaikan.
Kalau korang nak kan environment yang tenang cubalah stay kat sini. Serious once jejakkan kaki terasa kedamaiannya. Pemandangan tasik di bahagian belakang bangunan kabin.
Ada lebih kurang 372 bilik untuk guest. Tiga jenis bilik yang disediakan adalah Studio Queen Room, Executive Room dan LV Suites.
Kami pilih bilik Studio Queen. Our lucky number for today, 815 hehehe.
Alhamdulillah luas juga biliknya (330 sq feet), dengan disediakan sebuah katil Queen dan berhawa dingin. Muatlah 5 beranak walaupun bilik tu untuk 2 pax hehehe. Kami dapat bilik kawasan bawah sikit dekat dengan tasik. Kos termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Untuk tambahan kanak-kanak caj dikenakan RM10/pax.
View Sangat Cantik & Mendamaikan di Lakeview Terrace Resort Pengerang
Wardrobe cabinet, storage cabinet, ruang tamu kecil dengan dua kerusi dan satu meja ditambah 40 inch LED Digital TV (Singapore and local TV channels). Bilik ni juga dilengkapi dengan Wi-Fi access dan telefon. Nak guna iron boleh call room service, tapi Ummi ko tak hirau dah tudung renyuk ke apa. Malas nak memikirkannya hahaha.
Ada workstation dan peti sejuk juga coffee and tea station.
Tandas dan bilik mandi yang luas.
Sampai-sampai je anak-anak dah tak sabar nak terjun pool. Ummi Babah minta diskaun sikit nak berehat kejap. Dalam jam 4.30 petang baru bawa diorang ke pool.
Chalet Best di Pengerang
Mula-mula nak jalan kaki. Ehhh cancel.
Walau sejauh mana bilik korang, don’t worry ada buggy service untuk bawa korang ke cafe, pool atau ke gym. Saja nak bagi anak-anak excited, kami pun naik la buggy masa nak ke pool tu. Tapi Ummi dia punya bebel panjang berjela la sepanjang perjalanan yang singkat tu.
Ada dua pool yang disediakan. Tapi poolnya tak berapa nak besar sangat la dan tak ada yang khas untuk kanak-kanak. Kalau ada tambahan pool lagi syok berendam lama. Harap tak lama lagi pihak resort tambah la pool hehehe.
Empat hero tengah berendam. Sebenarnya Ummi pun join sekali tapi Ummi tak snap gambar masa dalam pool hehe. Petangnya dah berendam, esoknya pula lepas breakfast Abang Ilham dan Abang Syamil ajak Babah berendam lagi. Gigih la Babah train Abang Syamil berenang. Akhirnya dia dah boleh berenang sendiri yeay! Anak-anak memang Babah je yang ajar berenang, kalau harap Ummi dia berenang itik je la reti hahaha.
Night view at Lakeview Terrace Resort, Pengerang. Malam kami keluar cari makan. Sebenarnya LV Cafe ada je open untuk dinner, ada steamboat. Tapi Ummi ni ha teringin sangat nak cuba makan kat Warung Lobster Sg Rengit & Sg Musoh. Memula kami cari warung yang kat Sungai Musoh. Sampai-sampai warungnya tutup, terus ke Sungai Rengit warung satu lagi. Tapi malangnya orang terlalu ramai dan ramai juga yang masih menunggu turn. Memang tak sangguplah nak tunggu. Jadi kami hanya makan di kawasan sekitarnya je la. Kami dinner di Restoran SR Tomyam, Sungai Rengit. Cerita dinner tu entri lain ya. Insha Allah ada rezeki nanti kita cubalah makan lobster kat sana tu. Lepas makan kami balik ke bilik berehat.
Breathtaking Views di Lakeview Terrace Resort Pengerang
Esok paginya, kami bersarapan di LV Cafe. Kali ni naik ke atas jalan kaki je sebab nak menikmati pemandangan indah di pagi hari.
Banyak pilihan menu yang disediakan di LV Cafe.
Sebenarnya kami bertiga je yang ke cafe. Abang Ilham tak larat, dia jaga Syahid di bilik.
Ini pinggan Ummi hehehe. Kue tiaw sedap, rendang ayam sedap, bercampur aduk dengan hashbrown, baked beans hahaha. Overall, makanan sedap, memang tak mengecewakan. Siap tapaukan Abang Ilham dan Syahid lagi, thanks staff cafe yang baik hati. Lepas makan kami ronda-ronda sekitar kawasan sekejap. Lepas ni belum tahu bila sampai sini lagi kan hehehe.
Ruang ni berhadapan dengan swimming pool dan LV Cafe. Boleh lepak-lepak sambil main pool atau ping pong.
Babah acah-acah handal depan Syamil hahaha.
Berdekatan dengan swimming pool juga ada gymnasium. Boleh digunakan mengikut SOP, 4 orang dalam satu masa sahaja. Lepas tu Ummi, Babah dan Syamil posing-posing buat kenangan sepanjang jalan nak balik ke bilik. Jadi ada gambar kami bertiga je la, dua orang lagi tak ada hahaha.
Selalunya Abang Ilham tukang jadi photographer, bila dia tak ada Syamil la jadi mangsa.
Syamil tu ek, macam nak nyanyi lagu Negaraku hahaha.
Tumpang posing kat tangga bilik orang hahaha.
Model tangga hahaha. Asal boleh la kan.
Seriously, I’m falling in love with the beautiful scenery.
Sebelum check-out, gambar kenangan 2 Abdul ni. Sorang bedal roti nutella sampai comot, sorang lagi nasi lemak lauk rendang ayam. Gambar Abang Ilham tu masa baru nak check-in, tengah pegang baki pizza dan botol susu Syahid hahaha.
Pengalaman Penginapan 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang
Secara keseluruhannya, kami sekeluarga sangat berpuas hati menginap di sini walaupun hanya 2 hari 1 malam. Harga pun berpatutan. Suasana yang betul-betul mendamaikan sesuai untuk korang yang nak lari dari kesibukan kota ecehhh. Persekitaran resort dan bilik yang bersih. So far coverage UMobile dan Celcom tak ada masalah. Makanan pun ok sedap. Lokasi resort berdekatan dengan Sungai Rengit dan Bukit Pelali yang mana ada kemudahan kedai-kedai runcit, kedai makan, petrol station dan sebagainya. Sekali lagi Ummi remind korang, resort ni bukan tepi pantai tau nak ke pantai pun tak ada lah jauh mana, lebih kurang 10-15 minit je. Kat sini ada tasik dan swimming pool. Korang boleh mandi kat swimming pool je bukan tasik hehe.
Last but not least, kasi can hero beso kami posing sebelum check-out hehehe. Till we meet again Lakeview Terrace Resort.
Lakeview Terrace Resort
PTD 5025, Jalan Kota Tinggi, 81620 Pengerang, Johor.
Phone No: +607 819 0300
Reservation: reservation@lakeviewterrace.com.my
Website: https://www.lakeviewterrace.com.my/
Cuti sekolah nanti boleh bawa anak-anak ke sini >> Mandi-manda di Adventure Waterpark Desaru Coast
bestlah tengok suasana kat sini..tak berpeluang lagi sampai ke sini ui…Tengok harga 1 malam pun not bad gak ek..
aah best mendamaikan jiwa.