Pregnancy | Fifth Blood Sugar Profile (BSP) & Check Up KKGP

masih lagi dengan rutin BSP tanpa jemu. walaupun dalam hati jemu.ekekeke. sabar je lah ummi oi. demimu anak apa saja ummi redah.

semalam sesi pagi buat kat KD Paya Mengkuang. 3 sesi lagi buat sendir jek. malas nak ulang alik klinik.

sesi pertama jam 8.30am.

20141216_082822

resultnya 5.0mmol/L
mmol/L = millimoles per liter

fuhhhh.. syukur yang amat. tepat2 pulak tu. sesi yang pagi ni penting untuk doktor nilaikan insulin ke tak.

sesi kedua jam 11.30am mencucuklah sendiri kat office.

20141216_113542

resultnya 5.2mmol/L

sesi ketiga jam 5.30pm buat kat rumah je lepas balik kerja.

20141216_180750

resultnya 4.7mmol/L

abaikan kaki babah ilham tu ye. sibuk pulak dia lalu time nak snap Winking smile

sesi keempat jam 8.30pm

20141216_202219

resultnya 5.9mmol/L

20141217_134726

result keseluruhan untuk BSP kali keempat 7 Dec 2014:

sesi 1 – 5.0

sesi 2 – 5.2

sesi 3 – 4.7

sesi 4 – 5.9

pagi tadi, sebelum ke klinik babah ajak potong rambut ilham. ummi pegang dia sambil dia syok tidur. sekali tengah syok gunting terjaga pulak mamat ni. terus meraung. puas le memujuk. akhirnya dapat juga trim rambut dia. nasib baiklah Allah bagi kelebihan babah awak pandai potong rambut. kalau nak ke kedai potong mahunya meraung jek lah dia. hehehe.

lepas nangis2 siap cakap nak makan roti acu. jadi bawa jek la sekali ke KKGP.

20141217_092724

haaaa siap berangan dalam kereta pakai spec babah. tak nak pergi rumah opah kata dia. hamboiii. abaikan rambut yang tak betul2 settle dipotong tu. hehehe. budak tak reti diam senget benget sudahhhhhh. nanti babah alter.

20141217_092756

babah hantar beg kat rumah opah, dia siap babai opah sambail cakap.

”tak nak kawan opah”

hamboiiii2.. k-rek sungguh dengan opah eh. jangan nak berangan sangat. lepas balik klinik babah hantar awak kat rumah opah.

20141217_093851

sekarang ummi dah tak ada harapan sangat dapat duduk depan. belum apa2 dia dah kerah ummi duduk belakang jek. paghah! Thinking smile

sampai KKGP, dapat nombor 30 amekawwwwwww.

20141217_094206

babah dan ilham dah selamat pergi breakfast berdua. nak makan roti acu katanya. rupa2nya acu tutup kedai 2 hari. kui3.

tengah menunggu turn jumpa doktor, dorang berdua beranak sampai.

20141217_110839

sibuk ha nak menulis, siap suruh ummi dan babah lukis lah apa lah. dia suruh babah lukis monkey. sekali bila babah dah lukis boleh pulak dia komplen.

”tak nampak pun monkey”

kehkehkeh. sah lukisan babah kelaut.

20141217_110943

ada budak ngendeng nak tengok apa dia tulis dengan babah. dia boleh lari. bertuah betul. haaaa buat perangai gitu pulak. ummi tanya babah kenapa belikan kaler pink. kata babah itu jek kaler yang ada. hehehe.

20141217_111140

sibuk jek ni ha nak sayang ummi nak sayang adik baby. haii lah ilham excited ye nak jumpa adik. siap cakap nak ikut ummi masuk jumpa doktor.

bila nombor ummi dah tertera kat skrin, saja lah pelawa dia. dia ikut betul2. kat dalam bilik doktor dia mengepoh.

tetiba depan doktor dia berbunyi.

”ommi, saya nak susu boleh?”

doktor teruslah tanya ummi.

“dia masih menyusu ke?”

”eh taklah doktor. dah lama wean-off sejak pregnant. dia saja je ni”

”ohhh really? berapa lama dia menyusu?”

“2 tahun 11 bulan.. fully breastfeeding”

“wow.. bagusnya.. lama adik menyusukan”

“alhamdulillah.. rezeki dia banyak”

“good2”  kata doktor.

ilham pun tersenyum2 kambing jek lah. doktor tanya lagi.

”adik suka makan aiskrim tak?”

dia jawab.

“saya tak boleh makan aiskrim”

senyum jek doktor. sambil tu ummi explainlah kat doktor kenapa tak bagi dia aiskrim. sebab utama dia ada tonsil. nanti senang2 jek dapat demam.

eh ilham ni kan. sekarang ni ummi yang nak check up ke ilham? over eh. dia pulak kena interview dengan doktor.

20141217_134800

ok, keseluruhan check up ok alhamdulillah.
doktor kata BSP pun ok normal. jadi tak perlulah insulin bagai. diet control masih perlu diteruskan. sila follow Menu & Jadual Makan Untuk Ibu Mengandung Yang Mengalami Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

appointment baru adalah berderet2an Winking smile

28 December 2014 – TCA KD Paya Mengkuang
7 Januari 2015 – TCA KK Gelang Patah (BSP ke 6 pada 6 Januari 2015)
14 Januari 2015 – TCA SCOG, HSA

woweeeeee.. meriah mak ngah. hehehe. 28 Dec tu sama appointment dengan Khor & Loh. ikut kiraan apps Baby Bump kat henpon ummi ni 50 days to go!

semoga segala urusan dipermudahkan. tak sabar nak cium bau ahli syurga Smile

Koleksi Buku Panduan & Menu Berpantang

saja nak share. koleksi buku2 panduan berpantang yang saya ada. mungkin dapat membantu ibu2 yang nak mencari bahan rujukan.

maklumlah, kita ni mak dah tak ada, mak mertua kat batu pahat. macam jauh sangatlah kan. hehehe. jadi kena lah standby ilmu2 di dada.

ok jom tengok.

 

20141209_204104

Kompilasi Hidangan Berpantang
oleh Chef Nor Asmawati Nor Din

 

buku ni dah lama beli, masa berpantang ilham kot. resepinya ada yang ikut ada yang tak. sebab hari2 pun adik2 saya masak sedap2 menu berpantang. tak payah tengok buku resepi Winking smile

Sinopsis:

Berpantang selepas melahirkan ialah perkara yang tidak boleh dilakukan atau tidak makan sesuautu yang memudaratkan kesihatan. Bagi wanita Melayu, jangka masa berpantang diperuntukan selama 44 hari.

Selain amalan yang diwarisi daripada nenek moyang dilakukan seperti berurut, mandi herba, mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis dan bertasak, pemakanan juga perlu dijaga.

Buku Kompilasi Hidangan Berpantang ini memberi pilihan resepi kepada wanita yang melahirkan untuk menikmati masakan yang menyembuhkan luka dengan cepat, tidak memudaratkan kesihatan dan menyihatkan. Antara makanan yang digalakkan pengambilannya ialah ulam-ulaman, lada hitam, serai, halia, ikan haruan, peria, manjakani dan sebagainya.

Resepi-resipi di dalam buku ini disediakan untuk wanita berpantang yang mementingkan penjagaan tubuh sama ada untuk dalama atau luaran. Ia sekadar cadangan dan boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Semoga dengan amalan pemakanan yang diberi perhatian, badan yang sihatseperti sediakala diperolehi semula.

 

20141209_204129

Susahnya Mudahnya Berpantang Bersama Muslim Cottage

20141216_213335

Sinopsis:

Buku ini mengetengahkan panduan pemakanan yang sihat dan bergizi sesuai dengan keperluan wanita berpantang. Konsep tabiat pemakanan yangsihat adalah sangat ditekankan mengikut saranan tradisional dan pada masa yang sama selari dengan pemakanan moden.

Disamping menu-menu yang menarik yang mungkin jarang didedahkan dalam mana-mana resepi berpantang, turut diselitkan khasiat dan nilai herba dari sudut perubatan. Penulis juga menyediakan lampiran jadual yang boleh diisi untuk rekod kesihatan keluarga berkenaan pemakanan dan perkembangan kesihatan.

Paling istimewa, terdapat beberapa petua diselitkan untuk para pembaca amalkan. Semoga isi kandungan buku ini dimanfaatkan sepenuhnya.

 

20141209_204140

Resepi Ibu Berpantang
oleh Chef Fazalina

 

Antara resepi-resepi yang terdapat dalam buku ini:

  • Kerabu Pegaga
  • Sup Ikan Haruan
  • Ikan Bilis Lada Hitam
  • Ikan Haruan Masak Lada Hitam
  • Singgang Ikan
  • Peria Katak Masak Asam
  • Ayam Kampung Masak Selasih
  • Roti Bakar Kasih Ayah
  • Sandwich Mama
  • Daging Bakar Lada Hitam
  • Salad Buah-buahan
  • Talam Berempah
  • Botok Pucuk Ulaman dengan Ikan Ternggiri
  • Ayam Kampung Rendang Ibu
  • Bening Ikan Bilis
  • Brokoli Kukus dengan Isi Tenggiri
  • Salad Daging Bakar
  • Nasi Ulam Mudah
  • Sup Tomato dengan Roti Bawang Putih Bakar
  • Ayam Kukus Halia
  • Dada Ayam Bakar Herba Bermadu
  • Ikan Merah Kukus
  • Ikan Haruan Bakar

bila baca menu2 ni, rasa macam ada yang saya tak sentuh pun masa pantang. hehehe. tak pernah pulak buat sandwich time pantang hehe. saya lauk biasa2 jek. singgang, sup, ikan bilis lada hitam, fuhhhhh sedap gilossss. tak sabar nak makan lauk pantang Smile
nanti saya share gambar2 lauk berpantang saya yang lepas2 ye. sempat jek snap. tapi tak sempat cerita kat blog. busy sangat lah konon ekeke.

ok itu je nak share. bolehlah dapatkan buku2 ni kat mana2 kedai buku ye. saya beli dengan kawan dan satu tu beli kat PTS Book cafe masa sales last month. apa lagi cepat dapatkan bahan rujukan anda Winking smile

Mak Yong Mengidam Bubur No. 1 Sentosa :p

baru 2 hari lepas, cakap dengan babah ilham.

”bah, sebelum bersalin nak makan bubur sentosa eh”

babah ok jek Winking smile

tup2 ayah ajak makan luar. tapi kena fikir nak makan kat mana. tanya babah, dia kata pergi bubur sentosa tak pun chicken chop hutan bandar.

sekali fikir2, baik pergi bubur sentosa kan. maka pukul 9pm kami bergegas ke taman sentosa. weeehuuu.

 

20141214_220253

 

heaven rasa bubur lalu kat tekak. dulu larat 1 mangkuk setengah. sekarang, makan sikit pun dah senak. kupang sambal yang sedap tu masih sedap seperti biasa Winking smile

 

20141214_220245

 

khusyuk babah menghirup bubur. eh bubur hirup eh? ekeke. ilham hmmmm. dia pow tok ayah beli animals kat 7E. bubur pun dia tak layan. syok makan otak2 jek.

 

20141214_220233

 

ayah ajak pok teh and family sekali. kebetulan diorang baru siap belanja kat mydin. settled terus saing ke sana. masing2 tekun dengan mangkuk bubur sendiri hehehe.

mommy ngah dan daddy ngah pun memang plannya balik gelang patah. nak ambil barang2 untuk persiapan majlis kenduri belah lelaki this week.

 

20141214_220240

 

tok ayah bedal sampai 2 mangkuk. kan main lapar lagi. babah 1 mangkuk setengah pun dah surrender. ohoooo puas hati tekak mak buyong dapat bubur no. 1 sentosa yang sedap itu. lepas ni taklah terbayang2 masa berpantang nantikan ekeke. alasan!

lepas makan2 kami ronda2 bandar sekejap then terus balik. esok kerja ye kak!

Shaklee Motivation & Recognition Rally @ Grand Paragon Hotel, JB

cerita sabtu lagi.

walaupun terkejar2 dari Kukup, semangat nak datang ke Shaklee Motivation & Recognition Rally tetap membara. niat asal memang nak pergi berdua beranak dengan ilham. tapi datang hangin dia tak nak ikut pulak, nak dengan ayah, kejap nak dengan nenek, kejap nak dengan mamacu. sudahnya mama cu yang handle dia.

pukul 3 lebih gerak dari Kukup, hujan dah start lebat. tawakkal jek. jalan jem pulak area pekan nenas. oh dugaan. kalau ikut kata hati, boleh jek nak terus balik rumah. tapi semangat yang ada ni nak juga pergi walaupun masa tu minta update dari mami salwa, dan dia bagitau turn saya naik stage dah terlepas pun. saya cekalkan juga hati ke sana dengan meredah hujan lebat.

alhamdulillah sampai.

ye sampai tapi majlis dah selamat habis. datang ambil sijil jek.

sila tutup muka Hot smile

 

20141213_171837

tak dapat saya naik stage tu  Smile with tongue outmaybe nak bagi adil, sebab penguat semangat saya hero dua orang tu tak dapat bersama. hehehe. ayat sedapkan hati sendiri. ohhh terlupa ummi bukan keseorangan hokkay. adik baby ada teman.

20141213_164728

bukti majlis dah tamat. orang semua tengah syok makan. rasa frust juga sebenarnya. tapi bila memikirkan nak jumpa mami shaklee saya,mami salwa dan adik shaklee saya, nazwa hilanglah rasa frust tu. Allah is the best planner kan.

sebelum isi perut moh kita berposing dulu.

20141213_164522

wakil Green Nutrient Team (GNT), yang tengah tu supermommy GNT.

20141213_164549

jadilah bergambar dengan sijil di bawah stage. ekeke.

20141213_164631

 tak puas hati, siap pinjam bunga mami salwa.

20141213_164613

belanja gambar nazwa satu! ibu beranak dua yang menten macam budak sekolah. hehehe.

20141213_165544

dengan ini saya merasmikan “sesi makan” shaklee motivation & recognition rally kali ini. kahkahkah. malu pulak rasa weh. datang makan jek. well, menu grand paragon hotel semestinya sedap2 belakakan. sorry doctor i termakan.

sepatutnya kali ni ada dua anak shaklee saya sama2 naik stage. tapi nor tengah tunggu masa nak bersalin dan kak linda pulak ada attend wedding kat batu pahat kalau tak silapnya. tak apa next year kita naik sama2 ok.

lepas makan2 borak2 dengan mami salwa dan nazwa, saya pun bergegas balik. kesian anak ummi kena tinggal dengan mama cu. thnaks lah mama cu dan nenek tolong jagakan ilham ye.

next year ummi target kita naik stage berempat dengan adik baby. siap pakej naik stage untuk National Conference Shaklee 2014/2015 lagi. insya Allah Flirt female

Family’s Wedding | Selamat Pengantin Baru Saifullah & Hanis

cerita sabtu. 
menghantar rombongan pengantin lelaki sepupu saya. rombongan ke Kukup, Pontian. babah ilham tak dapat join sebab kerja. jadi ummi dan ilham jek la wakil. masa nikah ilham jadi wakil, ummi dan babah kerja hehehe.

kami bertolak dari gelang patah lebih kurang pukul 12pm. sampai sana pukul 1pm. trafik tak berapa memberansangkan. bayang2 hujan bakal turun lebat.

 

20141213_142259

sebelum hujan, berarak lah kami beramai. comel jek si puteri berturban kan. tak cabut tau. taat pakai turban hehe.

Puteri’s Turban from Kids Ayra Turban in Dusty Pink by Radiusite.

sampai depan rumah pengantin perempuan, dorang baik hati telah menghapuskan sistem tol dan adat silat menyilat. ditakuti tengah2 syok bersilat hujan turun. hehehe. selamat ipul hehe.

tapi depan pintu ada tol kecil.

masuk dalam rumah ada tol paling besar.

 

20141213_142451

tol mak andam dan kuncu2nya. tak bayar kang kejang kaki pengantin lelaki duk berdiri depan pelamin. Winking smile

 

20141213_142507

tugas ijal settlekan tol ni. hulur sorang satu angpow kat aweks ni terus diam. hahaha.

 

20141213_142528

ni aweks2 ni dah dapat angpow tak bebangun pulak. bagi le chance mak andam pulak.  hehehe.

 

20141213_142537

pengantin pun dah kepanasan hokkay. Smile

 

20141213_142625

turn mak andam. 
minta diskaun sikit boleh? hehehe.

 

20141213_142804

ok. hulur angpow dah settled. silalah duduk wahai pengantin lelaki.

20141213_142838

20141213_143049

Selamat Pengantin Baru Saifullah dan Hanis.

semoga jodoh berpanjangan hingga ke jannah. semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

 

20141213_142943

ilham berkepit dengan mama cu. sebab lepas ni ummi nak berdezup ke Grand Paragon Hotel. ilham ngengada tak nak ikut.

lepas tengok pengantin bersanding kejap, kami bergegas makan takut hujan lebat. tak sempat bergambar dengan pengantin. tak apa tunggu majlis rumah mokde nanti. tu pun kalau ummi available hehehe takut dalam pantang lagi ke kan.

IMG-20141213-WA0029

ni jek gambar yang ada dengan lola masa baru sampai. jadilah kan kenang2an gambar memboyot 32 weeks Winking smile

dress ummi tu dari butik dreamyza, BBU business centre. disarung dengan maternity blouse. pssstttt.. ni la yang dress konon2 nak pakai masa dinner Smile with tongue out 

oklah penat membebel, masa untuk melayan anak bujang kesayangan. babai!

Jom Meriahkan Shaklee Motivation & Recognition Rally | 13 December 2014 @ Grand Paragon Hotel, JB

insyaAllah saya akan ke sini esok.

tapi kali ni naik stage berdua ilham jek kot.

eh adik baby pun ikut, sebab babah kerja.

ni kali kedua, almaklumlah baru naik 2 stage dalam Shaklee.

kena usaha gigih lagi.

jeles tengok orang lain laju jek naik rank.

segalanya mungkin kalau kita rajin berusaha.

 

 

shaklee motivation rally & recognition

jom kekawan yang ada masa terluang.

ikut saya esok, kita sedut aura positif orang2 yang berjaya.

 

10429328_10152879908024592_1236453093228533125_n

 

Motivation & Recognition Rally

13 December 2014

Grand Paragon Hotel, JB

 

WE LOVE SHAKLEE

=============================================================

 

JOM TONTON VIDEO MENARIK DI BAWAH 

 

Saksikan apa yang buat suami Dilla Jalil GELENG-GELENG kepala. Padahal, Suami dia jugak yang….

Jalan2 Makan2 ;)

saja ikut mama cu dan nenek ke JPO.
kami dua beranak bukan nak beli apa pun.
jalan2 cuci mata jek.

 

20141210_162005

abang ilham ni kan, sekarang kamching gila dengan nenek.
ummi ni dia tak pandang dah. anak bertuah.
tak nak pimpin tangan dengan ummi.
tapi tetiba je badan rasa dedor semula.
pandai dia meleset cari ummi semula.

 

20141210_162325

tunggu mama cu pilih jam.
baik kita duduk merehatkan diri.
letih ummi nak meronda tapi ada hati nak berjalan. ekeke.
tu budak ngengada tetiba nempel kat ummi.

lepas dah jumpa barang idaman mama cu.
kita ke Absolute Thai isi perut.

ummi pakai shawl terbaru Cala Qisya.
Salma Instant Shawl (Size: XL)
sangat best kainnya, tebal dan sejuk.
ni yang rasa nak tambah koleksi lagi ni Smile with tongue out

 

20141210_164733

20141210_164740

tengok budak lapar tu.
abaikanlah kekembangan ummi ilham itu.

 

20141210_164852

wee buat hal sendiri.
ibu dia dengan mama cu tengah fefeeling cun kat situ.hahaha.

makanan sampai.
sila akan dengan berhemah.

 

20141210_165020

kerabu mangga.
ilham suka gila kat sarang telur rangup tu.
dia cakap nak “goreng” hahaha.

 

20141210_165205

tomyam slurrrrrrrppp.

20141210_165120

siakap stim lemon.
gambar asparagus goreng belacan dan puding mangga yilek.
tak sempat snap Winking smile

lepas makan2 terus jek balik rumah.
keletihan walau sekejapan berjalan.
sebenarnya ditambah penat pagi kat HSA.
pukul 7 lebih baru bersilat kat dapur untuk dinner.
kang hijau muka babah balik kerja penat2 tak ada makanan.hehehe.
menu simple.

asam pedas sardin.
ayamas goreng.
settled dinner Plate

okbai!

Hasil Memborong Buku-Buku #PTSYEARENDSALES

ummi ilham menambah koleksi lagi..
ni kebetulan hari tu PTS Book Cafe ade buat Year End Sales 20-30 November 2014.
diskaun sehingga 80% haruslah grab kan.

 

20141209_203923

 

apa yang sempat diborong?

  • Buku Nikmatnya Sakit Bersalin
  • Buku Idea Bekal Ke Sekolah Menu Ala Barat
  • Buku Origami Emila Yusof
  • Buku Resepi Ibu Berpantang

dapat FREE – Buku Cerita Di Simpang Jalan dan VCD memasak Tauhu dan Telur dari Chef Hanieliza

2 buah buku fokus untuk bersalin dan berpantang.
saja menambah ilmu.

buku bento tu, yang Asia memang dah lama beli.
saja beli yang menu ala barat pulak.
nanti dah start semula bento ilham bolehlah jengah2 menu kan.
ilham tengok buku tu pun teruja.

buku origami tu, plannya nak buat origami dengan ilham.
nanti kalau “Projek DIY Origami” bersama Ilham” siap, saya share.
saya memang suka follow hasil seni Kak Emila Yusof ni.
blog, instagram, gambar2 dia, artwork dia semua kreatif2 belaka.
nanti saya share ye buku2 bacaan untuk ilham karya lukisan Emila Yusof.

walaupun ilham belum pandai membaca, saya saja belikan buku2 untuk dia.
bila dia tengok kita baca buku, automatik dia pun teringin nak baca buku.
walaupun kadang2 dengar dia buat ayat sendiri dari gambar. hehehe.
nak gelak pun ada.

tapi kan tetiba hari tu.
dia eja tajuk buku Nani Menon & Emila Yusof.
dari Koleksi “Merangsang Minat Membaca Anak Anda”
tajuknya “BAJU CANTIK”

 

KAVER_bajucantik-240x346-240x346

 

dia pegang buku tu.
sayup2 saya dengar dia eja 

“B. A. J. U”

“baju”

CANTIK je dia sebut huruf. sebab tak tahu bunyi lagi. hehehe

erk.. ilham eja sendiri ke?
bila suruh sebut semula.
dia sebut benda yang sama.
tanjat ummi.

sebelum ni dia tahu eja AYAM, APPLE.
itu semua dari hasil tengok VCD ABC yang babah belikan.
saya tak paksa pun dia membaca seawal ini.
mungkin dia terikut2 dan menghafal dari VCD.
disamping membaca bersama2 ilham sebelum tidur.
bedtime storylah konon2nya Smile
alhamdulillah.. ummi babah doakan mudah2an terang hati ilham ye.

Pregnancy | Cerita BSP 7 Kali & 2nd Appointment SCOG, HSA

selasa punya aktiviti.
mencucuk jari jemari yang tak berapa halus mulus ni sendiri.
7 kali ye untuk hari ni.
malas la nak suruh nurse buatkan.
jenuh kang nak keluar masuk office.
first time kena kerah buat BSP banyak gini.
mak pasghah!! Crying face

 

follow jadual ni.

Masa Pengambilan BSP (7 kali)

 

Pre-breakfast 8.00am
Post breakfast 10.00am
Pre-lunch 12.30pm
Post lunch 3.30pm
Pre-dinner 5.30pm
Post dinner 8.30pm
Bedtime 10.00pm

 

20141209_080050

Pre-breakfast – 8.00am – 5.4 mmol/L

**sampai tak sempat lap darah Smile with tongue out

 

20141209_103110

Post breakfast – 10.00am – 5.6 mmol/L

 

20141209_123309

Pre-lunch – 12.30pm – 4.6 mmol/L

 

20141209_153209

Post lunch – 3.30pm – 5.9 mmol/L

 

20141209_173134

Pre-dinner – 5.30pm – 4.6 mmol/L

 

20141209_202851

Post dinner – 8.30pm – 5.5 mmol/L

 

masa ni sempat juga buat BSP kat babah ilham.
belum picit babah dah terangkat2 seriau. ekeke.
i dulu belajar medic separuh jalan la. 
cucuk2 ni small matter Nyah-Nyah
BSP babah 4.4 mmol/L jek normal.

 

20141209_215724

Bedtime – 10.00pm – 5.0 mmol/L

 

20141210_074019

fuhhh lega dah settled 7 kali.
silalah completeka form yang diberi tu ye.
ikutkan bacaan tu macam ok jek lagi kan.
tunggu jek lah apa komen doktor.

bila control makan ni memang lapar dia Allah je yang tahu.
nasib baik baby bagi kerjasama kan.
tq adik baby.

semalam, mama cu mangsa jadi driver ummi ke HSA.
babah baru first day kerja morning shift.
yang lepas dia dah temankan.
kali ni ummi sendiri je, kesian dia la asyik nak apply time off je.

sampai lewat sikit dekat2 pukul 9, register dan bayar RM5 kat kaunter.
urine test, timbang, check tekanan darah.
settled tunggu tak berapa lama juga la.
nama dah kena panggil masuk bilik nombor 4.

hari ni dapat doktor perempuan yang comel.
macam pernah jumpa sebelum ni tapi tak ingat kat mana.
penerangan memang jelas.

 

20141211_101804

 

doktor kata, BSP pagi saya tu 5.4 tinggi. gulp!!
next week sebelum jumpa doktor KKGP, macam biasalah BSP 4 kali.
nak tengok result pagi masih tinggi ke tak.
normal sepatutnya 4-5 mmol/L.
dugaan betul, sabar je lah.

doktor siap cakap, kalau tinggi kena tahan wad untuk insulin.
gulp!!!! sekali lagi. terus terbayang muka manja ilham syahmi.
yang sebenarnya mak dia yang takut jarum Smile with tongue out
doktor suruh pergi bilik scan.

 

20141211_101742

 

kali ni scannya estimated fetus weight 1.72kg pula.
lebih kurang jek lah kan.
yang bestnya, tetiba EDD sama pula dengan birthday babah.
9 Febuari 2015.
kan best kalau betul2 hehehe.
boleh celebrate sama2 babah.
lepas scan masuk balik bilik doktor.

 

20141211_101812

 

terus dapat appointment date untuk next SCOG.
14 Januari 2015 pukul 8.30am katanya.
doktor ni tanya nak bersalin mana?
saya jawab nak bersalin kat Khor & Loh.
kata dia kalau gitu awak maintain jek check up sana.
sebab macam banyak sangat komitmen nak ke KKGP, HSA, Khor.
saya ni ok jek. layankan jek.
tapi doktor dah tetapkan tarikh appointment.
saya pun datang jek lah Winking smile

lagi pesan doktor.
kalau GDM masih ada, kemungkinan besar awak bersalin awal.
maknanya kena induce awallah.

gulp..gulp..gulp lagi.
tetiba teringat kena induce masa lahirkan syakir.
ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.

oklah, kita berjumpa doktor KKGP next wednesday.
sebelum tu, jangan lupa BSP hari selasa.
hoyeahhhhhhhh!

Pemantauan Sendiri Blood Sugar Profile (BSP) – Step By Step

ecehhhh.
semenjak dua menjak dah berani cucuk jari sendiri ni kan.
nak le juga share proses step by step buat BSP tu.

 

20141201_113353

Blood Test Kit jenama Accu-Chek Active

 

ni peralatan yang perlua ada ya.
jangan memandai2 guna jarum biasa.
nehi2. bahaya. Smile

step2 saya ni menggunakan bahasa pasar jek lah ye.
harap2 faham. hehehe.

 

20141201_113423

1 – Masukkan jarum ke dalam pen ni. anggap jeklah rupa pen ye.

 

20141201_113509

2 – Tutup dan putarkan ke angka 3

 

20141201_113523

3 – Tekan bahagian atas pen sehingga keluar penanda berwarna kuning tu. 
tu yang saya bulatkan tu.

 

20141201_113712

4 – Pilih jari yang mahu dicucuk dan pastikan jangan cucuk jari yang sama.

**nurse kata elakkan cucuk jari kelingking. kalau nurse cucuk rasa terkejut sampai ter”opocot”. bila cucuk sendiri tak pulak terkejut hehehe.

 

20141201_113839

5 – Masukkan test strip ke dalam blood glucose meter tu, dah picit sikit bagi darah keluar.

 

20141201_113845

6- Sentuhkan titisan darah ke bahagian jaluran hijau untuk bacaan gula dalam darah.

 

20141209_103110

7 – Lihat keputusan ujian anda sama ada gula dalam darah anda terlalu tinggi atau rendah.

**ini contoh result pagi tadi jam 10.00am 2 hours after breakfast.

 

ok kat bawah ni saya nak share, info yang saya dapat dari Klinik Desa Paya Mengkuang.
sebelum snap harus minta izin dengan puan nurse hokkay! Winking smile

 

20141207_083134

Kadar Bacaan BSP Normal

PRE-BREAKFAST <5.0mmol/L
PRE-LUNCH <6.0mmol/L
PRE-DINNER <6.0mmol/L
POST-DINNER <7.0mmol/L

 

20141207_083148

 

Indikasi MGTT – Kenapa Ibu2 Hamil Di Arahkan Untuk Membuat MGTT

  1. History of GDM – semasa mengandung yang sebelum ni ada GDM

  2. Sejarah keluarga Diabetes Mellitus

  3. Mengalami keguguran berulang kali

  4. History of IUD atau still birth

  5. History of big baby (>4kg)

  6. Melahirkan anak cacat congenital

  7. Mengalami 2 episod glycosuria atau 1 episo fasting glycosuria

  8. Polyhydromnius

  9. Berat ibu > 80kg atau BMI >30 (first booking)

  10. Ibu menunjukkan tanda2 kemungkinan mengalami Diabetes Mellitus

    Contohnya: Jangkitan salur kencing yang berulang, jangkitan fungus

  11. Umur melebihi 25 tahun

     

    ***Saya kena MGTT kerana faktor nombor 1, 2, 3 dan 4. amekawwwww 4 faktor terus. ekeke.

    **Waktu MGTT – secepat mungkin!!

     

    24-28/ 52 minggu
    32-34/ 52 minggu

 

Normal Range

GM<7 mmol/L

MGTT

  • 1st <5.8
  • 2nd <7.8

BSP

Pre-breakfast – 4-5
Pre-lunch – 4-6
Pre-dinner – 4-6
Post dinner – 4-7

HbA1C = &lt;6.0%

Masa Pengambilan BSP (4 kali)

Pre-breakfast – 8.00am
Pre-lunch – 11.30am
Pre-dinner – 5.30pm
Post dinner – 8.30pm

Masa Pengambilan BSP (7 kali)

Pre-breakfast – 8.00am
Post breakfast – 10.00am
Pre-lunch – 12.30pm
Post lunch – 3.30pm
Pre-dinner – 5.30pm
Post dinner – 8.30pm
Bedtime – 10.00pm

hari ni saya kena hadap BSP 7 kali.
self monitoring katanya Winking smile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...