B5 Johor Street Market Dibuka Pada 20 February 2020

B5 Johor Street Market Dibuka Pada 20 February 2020

B5 Johor Street Market Dibuka Pada 20 February 2020 | Assalamu’alaikum. Ummi nak share port lepak terbaru untuk warga Johor B5 JOHOR STREET MARKET. Kat mana tu? Kalau korang memang membesar di Johor mesti tahu kawasan Batu 5, Tampoi kan hehe. Teringat zaman muda ke tu? 🤭🤭🤭🤭

B5 Johor Street Market adalah kawasan kedai lama berhadapan Angsana Johor Bahru Mall yang sekarang sudah ditransformasikan menjadi salah satu daya tarikan pelancong luar ke negeri Johor sempena Visit Johor 2020.

‼️Fakta Menarik Tentang B5 Johor Street Market yang korang perlu tahu 😉

❤️ Dibangunkan oleh Johor Corporation dibawah kelolaan Johor Land Berhad (JLand) & Damansara Asset Sdn Bhd (DASB) dengan keluasan 5.9 ekar menjadikan ianya sebagai “Centralised Retail Tourism Center”

❤️ Diinspirasikan dari Queen Victoria Market yang bakal menjadi lokasi ikonik bagi pelancong dalam dan luar negara.

❤️ Reka bentuk dan suasana keseluruhannya adalah berdasarkan ciri warisan dan keindahan Johor yang akan membawa anda kembali ke Johor Lama.

❤️ Terbahagi kepada 5 bahagian utama:
✅ Retail Bazaar (Penyewa kekal dan berkala)
✅ Seni & Budaya (Mempamerkan kesenian dan kebudaayan negeri Johor termasuklah kraftangan, demonstrasi dan gerai cenderahati)
✅ Box Park (Berkonsepkan kontena)
✅ F & B (Juadah dan makanan popular dari Malaysia dan semestinya dari negeri Johor)
✅ Food Truck (aneka makanan jualan yang memikat selera “food hunter”)

❤️ Terdapat 363 tempat letak kereta (Kereta Orang Awam 220, OKU 5, Motorsikal 50, Bas 3)

❤️ Ada 219 kedai (Penyewa Utama 1, Retail Shop 45, Kiosk 44, Push Cart 13, Food Court 6, Warung Tarik 6, Bazaar – Siang 47, Bazaar – Malam 47)

❤️ Penyewa Utama – D’Mart (14.47 sq.ft)

Haaa amacam? Excited tak nak ke sana? Jangan lupa datang ke B5 Johor Street Market yang akan dibuka pada 20 February 2020. Save the date!

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *